5 Tanda Sebelum Si Dia lafazkan..

Alahai..manisnya cInTa itu..

#Terima kasih atas jambangan bunga yang indah ini. Ia membuatkan daku nak terbang ke langit yang membiru bersamamu..(Uik nak terbang naik pa..ada sayap ko)

#Pejamlah alis matamu..serulah namaku pasti kau tahu aku ada di sudut sanubarimu.. (ha, ada nama ke kat dalam hati tu? huhu)

#Usah dikau biarkanku sendiri pasti duniaku kelam malam..(he..he..dah malam memanglah gelap glita..pakai jerk lampu minyak tanah barulah romatiko :)

Dah..sudah penatlah bermadah pungguk kat cini..jum kita semak apakah simptom-simptom penyakit tersebut:-
Takala sepanjang hari yang dilalui tika bersama dengan kamu si dia akan sering mengungkapkan, “kamu kelihatan cukup menarik hari ini.”

Seringkali jua tanpa si dia jua akan berbisik kepada kamu dengan menyatakan bahawa dia amat suka dengan perwatakan kamu yang santai..bersahaja. Senang cakap si dia selesa tika bersama dengan kamu.

gifsbyoriza-love2

Sama ada anda perasan atau tidak setiap kali pertemuan si dia akan cuba sentiasa bersikap penyayang terhadap kamu di samping cuba mengawal tutur kata dan riak lakuknya yang terbaik dihadapan anda dengan sebaik yang boleh. Alah sudah tentulah dia sedang cuba menarik perhatain kamu dalam diam..hi..hi..hi.. :)

Si dia akan menghadiahkan kamu sesuatu dalam keadan tanpa sebab yang munasabah. Sedangkan pada hari itu bukanlah hari lahir anda. Haa.. bukan tu sahaja malahan takala hadiah itu berpindah tangan dari anda sudah tentulah si dia akan cuba meyakinkan pada anda bahawa. “saya tak pernah bagi hadiah ini pada mana-mana perempuan kecuali dengan kamu” ceh maa..boleh percaya ko? huhu..

Teman rapat si dia akan selalu mengusik kamu. Dengan menyatakan bahawa si dia sedang jadi langau “angau” dengan kamu! hihihi.. :)

Haaa..ada sapa-sapa yang sedang dilamaun cinta?
Tahu ke nak buat ayat-ayat cinta cam kat atas tu..? Jika rajin buatle kat ruang komen ;) be sporting ya :)
Apa perasaan anda tika itu..hihi..jom semarakkan rasa cinta tu kat cini :) sesekali tukar idea apa salahnya.. :)

Share

5 Alasan Kamu Mencintai Dia..

Salam mesra dihujung minggu untuk semua..hurm harini post dia mungkin agak ringan seperti biasa. Asyik info yang pada dengan maklumat sahaja sesekali kita tukar angilah pulak yer.

oo

Orang kata cinta pada pandangan pertama tu memaglah agak sukar dilupakan? hendak-hendak bila saat kita tidak menatap wajahnya yang ayu lagi gantang..waduh bisa gitu kok?? hik..hik..lawak bonarlah Suri hari ni..dan kadang-kala juga mandi pun tak basah?? adeh camna mandi boleh tak basah sayang oii ni sah-sah si pecinta memang tak mandi ni. Paling kurang pun dia cuma basuhkan air dimuka dan gosok gigi sahaja kot..huuhu..last tu terus siap-siap nak ke pejabat. Hah, tulah salah satu ayat penangan didalam sesebuah percinta yang selalunya kita dengar..

Tapi ada juga yang sebilangan dari kita apabila dia mencintai seseorang dia akan selalu menyanjungi sikap kekasih hatinya itu. Cuba buat yang terbaik dalam hubungan yang sedia terjalin itu. Wujudkan keserasian antara satu sama lain, saling menjaga hati pasangan dan sebagainya..Eh, benar ke peraturan bercinta memang ada garis panduanya yang sebegitu rupa?? sampaikan apa yang dibuat oleh pasangannya semunya indah belaka.?? Tapi harap-harap masa dah berkahwin nanti kekalkanlah sikap anda tu yer.

InLove

Tahukah anda sedar atau tidak anda sebenarnya memang dalam kelemasan dalam mencintai dia si dia. :) hah, kenapa? anda tidak percayakah akan percakapan Suri kali ini??

Okey..okey..jika anda tidak percaya tidak mengapa tapi jom kita semak 5 alasan mengapa kita atau anda mencintai pasangan anda secara semulajadi..Syarat Suri ingat ye, cinta tu tidak boleh dipaksa tau!

Anda mencintai si dia bukan kerana siapa dirinya. Akan tetapi siapa diri kamu apabila kamu berada disampingnya.

Pada waktu tersebut tiada yang mencintai diri kamu melainkan hanya si dia sahaja yang bertapak di sanubarimu. Seperti kata orang lebih baik kita bersama pada orang yang tahu menghargai perasaan kita dari orang yang tidak tahu menilai langsung erti sesebuh percintaan yang ikhlas dan setia.

Si dia sudah semestinya akan selalu peka dengan keadaan dirimu dalam segala aspek kehidupan dan si dia juga tahu bagaimanakah caranya untuk memujuk kamu dikala rajuk mula bertemu dihati sudah pasti saat itu amat romantis sekali.

147700-bigthumbnail

Saat yang paling mengharukan takala si dia sanggup berada disamping kamu disaat kamu sakit, gagal, ceria ataupun berduka lara si dia akan sentiasa berada berhampiran denganmu. Dan tidak akan sesekali dia akan cuba melupakanmu. Eleh, bak kata kumpulan Radja..aku takan melupakanmu..hehe..

Mungkin juga seseorang yang menghargai kamu tahu bagaimana mahu mengambil hati kamu. Malah sudah semestinya si dia juga berupaya untuk membuatkan hati kamu cukup bahagia apabila bersama dengannya.

Hurm..jika ada yang kurang tu Suri minta maaflah, tapi pada yang pakar tu tambahkanlah komen atau pandagan anda dibawah nie yer. Yelah mana tau dari rama-ramai antara kita ini mungkin anda adalah Cinta yang Luar biasa itu. ;)

Share