Salam seindah pelangi sebait senyuman sekuntum lembaran posting buat semua..
Huhuhu..adakah ini satu petanda menandakan bahawa mood Suri telah kembali okey
atau Suri telah jatuh cinta..hehehe..doklah mana ada tapi hari ini Suri nak berkongsi pada anda-anda semua tentang tanda-tanda seseorang itu telah jatuh tangga cinta terhadap seseorang.
Okeylah Suri tidak mahu membuang masa ayuh kita semak apakah simptom-simptom CINTA tersebut:-
Takala kita berjumpa dia secara tidak sengaja pasti keadaan kita akan serba tak kena. Buat itu tak menjadi, buat ni rasa macam tak best jer. Hakikatnya sebelum ini apa yang kamu buat semuanaya baik-baik sahaja..Kata orang kalu hati dah suka pasti akan ada jantung yang berdengup kencang yang sedang bergelora didalamnya. Tika mata bertemu mata pasti agak sukar untuk memulakan sepatah bicara..
Sekiranya anda sering tertanya-tanya didalam hati dimana si dia tentu akan terdetik di hati anda untuk mengetahui apakah yang terjadi pada si dia. Hurm, lebih-lebih lagi dalam sehari anda tidak nampak kelibat si dia. Pasti jiwa anda akan berdetik dia tak sihat ke? atau dia sedang bersama dengan seseorang. Tahukah anda keadaan seperti ini menandakan bahawa anda sebenarnya secara tidak sedar anda telah pun bertanyakan hal ini kepada teman-teman rapatnya..hehe anda dah mula suka pada si dia yer
Sekarang ni punyalah banyak lagu cinta-cintun tangkap muat lentok sana sini. Yang anda sedang dalam mood in love maka takala lagu-lagu cinta di mainkan di radio, mp3, ipod sure kamu akan teringatkan tentang dirinya..
Kata orang jika seseorang itu telah jatuh cinta pasti akan terdapat perubahan penampilan diri dalam dirinya anda tanpa anda sedari. Sama ada anda sedar atau tidak anda sebenarnya sedang cuba menarik perhatian si dia agar anda akan berpeluang untuk bersamanya.
Semenjak itu anda akan menjadi seorang yang lebih peka pada pendegaran di sekeliling. Nak-nak bila ada antara teman rapatmu ada menyebut nama si dia pasti hati anda tidak keruan jadinya. Yelah, takut-takutlah si dia dah ada yang lain ke? hehehe itu semua kena ambil pusing 360 darjah selsius juga.. huhu…
Hati anda juga akan sentiasa mudah berasa cemburu takala si dia cuba bermesra pada rakan-rakan di sekelilingnyaa. Hatta kamu pun tahu bahawa itu semua adalah rakan sepejabatnya..satu kulaih dan sebagainya. Agak-agaklah wei, kawallah cemburu tu janganlah jadi cemburu buta yer..huhu..
Tidak kiralah dimana anda berada yang pasti saat anda bersendirin sudah tentu anda akanterasa terhidu baunya hehehe camner bau dia ek?? ..bau minyak wangi ke dedorant?? huhuhu..
Biasanya orang yang bercinta ni pantang di puji atau di sapa khabarnya oleh si dia. Hurm pasti takala pujian yang dilontarkan pada anda tu akan membuatkan anda begitu berkeyakinan bahawa anda juga sebenarnya tidak terlepas dari pandagan darinya.
. Waktu itu anda bolehlah menyusun langkah yang seterusnya.
Tika anda duduk bersendirian pasti hati anda akan tercari-cari apakah persamaan antara anda dengan si dia. Adakah anda dan si dia bakal memiliki persamaan yang sama? Sekiranya ya, ini menandakan bahawa rezeki anda untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi mungkin cerah.
Anda akan sentiasa merinduinya walaupun hakikatnya anda baru sahaja bertemu dengan si dia dalam beberpa jam..minit..saat..huhuhu..
Takala anda bangkit dari tidur atau sebelum tidur pasti anda akan terbayangkan wajah-wajah manis si dia. Jika boleh biarlah wajahnya itu sentiasa bermain di kotak fikiran anda dimana sahaja anda berada.
Sesekali anda pasti akan tersenyum sendiri. Hurm mungkin ada sesuatu yang ada fikirkan sehingga buat ada tertawa atau geli hati sendiri. Kata orang anda dah masuk angau..ke..ke..ke..
Anda akan buat apa sahaja untuk si dia. Dan yang pasti perkara tersebut akan membuatkan diri anda lebih dihargai oleh si dia. Berkorban boleh tapi biarlah berpada-pada janganlah sampai diri sendiri yang merana sudahlah.
Bukan itu sahaja malahan orang yang di lamun cinta ini juga mempunyai “kuasanya rajin” yang luar biasa. Biasanya kerja yang dilakukan akan lebih baik kreatif dan inovatif lagi. hehe..ada percaya ke??
Zon cinta anda bagaimana pula
?




