Malaysiaku Yang Tercinta

Salam Sekuntum Bunga Raya untuk semua.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke 53 tahun Suri nak raikan kemeriahan di blog ini dengan bendera dan posting tentang kemerdekaan negara kita malaysia pada tanggal 31 Ogos 2010. Semoga titisan ilmu yang dilayarkan buat sahabat akan lebih bermakna lagi pada tahun ini dan tahun- tahun akan datang jua. Jom kita hayati bacaan kemerdekaan ini bersama-sama.

 BUNGA RAYA

Kategori: Objek Warisan Katara

Butiran Warisan: Bunga Raya (Hibiscus Rosa-sinensis)

Latar belakang sejarah: 

Pada peringkat awal sebanyak tujuh jenis bunga telah di dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Bunga tersebut adalah bunga kenanga, melur, teratai, mawar, cempaka, bunga tanjung dan bunga raya.

Setelah proses pemilihan telah dijalankan Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika iaitu iaitu, TYM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan syiling Malaysia.

Bunga raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara di mana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama.

m_hamzah

Diatas adalah gambar Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

Berikut adalah surat lakaran bendera Malaysia dari Allahyarham Mohamed Hamzah.

surat M_hamzah

lakar

-Buat pertama kalinya bendera Malaysia dinaikkan pada 31 Ogos 1957 di depan khalayak umum.

-Pemilihan Jalur Gemilang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri melalaui Musyawarah Kabinet pada tahun 1997.

-Pengumuman nama bendera bagi Jalur Gemilang telah diadakan pada tanggal 31 Ogos 1997, pada jam 11.58 malam oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, di padang Dataran Merdeka yang pada masa itu beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia. 

untitled
 
-Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:
  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan

-Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

-Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam.

-Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

-Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

 

JALUR

Menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG

Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.

Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Sumber:

http://www.daftarwarisan.gov.myhttp://geociti.es/CollegePar http://www.daftarwarisan.gov.my

eh, Suri rasa Suri macam study balik jer nih heee.. tengah siapkan portfolio ni nanti cikgu nak semak ;)

1 Malaysia Menjana Transformasi

Share