About Bats

Kelawar adalah daripada susunan Chiroptera. Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera, dan kelawar (bahasa Inggeris microbat) dalam sub-susunan Microchiroptera. Fosil kelawar terawal dikelaskan sebagai Icaronycteris.

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia.

Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar.

batana10

Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.

Tahukah anda kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.

Pengelasan Saintifik:-
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Order: Chiroptera

Jenis-jenis kelawar:-
Kelawar Bahu Puteh
Kelawar Bakau
Kelawar Benom
Kelawar Buas
Kelawar Bulu Emas
Kelawar Buluh Besar
Kelawar Buluh Kecil
Kelawar Dada Putih
Kelawar Dagu Hitam
Kelawar Dandam Tiada Ekor
Kelawar Daun Pisang
Kelawar Hidung Laras Bukit
Kelawar Hidung Laras Kecil
Kelawar Hidung Laras Telinga Bulat
Kelawar Hidung Mas
Kelawar Hidung Pendek
Kelawar Hidung Pendek Jawa
Kelawar Hidung Pendek Terkecil
Kelawar Hitam Kuning
Kelawar Hutan
Kelawar Hutan Besar
Kelawar Hutan Terkecil
Kelawar Jari Panjang
Kelawar Jari Panjang Bukit
Kelawar Kaki Besar Kelabu
Kelawar Kecil
Kelawar Kecil Berbulu
Kelawar Kepak Jernih
Kelawar Kepak Panjang
Kelawar Kumis Burma
Kelawar Kumis Gigi Kecil
Kelawar Kumis Gua
Kelawar Kupu-kupu
Kelawar Ladam Berbulu
Kelawar Ladam Berpalang
Kelawar Ladam Bukit
Kelawar Ladam Bulat
Kelawar Ladam Bulat Armiger
Kelawar Ladam Bulat Besar
Kelawar Ladam Bulat Biasa
Kelawar Ladam Bulat Gua
Kelawar Ladam Bulat Kecil
Kelawar Ladam Bulat Lawas
Kelawar Ladam Bulat Malaya
Kelawar Ladam Bulat Pinang

3bats

Kelawar Ladam Bulat Singapura
Kelawar Ladam Bulat Terbesar
Kelawar Ladam Bulu Halus
Kelawar Ladam Bulu Hitam
Kelawar Ladam Bulu Kilat
Kelawar Ladam Bulu Kilat Refulgens
Kelawar Ladam Hutan
Kelawar Ladam Kenarong
Kelawar Ladam Muka Kuning
Kelawar Ladam Semenanjung
Kelawar Ladam Telinga Panjang
Kelawar Ladam Terbesar
Kelawar Ladam Terkecil
Kelawar Ladam Tidak Berekor
Kelawar Ladam Utara
Kelawar Lobang Batu
Kelawar Lubang Kayu
Kelawar Malam Kecil
Kelawar Muka Lekok
Kelawar Muncung Perisai
Kelawar Petang Palsu
Kelawar Petang Palsu Kecil
Kelawar Petang Palsu Serdahana
Kelawar Peter
Kelawar Rumah
Kelawar Serampang
Kelawar Tapak Tangan Putih
Kelawar Telinga Lebar
Kelawar Telinga Pendek
Kelawar Telinga Putih
Kelawar Telinga Putih Jagorii
Kelawar Teng-teng / Kelawar Centeng
Kelawar Tidak Berekor Malaya
Kelawar Tikus Telinga Kecil

Sumber: Cik Wiki & Pic Google

Masa buat kerja sekolah Suri selalu buat kerja rumah kat ruang tamu. Mak ge masjid. Dia pesan tutup pintu rumah. Suri lupa sebab leka menyiapkan kerja sekolah. Dalam syiok pap! haaaaaa.. mak kelawar masuk rumah! terus masa tu amik lidi penyapu dan kuakan buang keluar luar rumah. Ceh! ada hati nak kacau haku piee daah.. :)

Kawan-kawan ada kisah tentang kelawar? Jom kongsikan kisah anda di sini :)

Share