Perlu Sangat Ke Kita Mandi Tiap – Tiap Hari?

Pagi tadi Suri pergi kerja macam biasa. Mula-mula kami hantar anak kat pengasuh dulu. Lepas tu barulah Si Jejaka hantar Suri ke tempat kerja.

Bagi menggamitkan suasana Suri saja tanyer pada Si Jejaka. (Dalam kereta)

Suri:
Orang nak tanyer ni. Tapi jagan gelak ek.

Si Jejaka:
Ha, tanyerlah..nak tanyer apa?

Suri:
Hurm, ni soalan cam budak sekolah punya tau..hehe..

Si Jejaka:
Ok. apa soalannya?

Suri:
Nape ek kita selalu mandi pag-pagi ??

Si Jejaka:
Hehehehe..bederai tawa Si Jejaka..apa dah tak der soalan lain lagi ke Pn. Suri oii

Suri:
Hehe.. ada tapi sajer jer nak tanyer kot2 le abang tak boleh nak bagi jawapan secara sepontan..(Suri ketawa dan tersengih cam kerang busuk)

good_morning_079

Si Jejaka:
La..dah tentulah orang yang tak mandi pagi tu cam kambinglah baunyer..hehe..badan tak cerdas otak pun dok le lembab lagi..

Suri:
Hoho..bagus..bagus pengisian yang mendalam tu..Bukan tu saje malah sebab masa kecik2 lagi mak dah biasakan kita mandi pagi-pagi sebablah perkara tu sudah menjadi kebiasaan kita sampai sekarang ni.

=====================================

Mengurat Dalam Facebook:-

nak tanyer pendapat korang jer..

ni mungkin soalan megong sikit..kiki..

korang pernah tak terpikir napa kita perlu mandi tiap – tiap pagi..?? KENAPA??

aku tahu le ni soalan budak2 sekolah..aku just nak tanyer jer..kalu yang sudi jawab tu bagilah pandangan kat bawah ni yer. ;) jawapan anda amatlah dihargai :)

Suri minta maaflah sebab bahasa agak kasar sedikit..ayat ni terkeluar pun sebab terfikir secara sepontan harap tiada siapa yang terasa hati :(

Izzan Aufa
mandi pagi dapat memberi kesegeran pd tubuh, sekaligus mampu menceriakan hari anda..jawapan skema dari sy..heheee

Farhan Bakri
sebab mak suruh, kalu tak kena rotan.

Bro Framestone
sebab nak biasakan diri supaya tidak lupa mandi wajib hari-hari bila sampai masanya nnt he..23x

Rashid Shidee
mandi pagi dapat segarkan badan dan minda kita..lps mlm bersama mesti mandi juga..10x mandipun x pe..he..he..

Suri Surihatiku
izan:
ya..jwapan yang tepat tu..heehe..warga hawa mmg jwb sopan sikt dari warga adam..huhuhu..

Farhan:
aduh..pasti farhan masa kecil2 nakal nik…..

Bro:
bro mmg sllu nakal jer..huhuhu..

Rashid:
hahaha..satu pkra yang mesti di tunaikan..kiki :)

burung

Suri Surihatiku
org kata kalu tak mandi ibarat cam kambing?? tul ke? si dia yang bagi jawapan tu kat suri..heheh..

Bro Framestone
he..23x xbetul ke jawapan bro nie

Farhan Bakri
ha`a betul tu. sebab kucing mandi, burung pun mandi. kerbau lagi la.. kambing ni pelik sikit waterphobia.

Suri Surihatiku
Bro:
mandi wajib mmg perlu bro..huhu..klu dok cam ner nak solat..hohoh..

Farhan:
tul gak tu ek??hehhee..kebau kerjanya berkubang jer kat sawah..huhuh…

Thoha Sukses
sebab tak nak bau busuk la kot..hehe

Terima kasih buat Izzan Aufa ,FarhanBro Framestone,Rashid dan Thoha atas pandagan anda semua di Facebook. Kedatangan anda benar-benar membutkan topik ini rancak lebih dari biasa. Lawak sungguh Suri membacanya berkali-kali.. Tapi itulah realitinya dalam kehidupan kitakan.he..he..he.. Suri benar-benar menghargainya. :)

——————————————-
ha,ha, ha..tulah antara pendapat yang sempat Suri copy kat blog ni. Bagi Suri kesemua jawapan kat atas tu masih boleh diterima dek akal yang normal lagi.

Nape ek kita perlu mandi pagi??

Menggosok gigi.
Jika kita selalu mandi pagi sudah tentulah pagi-pagi gigi kita akan selalu menggosok gigi kita dengan ubat gigi berjenama colgate, kayu sugi dan sebagainya. Selagi kita tidak bagun pagi maka selagi itulah kita tidak akan mula untuk menggosokk gigi.
Ada betulkah? angkat tangan wahai jejaka dan si dara manis.. Jadi saranan Suri wajarlah anda selalu menggosok gigi jika tidak pasti keharuman bau mulat anda akan mewangi setaman.kiki..

P/s: Ingat gigi yang cantik, bersih dan sihat adalah hak milik setiap insan..hehe..

Kecerdasa.
Supaya kesegaran tubuh badan kita akan lebih cerdas dan berstamina lagi. Nak bersiap ke tempat kerja pun akan lebih bersemangat lagi.

good morning

Didikan sejak kecil.
Memang sejak Suri dilahirkan lagi mak sudah biasakan diri ini mandi pagi-pagi supaya tidak takut sama air sejuk. Al-maklumlah rumah kampung, dekat pula degan tepi pantai sure lepas mandi pagi-pagi badan ini akan menggigil kesejukan punya ;)

Rawat demam panas.
Bagi yang kurang sihat pula seperti demam memang elok benarlah sekiranya seseorang itu mandi pada waktu pagi supaya panas dalam badanya akan kelur dengan cepat. Kalau rajin anda berendamlah lama-lama tentu kulit anda akan mengembang seperti bunga..hehe..

Aura tubuh badan.
Agar bau badan kita tidak seperti kambing biri-biri atau kambing gurun huhu..Berbanding selepas mandi sudah tentulah tubuh badan kita akan di semburkan dengan minyak wangi atau dedorant kegemaran kita. Tak kisahlah brand avon, adidas, hugo.. simply siti ke ahak yang penting wangi itu sudah memadai ;)

Mandi wajib.
Hurm jawapan yang terhangat kat pasaran facebook semalam sudah tentulah selepas anda bersama dengan pasangan anda maka anda HARUSLAH mandi wajib. Mengapa? Supaya anda boleh melakukan solat fardu seperti biasa. Opss!! ini untuk yang telah berumahtangga sahaja :) hehehe..

Sedap mata yang memandang
Agar kekemasan diri kita dapat di hiasai dengan keceriaan dan kecantikan. Berbanding jika kita tidak mandi pagi sudah tentulah segalanya tampak kusut dan masai sahaja. Rambut apatah lagi macam orang baru keluar dari penjara tanjung rambut sahaja..huhu..Air liur basi jagan cakaplah sudah pasti peta harta karun tidak di jumpai kiki.. :)

Lagi ??? tunggu jawapan dari andalah pulak..he..he..he..

Ada jawapan yang bernas dari anda…moh kita kongsikannya disini :( ;)

Share

Tips 50 Cara Menghapuskan Teman On-Line

Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina. Ada yang berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu. Tak dinafikan, persahabatan maya dirasakan begitu selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu pun ada yang masih nak menipu dan mereka cerita.

imagesCAKSZKET

Namun ada yang jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita dan kita pun tak keberatan untuk menerimanya sebagai teman on-line. Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda, berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yang dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya.????

Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian untuk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia untuk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja. Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber… itu saja.

9e5ed245527acd5fd9358e284653bce31262317464_full

Tapi bila dia mula bercakap soal-soal cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin. Atau dia yang dah berkahwin dan punya anak. Lagi teruk jika dia memang tak sesuai untuk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening. Dia asyik melayangkan e-mails yang merayu-rayu dan cuba pelbagai cara untuk menagih simpati atau cinta kita. Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan untuk menjauhinya.

Ada pula yang baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yg lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal!
Di sini di ajarkan 50 cara untuk menghapuskan teman on-line yang ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yang pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat..Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita..begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !50 cara tersebut adalah:

Apa kata anda semak post yang seterusnya di ZON diCINTA .. klikan mouse anda disana untuk keterangan selanjutnya.. ;)

Share