Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Siapa yang tidak ingin cantik semua orang menginginkannya. Siapa yang ingin tua jikalau boleh tak semua orang berani menghadapinya. Namun itulah realiti kehidupan dimana hampir kebanyakan manusia tidak rela melaluinya. Hanya sebahagain sahaja yang mampu bertahan dengan menerima ketentuan ilahi dengan hati yang terbuka.
Kata seorang rakan biar diriku di mamah usia tapi jiwaku tetap mudah hehehe.. Kata-kata yang terhambur di bibirnya membuatkan sesiapa yang mendengarnya bisa geli cuping telinga. Tapi asal kita sentiasa beralas dengan rona-rona agama dan tidak menyekutukan Allah itu sudah memadai.
Pagi membugar ini apa kita sama-sama soroti beberapa penggunaan alat kosmetik yang biasanya kita gunakan sebagai tatarias diwajah kita setiap hari. Ingat penggunaannya memanglah boleh tapi harus terkawal. Kita dinasihatkan agar berhati-hati dalam setiap penggunaannya kerana tidak semua yang indah didalammnya ada manis yang tersembunyi.

- Krim anti kedut
- Biasanya bahan yang terkandung adalah liposome, kolagen dan elastin di dalam krim anti-kedut sebenarnya tidak boleh menghilangkan kedutan pada wajah. Walaubagaimanapun ia hanya mampu memberikan kesan kelembapan dan menggebukan wajah anda agar kelihatan lebih muda remaja.
- Bahan ini tidak sama sekali boleh melambatkan atau mengelakkan proses kesan penuaan kulit. Seperti contoh tulang yang sudah semakin dimamah usia, sebenarnya tidak mampu untuk mengembalikan kekuatannya semula. Begitu juga dimaksudkan dengan pemakaian krim anti-kedut atau anti-penuaan ia tidak mampu untuk menghilangkan kedutan pada wajah.
- Bedak asas
- Kebanyakan bedak asas jenis cecair biasanya mengandungi minyak mineral yang disyaki mengandungi detergen iaitu agen pencetus kanser.
- Syampu
- Penggunaannya pula mengandungin detergen di mana ia boleh menyebabkan rambut anda kehilangan, rambut mula menipis, berlaku kerosakan kulit kepala, rambut kering dan tidak bermaya, rambut berbuah (penyebab rambut kusut dan putus) uban dan masalah kelumumur merupakan antara masalah-masalah yang seharusnya boleh dijangkakan syampu kepala yang terlalu kerap..
- Bukan itu sahaja malahan wangian dan bahan lain yang turut hadir bersaman kandungan seperti formaldehyde pada sesetengah jenis perapi syampu juga boleh menyebabklab reaksi alahan serta iritasi pada mata anda kelak.
- Penyembur rambut
- Penggunaan penyembur rambut aerosol mengandungi bahan kimia jenis yang bertoksik seperti prppellants, neutralizers, plasticiser dan coating substance. Sebahagiannya dari bahan-bahan kimia tersebut boleh menyebabkan masalah paru-paru dan juga kanser.
- Pewarna rambut
- Hampir kebanyakan pewarna rambut mengandungi bahan kimia yang kuat yang boleh mengakibatkan kerosakan rambut atau menyebabkan kulit terbakar atau akan berlaku kemerah-merahan pada sekitar rambut anda. Malah ditakuti juga, bahan-bahan seperti ini boleh menyebabkan kanser.

- Pembayang mata
- Dasarnya mengandungi Talc-hydrated magnesium silicate iaitu sejenis bahan utama di dalam pembayang mata. Talc ini pula mungkin tercemar dengan carcinogenic asbestos dan apabila kita menggunakannya, ia akan berterbangan di udara dan akhirnya masuk ke dalam paru-paru.
- Maskara
- Maskara merupakan produk kosmetik yang kedua merbahaya selepas lipstik. Ia juga berkemungkinan mengandungi formaldehyde, alkohol dan beberapa plastik damar. Paling merbahaya apabila ia bleh menyebabkan iritasi pada mata, mata merah dan bengkak pada bahagian mata anda.
- Lipstik
- Lipstik antara bahan kecantikan yang paling banyak mengandungi toksik. Hampir kebanyak lipstik mengandngi bahan yang boleh menyebabkan kanser. Antara masalah lain yang sering dilaporkan adalah seperti masalah mata, kulit merah, terbakar, bengkak dan tak kurang juga masalah pertnafasan.
- Bukan itu sahaja malahan ada juga yang mengalami masalah bibir kering, masalah bibir mengelupas, merekah, berlaku pengelupasa bibir akbiat penggunaan lipstik. Puncanya datangnya daripada pewangi, pewarna ataupun bahan lain yang digunakan bagi menghasilkan satu-satu lipstik itu. Ia juga turut mengandungi lanolin yang boleh menyebabkab kanser alahan.
