Bermanja-Manja Itu Mengundang Sayang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Dulu lagi saya telah berpesan, biar bermanja-manja jangan sampai mengada-ngada. Bermanja-manja itu best juga tapi mengada-ngada memang cari bala. Terlalu banyak bermanja-manja akhirnya menjurus pada mengada-ngada. Bermanja-manja akan semakin disayangi, mengada-ngada akan semakin dibenci.

sweet_couples_cute_lover_1101986_top_wallcoo.com

Hampir semua lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada tapi amat mendambakan wanita yang pandai bermanja-manja, pada suasana dan situasi yang betul. Malangnya kebanyakan wanita tidak dapat membezakan antara mengada-ngada dengan bermanja-manja.

Wanita yang kerap menyakiti kepala suaminya dengan hal yang sama dikira mengada-ngada. Misalnya, “Bang, cantikkan gelang Ayang ni?” soalan itu ditanyakan sampai 10 kali, dalam sehari. Sudah tentulah ‘hangin’ abang dibuatnya.

sweet_couples_cute_lover_go32_1280_wallcoo.com

Wanita memamg memerlukan belaian sayang dari seorang lelaki, tapi harus ingat tidak semua lelaki pandai mempemerkan kasih sayangnya. Dia sayang dan cinta, tapi lelaki memang begitu. Untuk berkata ‘sayang, cinta dan kasih’ itu mungkin kerap dilakukan talaka di alam percintaan, setelah berumah tangga usah harap sangat kata-kata yang sama akan terbit dari bibirnya. Apakah dia sudah tidak sayang…., dia tetap sayang cuma dia gagal dalam mempamerkannya untuk tontonan.

Memang anda akan terasa seperti tidak dipedulikan. kadang-kadang sewaktu anda bercakap dia tekun membaca akhbar. Apakah dia tidak kisah? Tidak…, dia tetap mendengar apa yang anda perkatakan tapi kurang memberikan maklum balas. Bukan tidak kisah, tapi menganggapnya kurang penting (remeh). Perkara itu boleh dibincangkan kemudian; atau mungkin perkara itu pernah anda perkatakan. Jadi tak perlu diberikan perhatian sangat.

Begitulah bezanya antara lelaki dengan wanita. Wanita dengan kelembutan dan kehalusan budinya mahu sentiasa dibelai dengan ucap-ucap sayang; sebaliknya lelaki dengan keegoannya yang tinggi tidak pandai mempamerkan rasa sayangnya itu.

sweet_couples_cute_lover_butterfly_1280_wallcoo.com

Usah terlalu merangsang lelaki untuk berkata apa yang pernah diperkatakannya dahulu. Ingat filem Do Re Mi. Suatu hari Re disoal siasat oleh isterinya yang berkerja di night club. Re baru sahaja kembali dari night club yang sama akibat diajak oleh Jailani. Sambil memegang gambar isterinya, yang selama ini menjadi teman ‘bercinta‘, Re menghempaskan gambar itu. “Alamak, Lone Ranger,” katanya.

“Oooo, sudahlah engkau curi duit aku engkau hempas gambar aku ye? Jantan tak tahu diuntung. Makan aku beri, tempat tinggal aku sediakan, Duit aku pun engkau curi ye.”

“Tidaklah darling. Dengan you  i sayang, gambar you pun i sayang.” Soal saya, Kenapa Re ‘terhempas’ gambar tu walaupun dia tak pernah terniat nak berbuat begitu? Dia amat sayang dengan isterinya dan tak pernah membina apa-apa prasangka sebelum ini?

sweet_couples_cute_lover_1087348_top_wallcoo.com

JAWAPANNYA, lelaki tidak pandai mempamerkan kasih sayang.

Berhentilah daripada terlalu mengharap kata-kata yang menarik dari mulut lelaki. Namun percayalah dia mendengar dan menghargai belaian sayang anda, cuma dia tidak tahu bagaimana hendak membalasnya dengan kata-kata yang serupa. Lelaki bukan buta kayu tetapi puas hati dengan apa yang pernah diucapkannya dahulu. Baginya tidak perlu pengulangan selagi situasi tidak berubah dan suasananya serupa.

Hanya lelaki yang agak seni mampu melayani anda sebagaimana anda seorang wanita. Tetapi selagi namanya lelaki dia tidak terkecuali daripada sifat yang biasa dimiliki oleh lelaki-tidak pandai mempamerkan kasih sayang. Jadi usah mengada-ngada. Ingatlah selalu; bermanja-manja itu menarik sayang sedangkan mengada-ngada itu mengundang jurang.

Selamat berbahagia sayang!

Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.

imagesSumber: Google

Suri suka membaca buku motovasi beliau. Setakat ini Suri memiliki buku Membina Rasa Cinta, Membina Peribadi Anggun dan Membina Hati Bahagia.. Andai sahabat semua nak dapatkan lebih motivasi yang menarik tentang diri, rumahtangga, kerjaya boleh sahaja dapatkan buku-bukunya dipasaran. Insyallah ia tidak akan mengecewakan anda :) .

Share

Rahsia Makna Ejaan Pada Nama

Cuba eja nama anda. Kemudian lihat siapa anda jika mengikut firasat di bawah ini:

A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

B – anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C – anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D – anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E – anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).

F – semua orang menyayangi anda.

G – anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H – anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.

I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

J – anda seorang yang cemburu.

K – anda suka mencuba perkara-perkara baru.

abcd

L – anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.

M – kejayaan mudah datang kepada anda.

N – anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O – anda seorang yang berfikiran terbuka.

P – anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q – anda seorang hipokrit.

R – anda seorang yang gemar social.

S – anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).

T – anda ada sikap canggih, amat canggih.

U – anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.

V – fizikal anda baik sekali.

W – anda suka menyendiri.

X – anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.

Y – anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z – anda selalu bergaduh dengan seseorang.
5

Tak semestinya betul, harus salah. Sekadar suka-suka dan mungkin panduan untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Ikut pemerhatian saya selalunya ada kena mengena dan betul. Jika betul itu kebetulan, jika salah itu juga kebetulan. Yang betul dan baik rangsang terus, yang salah dan tak baik gantikan dengan yang baik atau hapus terus. – Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj -

Contoh:-
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.

- Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj -

Share