Panduan Bagaimana Mencari Kekasih Hati Anda

Salam pagi untuk para bloger, slient reader, tetamu yang sering bertandang kesini. Bagaimana hari – hari yang anda lalui sebelum ini. Adakah ia berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Suri mengharapkan agar anda meniti kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan dalam hati.

Tidak kiralah apa yang berlaku semalam atau hari ini apa yang penting kita harus bersyukur kerana sebagai manusia kita sebenarnya mampu untuk mengecapi kehidupan ini dengan rasa kasih sayang yang diberiNYA pada kita, rasa sedih, gembira, tertawa itu mampu datang dengan sendirinya tanpa kita perlu mengubah keaslian ciptaan Tuhan terhadap apa yang telah ia ciptakan kepada kita semua.

Berkata Nabi kita sifat bersyukur itu perlu ada pada setiap orang muslim sebagai tanda kita kasih dan cinta pada Maha PenciptaNYA. Apa adakah ada diantara anda cukup rugi di ciptakan sebagai manusia??
04-3

Baiklah harini Suri hanya nak sentuh tentang percintaan. Sebenarnya terlalu ramai diantara kita yang diluar sana tu sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Sampikan ada waktu banyak hati yang berkata mengapalah aku agak sukar untuk mencari satu cinta yang asli dari seseorang. Walaupun hakikatnya dari sudut fizikal anda sebenarnya mempunyai pesona aura yang tersendiri berbanding dengan orang lain.

Hari demi hari begitu banyak rintihan yang Suri terima tentang kesukaran, rintihan dalam bertemu jodoh melalui kitab muka buku. Rasanya jika Suri boleh bantu pasti Suria akan cuba berikan beberapa tips serba sedikit di dalam blog ini. Namun mengapa anda semua terlalu berkeras hati macam besi bagai sukar untuk dilebuh tetap juga mahu mencari kateria-kateria yang agak sukar untuk digapai sendiri. Walhal dalam islam telahpun menetapkan garis-garis dalam mencari perjodohan itu?

Suri masih buntu.. Hurm barangkali lain orang lain citarasanya :) . Apa-apa pun thnks pada yang sudi menjejak Suri di maya, meluahkan rasa masalah yang terbuku di hati secara semulajadi. Semoga kalian akan bertemu insan yang terbaik buat diri kalian nanti.

Okeylah berikut Suri berikan sedikit panduan pada kawan-kawan bagaimana mencari kekasih hati anda?

Elakkan Terlalu Memilih
Jika sebelum ini kawan-kawan ada menetapkan ciri-ciri pada seseorang gadis atau teruna apa kata kali ini anda mencuba mengelakkan diri dari terlalu memenuhi ciri-ciri tersebut. Kalau sebelum ini anda nak cari yang cantik, bertubuh sasa ala-ala salman khan ko, kaya -raya ada kereta mewah dan sebagainya. Tapi katakan tidak apa detik-detik begini. Saranan Suri anda haruslah mencuba melupakan hasrat hati itu sekiranya anda ingin mencari kekasih idaman hati.

Kata orang jika kita nak mencari sesuatu tu bukan sesuatu perkara yang mudah apatalah lagi tentang perihal jodoh. Maka nak atau tidak anda haruslah berubah dari sekarang. Sebab kat dunia ni tiada sesiapa pun yang sempurna dalam segala hal. Sebab pada pandagan Suri jika kita terlalu memilih tersangat -sangat takut nanti kita jugalah akan terlambat bercinta dan melangkah ke alam perkahwinan. Apa kes??

Jadilah Dikamu Yang Sebenar-Benarnya.
Sekiranya kamu yang jenis low profile maka itulah diri kamu dengan sedanya. Awas! dalam percintaan mahupun persahabatan jangan ada penipuan sebab ia akan memendekkan lagi pertalian yang sedia terjalin itu. Bukannya apa jika kamu terkantoi akan perbuatan kamu itu bagaimana? Jadi senang kata sendiri buat sendiri tanggunglah yer. Dari itu be your self.

“kata cinta jangan terlalu mengikutkan rasa hati yang sanggup buat apa sahaja asalkan papa tapi bergaya, benda yang tiada ada sahaja di ada-adakan tu memanglah menempah perpisahlah gamaknyer”

ban_casal12

Berani.
Maksud disini ia bukan bererti berani melakukan perkara-perkara yang tidak elok tapi berani menyatakan bahawa kamu benar-benar menyukai si dia. Terus apa lagi kamu mulalah berikan lampu hijau kepadanya. Sebagai tanda kamu memang sudah tertarik hati pada keperibadian dia. Dan sekiranya kamu kurang menyukainya si dia, maka kamu haruslah melayan si dia dalam keadan situasi yang bisa-biasa sahaja.

Berhenti Membuat perbandingan.
Pada firasat Suri mungkin bekas kekasih anda itu seorang yang hebat dalam segala hal namun sekarang kamu haruslah berhenti dari membuat sebarang penilaian tersebut keatas si dia. Kamu mesti membuang segala memori yang berkaitan dengan si dia.

Kenapa?
Supaya kamu bisa menjadi orang yang baru dalam pencarian cinta ini. Dan seandainya kamu tidak berjaya meluputkan kenangan tersebut didalam kota fikiran kamu Suri yakin sampai bila-bila pun kamu akan sukar untuk menemui kekasih hati yang kamu idamkan.

Amacam okey tak posting Suri kali nie hehehe..angkat bakul sendirilah pulak wei..
Ada masa cinta itu manis bak buah yang ranum namun sedikit kepahitan itu jua perlu ada supaya kita tahu apa ertinya sebuah kepentingan cinta itu dalam seikat janji yang telah dibina.

Share

Cinta=Korban+Setia+Pengertian Part I

Tiba-tiba sumber dari Cik Izwaashura Sadali ini menarik perhatianku..lantas hati berkata-kata mengapa tidakku kongsikannya bersama-sama pada yang lain. Yang mungkin ada dari salah seorang dari kita sedang dilamun cinta?? menuntut kebahagian erti sebuah CINTA, pengorbanan dan pengertian..Kerna itu adalah hasrat dan tema blog ini di bina..

BUAT SI PEMBURU CINTA..
Setiap manusia akan melalui perjalanan cinta. Ada yang bernasib baik dan tak ketinggalan juga yang keciciran dalam mengejar kebahagian. Rasa cinta bersemi dalam diri secara semulajadi, bukan paksaan.

Cinta memang indah tapi bila cinta datang pada masa yang tidak tepat dan pada orang yang salah, ia akan membawa masalah. Mungkin juga cinta membuatkan seseorang itu ‘buta’ sehingga tidak tahu menilai dan membuat pilihan yang tepat. Sebab itulah ia dikatakan salah dalam memilih destinasi manakah harus diletakkan perasaan cinta itu.

love_bear

Apabila seseorang itu merasakan ada cinta wujud dalam dirinya, secara tak langsung ia akan mengubah paras testosteron. Ia adalah berdasarkan sekumpulan penyelidik dari Itali yang mengkaji tingkah laku orang yang sedang bercinta. Dimana paras hormon testosteron lekaki dan perempuan akan berubah bila mereka akan menyukai antara satu sama lain.

Namun perubahan ini tidak kekal lama dan akan kembali normal semula. Testosteron adalah hormon seks dan menjadikan seseorang itu lebih agresif. Itu cuma fakta sains ynag dikaitkan dengan perasaan cinta. Namun tetap ada kebenaran dan kesahihan.

PENGORBANAN DALAM MEMBURU CINTA SEJATI.
Cinta sejati sememangnya memerlukan pengorbanan. Namun sejauh manakah kamu memahami istilah cinta sejati? setiap pasangan pastinya mahu menganyam impian untuk membina sebuah mahligai yang bahagia.

Namun tidak semua cinta itu diakhiri dengan gerbang kebahagian. Ada orang bertahun-tahun menyulam kebahagian, namun kucundang jua akhirnya. Ada juga yang hanya bertemu seketika, lalu jatuh cinta dan mampu mempertahankan kebahagian sehingga ke akhir hayat. Hanya takdir yang mampu menjawab persoalan sebegini.

Pengorbanan yang dimaksudkan ialah mungkin kamu harus melakukan sesuatu perubahan dalam diri. Semua ini untuk menjami, perhubungan. Ada kalanya kamu juga terpaksa mengetepikan keegoan dan menangkis sikap keras kepala. Ada juga mungkin kamu terpaksa mengubah diri tetapi haruslah secara positif dan penuh keikhlas.

Jangan memaksa diri melakukan sesuatu dengan penuh keterpaksaan, jiwa akan terseksa. Jika kamu mencintai seseorang, usah mengharapkan si dia akan mengasihani kamu sebanyak perasaan kamu terhadapnya. Tetapi kamulah yang perlu memberi lebih kasih sayang dan sanggup berkorban.

BIARKAN IA BERLALU PERGI
Ada orang yang gagal melupakan cinta terdahulu sehinggakan sanggup menutup pintu hati untuk orang lain. Walaupun di hati mahu cinta itu diteruskan, tetapi apakan daya andai takdir menentukan kisah cinta itu terpaksa dileraikan. Pasti ada sebab!!. Ironinya, terimalah penentuan itn dengan hati yang terbuka.

images

Lupakanlah cinta terhadap bekas kekasih kerana cinta kamu ini hanya akan membunuh segala rasa yang tersisa. Bila mencintai seseorang dengan setulus hati, pastinya kamu mahukan si dia sentiasa bahagia biar pun kamu tidak mampu memilikinya. Biarkan bekas kekasih kamu bergembira dan membentuk hidupnya dengan cara ynag tersendiri.

Untuk apa anda tangisi sebuah perpisahan yang sudah terjadi. Bukankah itu sudah ditentukan dan apa yang pasti kamu harus akur pada keadaan tersebut. Mungkin ini bukan masanya kamu bertemu dengan seseorang yang sesuai.

Ingat, takdir telah menentukan dia bukan pasangan kamu yang abadi dan pastinya kamu akan berjumpa dengan insan yang lebih istimewa. Cinta tidak pernah memilih. Cinta juga mungkin akan membuatkan kamu menangis dan menderita kerananya. Akan tetapi lukanya akan jauh lebih parah bila akhirnya kamu menyedari bahawa selama ini kamu kurang mengambil perhatian ketika bercinta.

Namun usahlah menyesal sebaliknya jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran yang mampu mematangkan fikiran. Tuhan tidak akan menduga hambaNYA di luar keupayaan dan kemampuan seseorang. Jika kamu menghadapai situasi sulit ini, maka tempuhilah ia dengan perasaan yang tabah dan terbuka.

Tidak usah kamu menyulitkan lagi keadaan kerana ia boleh menenggelamkan kamu dalan fikiran yang salah. Lalu ‘menghumban’ diri kamu ke lembah penderitaan yang begitu memeritkan.

BERSAMBUNG..

Share