Daku Telah Jatuh Cinta

Salam seindah pelangi sebait senyuman sekuntum lembaran posting buat semua..

Huhuhu..adakah ini satu petanda menandakan bahawa mood Suri telah kembali okey :) atau Suri telah jatuh cinta..hehehe..doklah mana ada tapi hari ini Suri nak berkongsi pada anda-anda semua tentang tanda-tanda seseorang itu telah jatuh tangga cinta terhadap seseorang.

Okeylah Suri tidak mahu membuang masa ayuh kita semak apakah simptom-simptom CINTA tersebut:-

Takala kita berjumpa dia secara tidak sengaja pasti keadaan kita akan serba tak kena. Buat itu tak menjadi, buat ni rasa macam tak best jer. Hakikatnya sebelum ini apa yang kamu buat semuanaya baik-baik sahaja..Kata orang kalu hati dah suka pasti akan ada jantung yang berdengup kencang yang sedang bergelora didalamnya. Tika mata bertemu mata pasti agak sukar untuk memulakan sepatah bicara..

the-girl-for-the-dream-world

Sekiranya anda sering tertanya-tanya didalam hati dimana si dia tentu akan terdetik di hati anda untuk mengetahui apakah yang terjadi pada si dia. Hurm, lebih-lebih lagi dalam sehari anda tidak nampak kelibat si dia. Pasti jiwa anda akan berdetik dia tak sihat ke? atau dia sedang bersama dengan seseorang. Tahukah anda keadaan seperti ini menandakan bahawa anda sebenarnya secara tidak sedar anda telah pun bertanyakan hal ini kepada teman-teman rapatnya..hehe anda dah mula suka pada si dia yer :)

Sekarang ni punyalah banyak lagu cinta-cintun tangkap muat lentok sana sini. Yang anda sedang dalam mood in love maka takala lagu-lagu cinta di mainkan di radio, mp3, ipod sure kamu akan teringatkan tentang dirinya..

Kata orang jika seseorang itu telah jatuh cinta pasti akan terdapat perubahan penampilan diri dalam dirinya anda tanpa anda sedari. Sama ada anda sedar atau tidak anda sebenarnya sedang cuba menarik perhatian si dia agar anda akan berpeluang untuk bersamanya.

Semenjak itu anda akan menjadi seorang yang lebih peka pada pendegaran di sekeliling. Nak-nak bila ada antara teman rapatmu ada menyebut nama si dia pasti hati anda tidak keruan jadinya. Yelah, takut-takutlah si dia dah ada yang lain ke? hehehe itu semua kena ambil pusing 360 darjah selsius juga.. huhu…

Hati anda juga akan sentiasa mudah berasa cemburu takala si dia cuba bermesra pada rakan-rakan di sekelilingnyaa. Hatta kamu pun tahu bahawa itu semua adalah rakan sepejabatnya..satu kulaih dan sebagainya. Agak-agaklah wei, kawallah cemburu tu janganlah jadi cemburu buta yer..huhu..

Tidak kiralah dimana anda berada yang pasti saat anda bersendirin sudah tentu anda akanterasa terhidu baunya hehehe camner bau dia ek?? ..bau minyak wangi ke dedorant?? huhuhu..

Biasanya orang yang bercinta ni pantang di puji atau di sapa khabarnya oleh si dia. Hurm pasti takala pujian yang dilontarkan pada anda tu akan membuatkan anda begitu berkeyakinan bahawa anda juga sebenarnya tidak terlepas dari pandagan darinya. ;) . Waktu itu anda bolehlah menyusun langkah yang seterusnya.

Tika anda duduk bersendirian pasti hati anda akan tercari-cari apakah persamaan antara anda dengan si dia. Adakah anda dan si dia bakal memiliki persamaan yang sama? Sekiranya ya, ini menandakan bahawa rezeki anda untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi mungkin cerah.

Anda akan sentiasa merinduinya walaupun hakikatnya anda baru sahaja bertemu dengan si dia dalam beberpa jam..minit..saat..huhuhu..

date

Takala anda bangkit dari tidur atau sebelum tidur pasti anda akan terbayangkan wajah-wajah manis si dia. Jika boleh biarlah wajahnya itu sentiasa bermain di kotak fikiran anda dimana sahaja anda berada.

Sesekali anda pasti akan tersenyum sendiri. Hurm mungkin ada sesuatu yang ada fikirkan sehingga buat ada tertawa atau geli hati sendiri. Kata orang anda dah masuk angau..ke..ke..ke..

Anda akan buat apa sahaja untuk si dia. Dan yang pasti perkara tersebut akan membuatkan diri anda lebih dihargai oleh si dia. Berkorban boleh tapi biarlah berpada-pada janganlah sampai diri sendiri yang merana sudahlah.

Bukan itu sahaja malahan orang yang di lamun cinta ini juga mempunyai “kuasanya rajin” yang luar biasa. Biasanya kerja yang dilakukan akan lebih baik kreatif dan inovatif lagi. hehe..ada percaya ke??

Zon cinta anda bagaimana pula ;) ?

Share

Surat Cinta Zaman Moden

Kekasih,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

sevgimabedi_sevgi_mabedi_(100)

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.

Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

smilesuntin

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.

Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

http://www.lawakjenaka.com

p/s: post ini sekadar memenuhi kategori slot copy nd paste artikel..

Share