Oh Sahabatku, Mengertilah Isi Hatiku..

Salam kawan-kawan semua. Rasanya..eh dah bukan rasanya dah tapi memang dah benar-benar pasti sebab harini adalah hari yang amat sibuk buat suri. Sungguhpun cuti hujung minggu dah nak berakhir namun Suri jua tetap sibuk macam berkerje hari-hari biasa.

Pagi-pagi lagi kat taman perumahan Suri ada buat gotong-royang sampai ke tengahari. Suri goreng bihun, kueh tiew bagai untuk mereka.. yang lain pun ada bawa gak. Masing-masing meriah dengan makanan yang dibawa. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sesekali kelenjar peluh keluar best gak ;) ehehe..

oo1

Tadi sekumpulan member-member lama datang rumah, masing-masing sibuk bawa anak masing-masing. Suri apa lagi mulalah buka langkah bersilat kat dapur kepang ..pung masak specil untuk dema dari tengahari tadi sampilah sekarang barulah selesai. Lama tak jumpa tu yang merebak kebakaran cerita sana-sini hehee.. pstt!! ada junior kawin dengan senior menjadi hoo..hehee :)

Kata orang jika kita sama-sama melalui kenangan itu bersama teman sekulilah pasti bila kita dah ada kehidupan sendiri hati yang lama akan tercuit memori silam itu kembali. Nak, nak bila dingat nick name masing-masing..ehehe.si tepek, kambing itam, dinosure, minix, si control ayu dan segala macam namalah. Namun itu hanya sebagai penyedap rasa dalam menuntut ilmu dolu- dulu.

Okeylah..
Suri tak mahu buang masa. teruskan pada agenda yang berikutnya. Suri nak tanya anda ada sahabat? berapa ramai sahabat anda? Tentu ramai bukan. Tapi kata orang tak semua sahabat-sahabat kita open minded. Ada juga jika kita tersalah cakap, di tegur itu ni pasti lentingan dia naik sampi ke hati.. Berikut Suri cadangkan beberapa cara yang sesuai untuk menegur sahabat anda.

Sekiranya kamu tidak puas hati dengan sikap kawan kamu Suri cadangkan agar anda menegur rakan anda di lokasi yang sesuai. Jika boleh sewaktu sesi penegura itu dibicarakn anda tidak digalakkan sama sekali untuk menegur perbuatan tersebut di kawasan yang terlalu ramai orang. Sebab ia boleh mejatuhkan air muka sahabat anda di khalayak orang ramai.

Secantik-cantik teguran biarlah ia di tegur dengan cara yang santai dan bersahaja namun tidak terlalu menegangkan keadaan dan suasana tersebut di antara anda dengan sahabat anda . Tapi apa-apa pun anda kenalah kenal pasti kawan anda tu pek peten yang bagaimana ya..

Takala anda berbual denganya maka anda sebagai rakan haruslah berbual seperti keadaan biasa-biasa sahaja. Tapi yang pasti intonasi suara anda haruslah anda jaga dengan sebaik mungkin sungguhpun waktu itu kemarahan anda sedang mendidih. Ingat jangan sesekali anda meninggikan suara dihadapannya sudah pasti nasihat dan teguran anda tidak akan menjadi punya. Malah keadaan akan menjadi lebih buruk lagi adalah.

Bicarakan perkara yang ringan-ringan sahaja tentang kehidupan sehariannya yang tiada kait – mengait dengan apa yang bakal anda nak tegur pada dia kelak. Setelah itu barulah anda tepuk bahu kawan anda secara perlahan-lahan dan bicarakanlah teguran itu mengikut susunan ayat yang sebaiknya agar setiap teguran anda itu dapat di terima olehnya dengan hati yang terbuka.

0002

Sebaik-baik teguran takala anda sahaja yang berbicara dengan dia tanpa ada pihak ketiga dan sewaktu dengannya. Ini bagi mengelakkan sahabat anda merasai perasaan malu dan tersinggung takala teguran di hujani di depan rakan-takan yang lain.

Malahan terdapat jua jenis sahabat yang mudah menitiskan air mata takala teguran dibuat secara baik dilakukan terhadap mereka. Mereka-mereka ini mungkin jenis yang mudah beremosi dan mengeluarkan air mata. Justeru itu anda sebagai sahabatnya yang perihatin anda haruslah sediakan tisu atau sapu tangan buat sahabat anda sebagai persediaan untuk apa jua sebarang kemungkinan yang berlaku. Ada sanggupkah jejaka-jejika di luar sana tu berbuat demikian?? kalu aweks mungkin no hal kot..tapi kalu isteri sendiri? huhu..

Setelah selesai teguran dibuat maka akhir sekali anda haruslah bermaafan kepada sahabat anda. Supaya luahan teguran yang anda berikan kepada sahabat anda tadi dia tidak memandang serius. Dan kemudian anda katakanlah pada dia anda buat begini untuk menjernihkan keadaan yang tegang dan sebab saya adalah kawan awak. Sebab itulah saya menegur awak. Jika orang lain buat apa saya nak tegur. hehe..

Cara anda pula bagaimana? Anda pernah alami situasi sebegini? hehehe…jom komen di kotak bawah ;)

Share