Hatimu Sebeku Ais

As-salam sahabatku..
Apa khabar anda semua? jawab ya jangan tak jawab pertanyaan Suri ini. ;) :)

Entri ini berbisik selayaknya sepasang kekasih yang sedang dingin berbicara. Hurm, adakah hati Suri turut sebegitu? Oh, tidak ia hanya sekadar pembuka tudung salji kata sebagai memeriahkan suasanaa kamar hatiku blogku sahaja :)

sejuk beku

Eleh macamlah kawan-kawan tak tahu hari ini kita akan belajar petuakan. Dah, dah sekarang anak-anak murid keluarkan buku tulisnya ya. Hari ini cikgu Suri nak mengajar abc cara-cara bagaimana nak mengelakkan tempat dingin beku tu agar tidak sentiasa berais.

Apa tu saya kurang fahamlah cikgu…
Alah tempat yang selalu kita simpan ikan, daging, ayam tulah tempatnya.

Eh, cikgu kenapa kita mesti mansuhkan UPSR dan PMR ketulan air yang dingin tu? Nanti tak sejuklah ikan, ayam dan daging kat dalam peti ais tukan?
Yelah kita kenalah buat macam tu supaya memudahkan kerja -kerja dapur, suri rumah untuk mengeluarkan ikan atau daging yang tersimpan tu dengan lebih mudah lagi. Jika kita tidak melakukan cara yang sedemikian bagaimana pula kita nak keluarkan barang tersebut didalam peti ais tu. Takan kamu nak tunggu ais tu mencair sendiri..atau nak tutup suiz dia kot?

garam

Baiklah sekarang bagaimanakah caranya untuk kita mencairkan ais tersebut?
Amik jerk pencucur api tu than halakan dia kat dalam peti ais tu mencairlah dia nanti
. Mudah sahaja caranya anda sediakan sedikit garam.

Kemudian pupukan dan gosokkan garam itu di sekitar air yang berbeku tersebut. Setelah itu dalam beberapa minit ais tersebut akan mencair dengan sendirinya sedikit demi sedikit. Selepas ia mencair maka anda bolehlah mengeluarkan bahan mentah tersebut seperti biasa. Tu jerk :)

Ada sapa-sapa yang tak faham? Angkat kaki kanan tolak kebelakang..angkat kaki kiri tolak ke depan.. ;)

Kelas tamat.

Share