As-salam untuk semua..Tercuit rasa hati bersama teman selamat pagi seindah mentari yang membiaskan cahaya cinta disini
Sebagai wanita yang mementingkan kesihatan luaran dan dalaman Suri ada satu artikel yang menarik untuk di kongsikan pada anda semua yang berkaitan dengan pemakaian jean yang ketat.
Keputihan yang berlebihan sememangnya akan membuatkan kita berasa tidak selesa sehingga menjadikan sebahagian dari pergerakan kita akan menjadi sedikit terganggu. Apakah masalah – masalah tersebut dan bagaimanakah cara untuk kita mengatasinya?
Tips yang utama adalah anda sebagai wanita haruslah selalu menjaga kawasan di sekitar vagina anda dengan sering mencucinya selalu. Anda tidak digalakkan menggunakan sabun pembersih wanita dan sebagainya kerana ia sebenarnya akan membuatkan vagina kamu berada di dalam keadaan yang tidak seimbang.
Sentiasa dan rajin-rajinlah menukar ‘underwear’ anda (pakaian dalam) takala kamu mendapati pakaian dalam kamu terasa terlalu basah. Maka anda haruslah segera menukarkannya kepada pakaian dalam kamu yang bersih pula. ini untuk mengelakkan kamu tidak selesa kerana semakin lembab vagina kamu, pasti perasaan tidak selesa atau tidak senang duduk akan terus menjadi-jadi di dalam diri anda pada ketika itu.
Cuba kurangkan kebiasaan anda dengan selalu mamakai jean yang ketat terutama didalam jangka waktu yang terlalu lama. Sebab ia boleh mengakibatkan perederan darah anda tidak berkembang dan menjadi lancar dengan keadan yang lebih baik lagi. Bukan itu sahaja malahan ia juga akan membuatkan anda mengalami keputihan yang berlebihan.
Teringat pengalaman Suri masa berkerja di Kuala Lumpur jadi sales girl macam-macam ragam dan karenah yang Suri jumpa di sana. Kini hanya tinggal memori bekas daun nasi lemak jer
Anda ada jean? apakah citarasa anda tentang pemilihan jean? low cut..stright cut..jalan short cut??huhuhu..

