Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Mood cam air suam-suam kuku. Entri ini sudah lama ingin Suri hasilkan tapi gambar ada dalam simpanan laptop kat rumah huhu.. Pada yang masih ingat akan aktiviti mengaut buah rambai jangan tidak tahu hari yang sama juga kami sempat berjalan dari satu kampug ke kampung lain.

Bila orang Melaka melihat labu sayong rasa menggujakan. Lantas beberapa buah kedai kami berhenti dan melihat demo tuan tanah buat labu sayong secara live. Tahukah kawan-kawan di mana asalnya labu sayong ini? Cuba lihat gambar di bawah ini.

Labu sayong merupakan sejenis tembikar bernama labu. Amnya ia sering di buat dalam dua versi warna sama ada warna hitam atau warna cokelat. Manakala bentuknya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai.
Ia merupakan salah satu nadi perusahaan di Kampung Bendang, dalam Mukim Sayong di mana jaraknya terletak satu kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak.
Tahukah kawan-kawan bahan mentah yang utama untuk membuat labu sayong ini adalah sejenis tanah liat khas yang terdapat di kampung sayong tersebut. Mengikut hasil kajian dan pencarian maklumat Suri tanah liat yang baik di gunkana apabila tanah itu di dapati dari satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan labu sayong adalah:-
- Tanah liat yang berwarna kelabu.
- Tanah liat berwarna kemerah-merahan.
Manakala peralatan yang sering di gunakan untuk menghasilkan sebuah labu sayong adalah:-
- Batu sungai
- Pengukir
- Span
- Pinggan
- Papan rata/ papan gelek
- Gergaji kecil
- Pengguris
- Roda pembentukan tembikar
- gambar..nanti dulu ek..tunggu suri balik rumah nanti heeee
- maaf suri tidak dapat berjalan2 harini sebab migren datang balik huhu..
Daa..
