Apa itu arteri?
Gambar sistem peredaran darah manusia
Arteri merujuk kepada saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung. Semua arteri, dengan pengecualian arteri pulmonari dan arteri umbilikal, membawa darah beroksigen.
Arteri merupakan komponen utama sistem peredaran yang penting bagi benda hidup. Ia berfungsi menghantar oksigen dan nutrien kepada semua sel, dan juga untuk menyingkirkan karbon dioksida serta bahan buangan daripada tubuh badan.
Maklumat di atas adalah dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
SEDARKAH ANDA:
Jika sebahagian dari kita apabila berhadapan dengan tekanan masalah yang kuat sebenarnya ia mampu untuk meningkatkan paras tekanan darah seseorang individu itu di awal usianya 20 an, yang mana ia akan cenderung mengalami masalah seperti darah tinggi tersebut pada usianya mula menginjak ke angka 40 an.
Ini adalah hasil kajian yang telah di lakukan di sebuah tempat pengajian di Universiri of Pittsburgh.
Terfikirkah anda akan bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?
Ia adalah disebabkan oleh terjadinya gelodak perubahan tekanan darah yang sebenarnya boleh menimbulkan kerosakan pada bahagaian sistem arteri anda. Ataupun kerana ketinggian paras hormon tekanan anda pada masa itu akan mengundang tekanan darah tinggi yang teruk.
Dari itu kita haruslah bijak dalam mengawal tekanan hidup ini agar kesihatan kita akan terjamin pada masa-masa akan datang. Ada orang kalu dia stress dia akan menjerit? hehehe yer ke??
