Air ketuban berasal dari sejenis cecair rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi dan ia mencerminkan sistem kumbahan dan fungsi buah pinggang dan juga gastrousus bayi itu sendiri. Cecair tersebutlah yang mengelilingi bayi di waktu bayi tersebut berada didalam kandungan ibunya sepanjang tempoh kehamilan itu berlaku.
Air kencing yang dihasilkan oleh bayi juga sebenarnya berfungsi untuk buah pinggangnya kerana bayi juga akan menelan semula air kencingnya jadi ini bermaksud fungsi buah pinggang dan gastrous bayi anda dalam posisi yang normal.
Jika air ketuban kurang ia memberikan petunjuk bahawa bayi anda sebenarnya tidak berjaya menghasilkan air kencing yang mencukupi untuk dirinya sendiri yang sebenarnya amat bermakna untuk fungsi buah pinggangnya dan seandainya ia berlaku maka bayi tersebut akan menghadapi masalah congenital abnormalities.
Sekiranya air ketuban berkurangan, saiz perut ibu yang hamil juga akan kelihatan lebih kecil kerana di dalam keadaan perut ibu yang hamil tersebut dalam berlaku keadaan yang ketuban yang kering atau berkurangan. Di samping itu juga perut ibu yang kecil juga disebabkan oleh air ketubannya pecah awal atau bersalin pada peringkat pra matang walaupun sebenarnya saiz bayi tersebut adalah normal.
Dalam kes ini, doktor akan meminta si ibu tersebut untuk melahirkan bayinya dengan seberapa segera yang mungkin. Mengapa? sebab ia akan dikhuatiri bayi tersebut akan membawa kepada risiko kepada bayi sama ada ia membawa kepada kematian, kecacatan atau ia bakal dijangkiti kuman yang tertentu.
Anda, isteri, saudara ada pengalama tentang peristiwa air ketuban ini. Ayuh kita ceritakan pengalaman tersebut disini. Hurm.. sudah pasti ada kenangan disebaliknya

