Kekasih,
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.
Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.
Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.
Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
http://www.lawakjenaka.com
p/s: post ini sekadar memenuhi kategori slot copy nd paste artikel..


hehe..memang best surat cinta nih…
.-= jejari´s last blog ..Nota Terlekat:Pencarian Model Budak Kampung =-.
penjaga hati..
sure klu bagi pakwe..makwe akan tersenyum simpul kan..huhu..
saya lumayan bingung memahaminya, terlalu puitis bagi saya, maap, hehehe
.-= nurrahman´s last blog ..Award April =-.
keuntuhan cinta..
hehehe..ya mmg agakr puitis sekali..jika kamu bisa memahaminya ia banyak mengisahkan cinta yang kelakar hehehe..
kalau saya plih ngomog langsung saja.. lebih berani..
.-= Arif R.´s last blog ..Satu Cerita pada Satu Subuh #2 =-.
kipas cinta..
ya..benar tu..sudah tentu dia akan lebih mudah faham ka..hehhe
preposterous, I must say. haha
LIKE utk WP ade, check balik entry tu
.-= ARC™ ´s last blog ..Butang Like Facebook untuk Setiap Entri =-.
erm kalau hantar email je ..ok kot??
.-= zik´s last blog ..Ajaran sesat di malaysia semakin parah! =-.
pungguk rindukan bintang..
boleh saje zik..jgan malu atau segan pasti si dia tertawa punya..hehehe..
entri yang menarik. hehe.
.-= Amir´s last blog ..1Malaysia Race di Adelaide =-.
hello..
hehehe..sekadar perkongsian sahaja..heheh
Berbicara tanpa suara….bersua tanpa wajah..yea..
.-= Fida´s last blog ..Tukang kapak, Mungkar & Nangkir =-.
Aktiviti cinta..
wah penah makna yang tersurat tu kak..heheh
serius lawak gila…..macam mn la diorang leh dapat idea mcm ni..heehee..
.-= aleh´s last blog ..Cabaran Final Exam sudah bermula. =-.
Rebut cintanya..??
mungkin masa tu aura cinta dah masuk dlm badan 100% ni..hehehe
haha. terbaik. bley share kt awek =P
.-= acapz´s last blog ..Contest Kopi Radix HPA Mai Secawan =-.
wangian kasih..
ha.blh2 sangat sangat..share le kat dia pasti dia kata kamu ni ok ke dok? huhu
waw….talk bout love is never ending….hehehe
yeah..love is beautiful
sejak akhir2 ni Suri selalu tulis pasal cinta..huhu..rasa lain macam dah wma ni…
.-= wanwma´s last blog ..Mudahnya Lafaz Nikah (Sambungan Artikel Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin?) #2 =-.
ahaha memg santai dan klakar abis
kreatif budak yg create ni
.-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis =-.
cinta oh cinta, jangan sampai kita jadi hamba pada cinta dah la, cinta pada Allah takpe..
.-= Mr.Z´s last blog ..Apabila Hati Terluka Kerana Cinta! =-.
Wakaka…. tiang elektrik mana boleh berbuah…. lucu sangat surat cinta nih….
.-= Masdin´s last blog ..Jangan Pandang Enteng Bahasa Indonesia =-.
kata hati berbicara tentang si dia..
hehehe..dah nama surat cinta cam tulah gamaknyer..hehhe
comel je surat cinta ni..hehehhe
.-= Bb Hussain´s last blog ..30 minutes left =-.
rasa resah cinta di jiwa..
lawak sekilas pandang..betapa manisnya tika mulut..dan bibir berbicara..huhu
tapi klu clash aduh skit hati owh..huhuh
suri…..kelakar gile la surat ni…adeh
kembang kempis hidung menahan gelak……
.-= mokteh´s last blog ..Menghitung CGPA =-.
Ada aku kisah, cinta itu aku yang punya..
huhu..tu namanya mokteh dah try senam otot2 perut dgn sebaiknya..
mokteh jgn risau pasni pasti mokteh akan terus bersenam lagi dan lagi..hehehe
surt cnta sms ble>>?
cinta jagan simpan di dalam hati..
boleh aje klu puteri larat nak menaipnya satu2 heheh..
sapelah yang reka surat ni..nice..ayat disusun dengan baik..hehe
.-= khairolghani´s last blog ..Lindungi harta intelek anda =-.
hik2 Kurt Cobain pun ada gak ..best2 hehe
.-= Nine´s last blog ..Koleksi WallPaper Windows 7 2010 =-.
belaian cinta..
hehehe..pinjam jap moga2 dia akan tersedak gamaknyer..huhuhu
sesekali ktea buat hati kita berjiwa muda
hahaha!!! best ni kalau surat ni jatuh ke tgn mak ayah dia. hahaha!!!
.-= fiddeomar´s last blog ..Keputusan Muktamad =-.
cerita kisah cinta kita..
hehehe..
bahaya..pasti mak ayah cakp wah markah exam dok le pulak kamu dapat 100% tapi mengayat cinta pandai le bebenor..huhuu
surat cinta kena simpan buat kenangan..
.-= Mus´s last blog ..Review: Gengfotografi.com – Serlahkan Bakat Fotografi Anda! =-.
marilah ke pangkuanku..
ha,ha..suri pun ada lagi surat cinta dlu..dalam kotak cinta..kiki..
nanti dah tua baru bukak dan baca depan si jejaka..huhu..