Salam untuk sahabat bloger dan pembaca setia di blog ini..
Allah befirman yang bermaksud, “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan daripada kalangan orang-orang lelaki, yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah (kamu) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengatahuinya,”
(Surah An-Nahl:43)
Seperkara yang pasti, Islam telah menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Banyak cara dan pelbagai kaedah yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan ilmu. Sama ada dengan membaca bahan-bahan ilmiah, melalui talian maya, atau merujuk pada guru atau mereka yang lebih arif tentang sesuatu ilmu tersebut.
Sekiranya dari kita tidak tahu tentang sesuatu hukum hakam, maka hendaklah kita bertanyakan pada orang-orang alim atau pada ahli ulama untuk mengupas satu-satu hal itu dengan lebih terperinci lagi. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan..
Ayat ini telah menjelaskan bahawa kaum musyrikin Mekah tidak dapat menerima kenyataan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mendapat wahyu sedangkan baginda hanyalah sekadar manusia biasa sahaja seperti mereka. Lalu Allah telahpun menerangkan akan keraguan orang musyrikin itu dengan menyatakan bahawa bukan baginda sahaja, bahkan para nabi sekelian nabi dan Rasul jua turut diutus sebelum ini adalah kaum lelaki yang semuanya yang asal dari kalangan umat manusia jua.
Para utusan Allah ini telah dipertanggunjawabkan untuk menyeru umat manusia agar sentiasa beribadat kepadaNYA dan mengabadikan diri sendiri semata-mata keranaNYA. Justeru itu ayat didalam ini menyeru, meminta agar kaum musyrikin supaya bertanya dan merujuk kepada ahli agama tentang perkara yang mereka tidak ketahui.
Hal ini menyedarkan kita bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang lemah dan serba kekurangan. Banyak perkara yang tidak diketahui oleh mereka, sedangkan ilmu Allah itu LUAS mencakupi ilmu alam yang nyata mahupun ghaib.
Sehubungan itu kita sebagai manusia yang serba kekurangan, hendaklah kita selalu bertanya dan merujuk kepada mereka yang pakar lagi arif dalam bidang-bidang tertenyu supaya kita tidak akan terpesong daripada landasan yang sebenar.
Sumber: Majalah Nur sedikit huraian ayat telah di ubahsuai Suri.
Ilmu adalah jambatan pada sesebuah kejayaan :)

Memang banyak ujian yang ditempuhi nabi2 terdahulu…tapi Allah menguatkan mereka untuk terus berjuang..
.-= rashid´s last blog ..Adab Menjawab atau Membuat Panggilan Telefon =-.
benar tu sahabt..kita shaja yang tinggal utk meneruskan kebenaran itu huhu..
kena tuntut ilmu lagi… selagi boleh… dan jangan malu bertanya… nanti sesat jalan..
.-= zik´s last blog ..Tun Dr mahadthir Sakit =-.
ya..kalu suri sesat leh zik tunjukkan jalan heee..
tulah kata pepatah yang sering kali d guna oleh org tua dulu-dulukan
tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad..
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Ciri ciri seorang Geek =-.
hatta sampi ke negeri Cina sekalipun
kalau tak tahu lebih baik bertanya… lagi2 pulak pasal ilmu agama…
.-= Fahmi Raazali´s last blog ..Cabaran Jadi Ketua… =-.
sebab agama byk hukum hadis dan macam2
betul tue…..
kene banyak bertanya baru tak sesat jalan.kat sekolah nas jarang tanya kt cikgu..kat universiti baru la rajin sikit bertanya..
itu pun kalau lecturer xgarang
.-= nash´s last blog ..Pakai Tudung ala-ala Tudung Tin Biskut- Sekejap Tutup Sekejap Buka =-.
alahai nak tgu bgtu ko..mana ada pensyarah garang smua ok ke nas..
ghitewww..
.-= en_me´s last blog ..yg Tersurat yg Tersirat =-.
yea.
bak kata orang tua “malu bertanya sesatlah jalannya”
.-= dedoku´s last blog ..DiGi iPhone 4 Life =-.
klu tak mau sesat dan nak cari jln betul kenalah tnyer pada org2 tahu selek belok ilmu tu
Perkongsiaan yang menarik,
Orang yang berjaya tak semestinya lebih berilmu daripada meraka yang gagal
benar tu sahabat..
kata org tak semua ilmu yang kita ada kita tahu akan ilmu yang lain2 heee..
yak bertanya penting. tanpa bertanya tak ada keterbukaan. cuma pertanyaan dalam islam haus dibatasi agar tidak merusak sistem islam seperti pertanyaan filsafat dan mempertanyakan Allah.
ya, sahabat setuju dgn pandagan tu..
This is the wonderful thing i spend long time to find
it….
.-= Discount Silver Jewelry´s last blog ..Tiffany Elsa Peretti Teardrop ring TER1036 =-.
setuju ngan ayat Suri yang last sekali tu
.-= Nine´s last blog ..Kenapa Yahudi Gigih Pesongkan Akidah Umat Islam =-.
klu tak der ilmu mana mungkin kita akan tahu pada satu2 pkra tu yer tak
betul tu kalau malu bertanya memang sesat tak balik2 ..hehe
.-= kami´s last blog ..Harga Rokok Naik Lagi =-.
baik ringankan mulut pasti kita akan ketemui jalan heee
Ada ke orang yang nak bagitau kalau tak tanya? Mana la kita tau apa yang orang lain tak tau. Jadi rajin-rajin la bertanya
.-= Norasikin´s last blog ..Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis =-.
Kalau saya tak tahu apa-apa, saya tanya dengan suri la lain kali ye?
Gurau jer…, Malu bertanya sesat jalan.
.-= zezebel´s last blog ..Aidilfitri Open house =-.
…sedang menuntut ilmu wordpress sekarang
memang banyak yang perlu ditanya
.-= tehr´s last blog ..Hidup Perlu Berubah =-.
malangnya ada yang terlalu segan untuk bertanya atau merujuk untuk mendapatkan ‘jawapan’ sebenar… padahal perkara tu penting sangat kan?
.-= kulanz´s last blog ..Lagu Rasmi Baru Wilayah Persekutuan =-.
sebab tu wujud pepatah tuntut ilmu biar sampai ke negeri cina..
.-= Ezany-Kun´s last blog ..Bajet 2011 Bonus Untuk Kakitangan Awam Tahun 2010 =-.
Kalau tak de ilmu, cam na nak blogging he he…
.-= Ismail N´s last blog ..No Idea- No Cerita… =-.
Nak menuntut ilmu tak perlu malu.tak tahu tanya.bukan susah pun.
…”merujuk kepada yang pakar..”
Benar, dalam kebanyakan hal, kita lebih suka mengabaikan mereka yg pakar ini & hanya mengikut hawa nafsu.
Teringat 1 petua d dalam buku 55 Petua Orang Berjaya iaitu: tidak perlu genius, yang penting pandai bertanya.
bertanya juge kunci ilmu…bersama terus menuntut ilmu..moge dalam barakah Allah jua..ameen
.-= hafizmd´s last blog ..Bila isteri mula muntah dan loya… =-.