Indahnya Peribahasa Kita

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Rindu pula pada peribahasa orang dahulu berkata.. Rasanya tidak salah sekiranya kita mengambil satu dua contoh disini.

Jom kita baca sama-sama ;) .

Ombaknya Kedengaran, Pasirnya Tidak Kelihatan.

  • Membawa maksud khabar atau beritanya telah sampai atau kedengaran seakan satu-satu kejadian itu benar belaka bagai dikata. Akan tetapi bukti dan kepastian belum ada.
  • Amnya perkara ini berlaku dalam masyarakat kita yang gemar mendegar gosip, fintah, tomahan, sedangkan kebenarannya belum di pastikan lagi atau belum terbukti lagi.

4614451063_ab4b1bd536

Ulat Lupa Daun.

  • Mula melupai akan budi baik seseorang terhadap kita.
  • Seperti contoh kita telah berjaya dalam pelajaran sehingga ke menara gading dan mempunyai kerjaya yang membanggakan. Namun dalam masa yang sama kita lupa bahawa tanpa mereka seperti guru, pensyarah, ibu bapa mana mungkin kita akan berjaya seperti sekarang.
  • Peribahasa lain umpama kacang lupakan kulit.

Kalau Di Bawah Melompat, Kalau Di Atas Menyusup.

  • Seseorang yang bijak/ pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.
  • Walau di mana kita pergi, kita hendaklah berusaha, mempelajari, memahami keadaan atau adat resam/peraturan di sesuatu tempat itu.
  • Dengan kata lain bermaksud, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Dr Syeikh Muzaffar

Tidak Ada Gunung Yang Tinggi Yang Tidak Dapat Kita Daki, Tidak Ada Luruh Yang Dalam Yang Tak Dapat Dituruti.

  • Tidak ada usaha  yang tidak dapat dikerjakan, asal sahaja ada kemahuan dalam diri sendiri dan ada usaha untuk mencapai sesuatu arah tujuan.
  • Dengan kata lain, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Tak Tahu Menari, Dikatakan Lantai Jongkang-Jongket

  • Salah sendiri tetapi menuduh orang lain.
  • Sememangnya terdapat sebilangan orang didalam persekiratan kita, jadi apa yang harus kita lakukan adalah sentiasalah mencerminkan diri kita sendiri sebelum membuat sebarang tuduhan atau menyalahkan orang lain.

 Ada siapa-siapa yang nak tambah lagi..?

Share
Artikel lain yang best-best :

62 thoughts on “Indahnya Peribahasa Kita

  1. Assalamualaikum Suri. Peribahasa Melayu sangat indah, dan ada maksud yang cuba disampaikan secara berlapik. Yati nak tambah juga

    Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

    Maksudnya: Kesilapan yang dilakukan oleh seorang, tetapi orang lain juga menerima akibatnya.

    • salam yati ;)

      yang berlapik tu lagi mais yati dri cakp terus..klu tak paham kata berlapik payh gak tuh huuuu..

      ya.satu peribahasa yg menarik sekali :) . terima kasih kerana sudi berkongsi dgn kami :) .

      suri benar2 hargainya ;)

    • ada orang sush nak paham ada org mudah paham huu..

      kebanyakan periahasa yg d gunakan lebih byk mengingati seseorang itu dari melakukan perilaku yg kurag baik huuu..

      p/s:ya nnti suri akan kesana.terima kasih atas maklumat itu ;)

  2. salam..
    TIADA KATA
    SECANTIK BAHASA..
    Ermmm..sedih orang melayu
    memang indah peribahasa dan
    pantunnya..tapi jadi ganas dan
    liar bila memandu kereta..
    orang depan lambat sikit mulalah
    hon kereta dan menyumpah2 kita

    • salam..
      ha tu mmg sslu kita dgar bro..

      bab2 nak cepat mulalah hon sana-sni..seolah2 jln ini dia yang punya huu..

      p/s:opis sy ni bangunan di dkt dgn pekan ipoh..rasanya tiap2 hari akan bunyi hon yang memekakkan cuping telinga.. gerrrr..

  3. bijak sungguh org zaman dulu..semua peribahasa yg dibuat ada maknanya dan bknlah kata2 yg kosong..jika dikaji pasti ada kaitannya antara perkataan yg dijadikan peribahasa tersebut ;)

  4. wahh best2 lama tak dengar ayat2 lama camni..kalo nk dengar pun time tgk crita melayu lama 60an.. err lagi apa ek ayat2 lama… alang2 menyeluk pekasam..biar sampai ke pangkal lengan

  5. itulah antara keindahan bahasa kita.. cuma sekarang ni sudah ramai yang tak praktikkan.. termasuk saya sendiri.. jadi kalau nak tambah memang tak tahu :D

  6. oo.. peribahasa ya.

    Belum duduk, sudah berlunjur. Tahu maksudnya ?

    Belum memperolehi sesuatu yg dikehendaki,sudah bergirang hati terlebih dahulu

  7. Ada lagi suri,

    Baik berjagung-jagung,sementara padi belum masak. Tahu tak apa maksudnya?

    Sementara belum ada yg lebih baik, maka yg kurang baikpun bolehlah dipakai dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>