Cara Menghormati Jenazah

Salam pagi untuk semua sahabatku ..

Harap pagi yang serba indah ini akan memberikan kita seribu keberkatan dari hari-hari yang lain. Tertarik dengan satu hadith ini Suri kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga sedikit ilmu yang di curahkan akan menjadi manfaat buat kita semua.

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah! Sesiapa yang turut mengiringkannya ke kuburan, jangan duduk sampai jenazah itu diletakkan orang.”   (Muslim)

 

jenazah-berat

 

Huraian:-

Orang yang meninggal hendaklah disegerakan pengkebumiannya. Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati sehinggalah jenazah tersebut selasai dikebumikan.

Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan, sebaliknya bagi kaum wanita pula tidak begitu digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian si mati tersebut sedangkan tangisan dan ratapan yang berlebihan diharamkan di dalam Islam itu sendiri.

 

Sumber hadith JAIM.

Share
Artikel lain yang best-best :

17 thoughts on “Cara Menghormati Jenazah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>