Dia CahayaCinta

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Perjalanan..

Nama sebenar saya Ummu Ainni Binti Maalip atau lebih kenali dalam bidang blog dengan samaran Suri. Saya amat meminati bidang penulisan. Blog pertama saya buka cahayacinta.com pada tanggal 2009. Ini merupakan hadiah dari seorang blogger sempena saya menjadi penulis jemputan di belognya hampir empat tahun yang lalu. Sungguh saya tidak menduga ketika itu.

Julai 2013

Namun sayang sekali segala entri yang nukillan pada tahun 2009 itu dalam belog yang pernah saya hasilkan setiap hari sehingga mencapai seribu lebih entri tidak dapat di selamatkan lagi pendek kata ke semua entri tergantung dalam sebuah hosting sehingga sekarang.

Ogos 2013 

Saya bangkit bangun semula dan memulakan menaip entri seperti biasa yang boleh anda lihat sekarang bahagian footer (bawah) blog. Sebenarnya dalam masa sama juga saya membuka sebuah lagi blog jualan yang menjual hasil produk saya sendiri. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

keluarga cahayacinta.com

keluarga cahayacinta.com

Niche..

Kewujudan blog ini  saya khaskan untuk peminat-peminat yang menyukai bahan-bahan ilmiah, gemar mengumpul tips, trick, kraftangan, tentang percintaan,  kehidupan, keibubapaan dan sebagainya. Saya berharap perkongsian ini akan akan mendatangkan manfaat buat anda semua. Berharap blog ini mampu bertahan lebih kuat dari sebelumnya dan sesungguhnya kedatangan anda amat-amat saya hargai.

Penafian

CahayaCinta adalah tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelawat kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.  Segala yang menimbulkan keraguan dari pihak pembaca anda adalah di sarankan agar mendapat maklumat lebih lanjut dari pakar.