Salam petang untuk semua..
Harini pula teringat mak dan ayah di kampung halaman..
Masakan masak lemak sama masak asam ikan pari masih tersisa dalam ingatan Suri. Walah!! sedapnya memaglah tak terkata bila air tangan ibu yang membuatnya dengan sepenuh kasih sayang terhadap anak-anaknya. Tak perlu isi perencah knor, maggie yang pasti hasilnya tetap sedap. Jika orang lain yang masak pasti tidak akan sama dengan masakan ibu kita heee..
Berbalik pada tajuk asal. Suri mula terfikir akan pesanan orang tua-tua dahulu terhadap anak -anak kecil mereka, mahupun gadis sunti. Masih ingatkah kawan-kawan akan pesana- pesanan tersebut.
Dibawah ini Suri listkan beberapa pesanan orang -orang zaman dahulu.
Anak dara tidak elok menyayi di dapur nanti kawin dengan orang tua.
- Ya ke. Suri rasa mungkin bila anak dara menyanyi nanti takut-takut bahan air liur nanti menjadi perencah masakan adalah kot. Tapi pada pandangan Suri mungkin sebab aurat suara seseorang gadis itu perlu dijaga sebab dalam islam suara merupakan salah satu aura yang harus dijaga lebih-lebih lagi yang memegang status anak dara.
- Bila dilihat zaman sekarang kebanyakan gadis suka memilih pasangan lewat usia? Betul juga tu.. heeee..
Makan jangan suka beralih banyak tempat. Nanti kamu berlaki banyak..
- Didikan orang tua tu ada kebenarnnya. Sebab jika kita makan kejap sana, sekejap ini sudah tentulah remah makanan kita akan bersepah. Ya tak. Tapi tang ayat yang hujung tu mungkin sebagai penyedap kata jer kot hee… Apapun nasihat dan kata-kata mereka ada jua betulnya.
Jangan duduk atas bantal. Nanti punggung akan jadi bisul.
- Hee.. takot pulak Suri mendegarnya. Apa maksud di sebalik teguran ini. Bagi Suri bantalkan tempat kita meletakkan kepala. Sebagai alas kepala kita untuk tidur. Jadi bantal tersebut haruslah digunakan pada tempat yang betul dan bukannya diletakkan pada punggung dan sebagainya.
- Sebab lain bagi mendidik anak -anak bahawa setiap barang yang kita gunakan setiap hari ada kegunaannya yang tersendiri. Bukan boleh digunakan untuk sesuka hati sahaja.
- Jika bisul telah terjadi pada bahagian tersebut maka anda anggap sahajalah itu hanyalah satu “kemalangan” secara kebetulan sahaja heee.. ;)
Sahabat-sahabat masih ingat lagi? Ayuh kita kongsikan pesanan orang lama di bawah ini
Jika boleh sertakan sebab-sebab mengapa larangan tersebut dibuat.

Betul Suri…orang-orang lama bagi nasihat macam pantun, yang depan je yang boleh pakai, yang ayat last tu sekadar menakut2kan aje..hehe
.-= rashid´s last blog ..Kalau Cerita Pasal Kahwin- Siapa Yang Tak Suka =-.
beringat sebelum terkena haduii…
pesanan orang dulu2 selalunya khas untuk anak2 dara jer kan…
selalunya begtulah…napi untuk budak2 pun ada juga..
cth:-jgn suka main nyorok2 nnti kena sorok dgn hantu kopek heeee
ingat tak program tv yang sitinurhaliza buat kat tv 2 dulu..time tu dia nyanyi kat dapur sambil memasak ayam masak tempoyok..dan masa tu juga arwah mak ishak kata..siti ni confirm akan bersuamikan orang tua…dan memang betul bila dia khawin ngan datuk k…
-pesan orang tua ada betul nya-
.-= ishak´s last blog ..Saat panas justin bieber menjadi palsu =-.
ia ada betulnya juga.. k juga merangkap pada kAYA hee…
Jangan ketuk2 periuk nasi tu…..
Tapi macam maslina cakap tu, kebanyakannya untuk anak dara jer kan?
Ada tak koleksi pesanan untuk anak lelaki?
Jangan main waktu senja?
.-= zezebel´s last blog ..WW- Who need this =-.
nanti kena sorok oleh hantu kopek atau sorok orang bunian..
Salam suri. Hehe. Betul, semua kat atas ni pernah dgr. tapi byk lagi.
dan rasanya sumenya hanya nak ajar anak2 sopan je kot. hehe
ya. suri pun jumpa memanglah banyak sungguh tapi suri listkan satu dua jer hee…
anak2 dulu klu bagi nasihat dia akan dengar .tapi anak2 sekarang memang tak makan saman. betul tak?
hee. bnyk lagi pesanan org dlu2. hee. btw duduk atas bntal xde pon bisul. ngee
.-= acapz´s last blog ..DeviantART Muro – Imej Editor Talian Yang Menyokong HTML5 =-.
moh suri cucuk jarum kat kamu hihihi..
rancaknya dia masak,…….
mesti sedap heee
org dulu2 tegur anak halus sgt caranya…kalau ckp dgn budak sekarang mesti dia x faham ;-D
dia akan melawan lagi ada adalah..
hehe pesanan org zaman dulu2 dah tak blh pakai. remaja zaman skrg subjektif
.-= Wan´s last blog ..Denyut Kasih Medik =-.
nanati cakp kita berfikiran kolotlah.. org dulu dengan sekarang memang jauh bezanya..
tang makan pindah randah ni rasanya akan reflect peribadi yang seseorang tu tak tetap pendirian…tu yang banyak laki / bini… kejap rasa yang ni bagus, kejap yang itu..
.-= adamfaiz´s last blog ..Akan Berpindah Ke Rumah Baru =-.
huhu.. susah2 klu jodoh itu hanya Tuhan sahaja yang tahu..
haha..ko punya tebal sangat..
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Ubuntu dan Biologi =-.
bantak acapz..mmg tebal tu yang tak tembus si bisul kat pungung dia hee
erk asal dia tak dok bwh acap punya komen..heee
pesanan org tua2 sy sama mcm suri cakap tapi ada satu lagi, jangan ankat kaki waktu tido meniarap..nanti tuutt..
hahha… nakall!!
awak balas kat belah kiri ..pasti komen tu akan ada kat bawah okeYY
tok saya slalu pesan..jangan main kat luar rumah waktu senja, hantu tengah sidai kain…:)
hantu tengah sidai kain..pertama kali suri dengar heeee
peringatan untuk kebaikan bersama sebenarnya..huhu
.-= zik´s last blog ..Konvokesyen Unikl kali ke 7 part1 =-.
sesekali ada baiknya di beri nasihat sebegitu supaya kita jadi budak yang baik dan suka mendegar kata org2 tua seperti mereka
masa form 3 dulu jadi bisul kat tempat tu la..seksa, kayuh basikal p sekolah kena berdiri..
.-= Nine´s last blog ..Kenapa Yahudi Gigih Pesongkan Akidah Umat Islam =-.
hahaa… sakit tuh adoiii… podih tak yah ctr mmg terasa pijau bukan kepalang.
kalau makan atas bas tu kira beralih tempat tak? hahha
.-= dedoku´s last blog ..Cara Lock Folder dengan KAKA software =-.
namanyer punggung tak reti dok diam.. cam cacing kepanasan… ayam nak beranak on gheti dok diam tau heeee
orang tua-tua memang selalu cakap berlapik…tapi memang ada isi yg mereka nk sampaikan..
tapi sekarang…budak2 muda lebih nak kena cakap terus dan terang…kalau tak..mereka boleh plak loyar buruk dan buat tak tau saje…
.-= hafizmd´s last blog ..Sudah tertulis ketentuan ini… =-.
makan beralih arah tu rasanya lelaki pun pnah kena tegur gak.. hehe..
.-= Ezany-Kun´s last blog ..Bajet 2011 Dasar ELV Tiada Lagi Kenderaan Lama Di Jalan Raya =-.
supaya mereka tahu adab makan tu patutnya kat meja makan bukan kat tempat lain heee
Yang saya ingat:
Jangan potong kuku waktu malam. Hehe.
p.s: masakan ibu sedap kerana ibu memasak dengan penuh kasih sayang.
nanti terluka…hurm pastu lupa ayat dia yang seterusnya…
p/s:ibu nyumiee..
Eh, ada sambungan ya, tak tahulah pula.
Sekarang ni mmg dah jarang dengan pepatah lama-lama.. tak heran akan hilang suatu hari nanti
.-= kulanz´s last blog ..Sahabat Selamanya =-.
tapi pasti rindu akan terbit jua..
nak2 bila orang tua dah tiada pasti kata bidalan akan menjdi sbg ingatan..
yang saya degar ..
jangan main waktu senje nanti disorok hantu te+ek
tatuttttttt…
“tapi masa tu percaya dengan apa yang orang tua cakap heheh”
.-= dnobiz´s last blog ..Kenapa Blogging… 2 =-.
ya ada juga perkara ini berlaku satu ketika dlu d kg suri..
aik nape tak duduk bawah Madlut…
pesan orang tua tua sebenarnya untuk kebaikan dan kiasan yang digunakan memang sesuai pada masa tu,
mungkin untuk sekarang kita boleh sesuaikan dengan keadaan sekarang contohnye…
“jangan main waktu senje nanti disorok mat rempit”
.-= dnobiz´s last blog ..Kenapa Blogging… 2 =-.
bukan ke nanti ko orang akan tersepit heee..
Pesanan orang sedikit lama khas untuk suri
“Isteri orang tak elok post entri blog banyak-banyak dalam satu hari. Nanti server hosting down”
.-= Norasikin´s last blog ..Kemasukan 2011 – Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional =-.
Alhamdulillah buat masa ni masih baik lagi…syukurku kepadaNYA kerana masih di beri ruang untuk berkongsi ilmu pada yang lain..
memang betul pesanan orang dulu-dulu tu
.-= wazy´s last blog ..Temuduga Yang Pasti =-.
ada hikmah di sebalik nasihat dan sindiri tu