Salam semua..Ya, Allah.. rasanya hari ini adalah hari yang sibuk sekali. Macam tak cukup nak kejar masa jer. Hurm, Rahsia Pergerakan wanita?? bunyinya macam menarik sahajakan he..he..he..bersempena dengan hari wanita maka kali ini Suri hadiahkan buat pembaca lelaki yang sentiasa menghargai kasih sayang mereka terhadap anda.

Wanita?? itu sudah tentulah seorang perempuan, ibumu, kekasihmu, sahabatmu, rakan blogmu, ibu mertuamu..dan yang pastinya kehadirannya amat bermakna dalam kehidupan anda. Entri kali ini hanyalah untuk bacaan untuk umum sahaja ya. Ingat! jagan sesekali anda jadikannya sebagai satu platfrom untuk menjatuhkan seseorang..atau memperkecilkannya. Tapi ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu sahaja. Orait! jom kita semak bersama
1. JIKA BERJALAN,DARI BELAKANG KELIHATAN SEPERTI TIDAK MEMIJAK TANAH.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. JIKA BERJALAN,SERING MENOLEH KE KANAN DAN KE KIRI.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3.JIKA BERJALAN SUKA MENUNDUK.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4.JIKA BERJALAN MENATAP LURUS KE DEPAN..
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5.JIKA BERJALAN BADAN BERGERAK KE KANAN DAN KE KIRI..
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6.JIKA BERJALAN BADAN TAMPAK TEGAK.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7.JIKA BERJALAN SEPERTI ZIRAFAH.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata
Hai suri..
baru nak post artikel ni kat my blog tp suri dah post dulu..hehehe…
ops! hehe..dah telajar perahu la kak,huhu..
Salam..
Aha.. sekarang aku dah tahu yg mana boleh buat makwe dan yang mana boleh buat isteri…
hi hi
ceh..wah..cam banyak koleksi je nik??bahaya ni..
huhu…nak cari yang jalan menunduk la camtuh..baru challenging sket, sbb susah nak dapat.
suri la slu jlan menunduk,,hik..tapi apa jua pun jodoh ditagan Tuhan..yer tak..
Yang laju berjalan kak?? macam ne agaknya??
mungkin si robor klon 007 tu laa..sapa lagi..hehe
Rasanya tafsiran ni boleh pakai juga pada lelaki. Cara jalan yang terbaik ialah cara Nabi berjalan. Jalan yang berfokus.
salam hadjie..terima kasih kerna singgah kemari..
ya..ada juga akan kebenaran katamu itu..suri sokong!ya..sokong..
Jalan berjengket tu tak bleh percaya erk? Rasanya laki n pompuan pon camtu gak kan?
salam dak wan..benar tu mmg tidak blh percaya..cuma ini adalah sebagai rujukan ilmu sahaja.jika ada pun itu mugkin kebetulan.yg penting kenalilah hati pasagn kita dg sebaiknya
selamat hari wanita,
setiap perlakuan tu ada terjemahannya, bagus tu….
sekadar sekilasdi angin lalu..sepintas untuk pembacaan bsma
Suri, nice tips..bolehla mane2 lelaki ganteng kat luar sane belajar untuk memilih wanita utk jadi isteri..hehe..
p/s – hari2 adalah hari wanita kerna wanita itu insan yg sungguh istimewa.:D
ceh wah..boleh tahan juga..gunakanlah..pasti tertarik hatinya nnti..heheh
hargailah wanita krna dia seorang insan yg penuh dgn bunga2 kasih sayang yang tidak akan surut buat selamya..
tabik kat semua wanita.. dari pemerhatian sy.. wanita ni mmg golongan tak reti duk diam.. ada je keje nak buat…
lebih2 lagi yg surirumah sepenuh masa… mengalahkan org keje pejabat.
salam ceria nuwa..
hehe..sb itulah ibu segala cinta adalah wanita..kerna mrka pakar dalam hal masak memasak, mgemas, melhirkan zuriat, bkje semunya wanita.jadi hargailah ibu anda seadanya kerna ia seorang yag serba boleh dlm melakukan sgala hal rumahtangga.tanpa dia tidak mungkin segalanya akan berjalan dgn lancar..teratur
hehe yg berjalan sperti zirafah pun ada… saya pilih nombor 4!
wah..itu sudah cukup bagus..yang pasti jgan jalan tak pandang kiri,kanan, depan blkang sudahla..kot-kotlah nnti tersadung kan susah..