Tetamu Dalam Perpustakaanku

Naik..Turun Naik Turun..

6

Posted by Suri Hatiku | Posted in Ragam Kita | Posted on 08-03-2010

Tags: , , , , , , , , , ,

Lif ialah alat pengangkutan yang digunakan untuk menggerakkan benda atau orang secara menegak. Perkataan “lif” dalam bahasa Melayu dipetik daripada lift dalam bahasa Inggeris British; di Amerika, namanya ialah elevator. Lif dijadikan kewajipan bagi bangunan-bangunan baru mengikut undang-undang kemudahan orang berkerusi roda. Walaubagaimanapun kebanyakan dari kita menggunakan lif untuk mempercepatkan langkah menuju kepejabat dengan segera ataupun menggunkan lif untuk naik dan turun kebawah dan dengan selamat dan selesa.

elevator

Rujukan pertama mengenai lif terdapat dalam catatan arkitek Rom purba bernama Vitruvius yang mencatat bahawa Archimedes membina lif pertamanya, barangkali pada tahun 236 SM. Dalam sesetengah sumber bertulis dari zaman sejarah yang lebih lanjut, lif disifatkan sebagai gerabak pada tali hem yang dikuasakan dengan tangan atau kuasa haiwan. Adalah dianggap bahawa jenis lif ini dipasang di dalam biara Sinai di Mesir. Pada abad ke-17 prototaip lif didapati dalam bangunan istana England dan Perancis.

Pada tahun 1793, Ivan Kulibin mencipta lif dengan mekanisme pengangkatan skru untuk Winter Palace di Saint Petersburg. Pada tahun 1816 lif tersebut didirikan dalam bangunan utama desa Arkhangelskoye berhampiran Moscow.

Pada tahun 1823, ciptaan “ascending room” muncul buat julung kalinya di London. [1] Henry Waterman dari New York mencipta lif (elevator) pada tahun 1850 bagi tujuan mengangkut tempayan berisi tepung.

Pada tahun 1853, Elisha Otis memperkenalkan lif keselamatan yang mengelakkan jatuhnya gerabak sekiranya kabel terputus. Reka bina lif keselamatan Otis agak serupa kepada sejenis lif yang masih digunakan kini. Sebuah alat pengawal imbang memasuki penggelek berabung agar menegangkan lif kepada pemandunya sekiranya lif menjunam terlalu laju.

nerd_girl1227369187

Pada 23 Mac 1857, lif Otis yang pertama dipasang di 488 Broadway di Bandaraya New York; namun, syaf lif yang pertama sudah pun direka empat tahun sebelumnya. Pembinaan bangunan kampus Cooper Union milik Peter Cooper di New York bermula pada tahun 1853. Syaf lif itu diterapkan dalam rekaan Cooper Union kerana Cooper yakin bahawa lif penumpang yang selamat bakal dicipta.

Syaf tersebut berbentuk bulat kerana Cooper berasa bahawa reka bentuk inilah yang paling cekap. Kemudian, Otis pun mereka lif khusus untuk sekolah tersebut. Kini Otis Elevator Company selaku anak syarikat United Technologies Corporation, merupakan pembuat sistem pengankutan menegak yang terbesar di dunia.

Lif elektrik pertama dibina oleh Werner von Siemens pada tahun 1880. Keselamatan dan kelajuan lif elektrik banyak dipertingkatkan oleh Frank Sprague.

Perkembangan lif diterajui oleh perlunya untuk mengangkut bahan mentah termasuk arang dan kayu balak dari hilir bukit. Teknologi yang dimajukan industri-industri ini serta pengenalan berasaskan rasuk keluli sama-sama melahirkan lif penumpang dan lif tambang masa kini.

Pada tahun 1874, J.W. Meaker mempatenkan satu kaedah yang membolehkan pintu lif untuk membuka dan menutup dengan selamat.

Pada 1929, Clarence Conrad Crispen, bersama Inclinator Company of America, mencipta lif kegunaan perumahan yang pertama. Crispen turut mencipta lif tangga condong yang pertama.

Sumber Dari kamus wiki.

Al-kisahnya.. tersebutlah sebuah ceriteranya hari ini Suri macam biasa naik lif tapi sayangnya lif yang Suri naiki tu terlalu kotor sangat. Apa yang Suri jumpa?? hurm macam-macam ada kertas A4 , bekas plastik gula-gula, corn dan sedikit serpihan makanan yang berserakan dilantai lif tersebut..Aduh inikah pandangan pagi yang bisa menyemakkan mataku. Bermonolong Suri didalam diri..

gula-gula
Sebenarnya bukan hari ini sahaja Suri berpelung menjegah pintu lif tu malahan hari-hari jugalah Suri akan gunkan lif tersebt bagi melicinkan segala tugas harian Suri. Di pendekkan kisahnya hari Jumaat Suri turun menggunkan lif. Kawan-kawan tahu apa yang Suri nampak pula?? hurm, Suri jumpa bekas plastik minuman pula..lepas tu Suri nampak tepekan air liur manusia yang tindak bijak dalam mengawal tatasusilanya sebagai pengguna awam yang bijak. Hisyh,..yek..bertutup mulutlah tangan Suri buat seketika. Kembang tekak Suri loyernya bukan main..than kat sudut hujung itu pula ada kahak warna ku…….Arhg..korang sendiri pun tahulah..

Ya Allah.. Subahanallh..
Apa nak jadi ini..isyh..geram!! Tak boleh jadi.. Jika anda ditempat Suri apakah perkara yang bakal anda lakukan??

imagesCATIQA86

Tindakan Suri mungkin:

Suri akan minta pihak yang berkenaan jeguk semula cctv itu kembali dan tangkap siapa yang telah mengotorkan lif tersebut.

Lain kali suruh si pesalah itu guna tangga dan bukannya naik turun lift. Sebab manusia sebegini memang jenis yang tidak pandai menjaga kebersihan ditempat awam. Apatah lagi pada dir sendiri..

Minta sahaja si pesalah itu membuat kerja amal selama seminggu ke tiga minggu supaya dia tahu kesalahannya itu salah. Walaupun nampak kecil sahaja tapi cuba ada bayangkan sekiranya dia membuat begitu dikhlayakan ramai..terutamanya didepan pelancong warga asing yang melancong dinegara kita. Tidakkah ia akan membawa satu imej yang buruk..

great-ideas-around-world-01-af

Suri hanya dapat listkanya sedikit sahaja tapi bagaimana pula pada pandagan atau cadangan anda?

Share/Save/Bookmark

Comments (6)

sedih betul bila facility kelas pertama diguna oleh mereka yg berminda kelas ketiga…
kalau dapat tangkap suruh diorang buat keje amal pastu pakai kadbod tulis “saya suka membuang sampah merata tempat”
pastu mesti ramai yg takut nak buat..

[Reply]

Suri Hatiku Reply:

yasuri setuju benar tu.baru dema tahu hak asasi manusai tu harus dijaga dgn sebaiknya..bukan mencemarkan..atau mengotorkannya sesuka hati.

[Reply]

sayangilah harta awam untuk kepentingan bersama.. nak pakai lama tuh lif tuh… lif dekat tempat saya pun lebih kurang macam tempat akak..lagi teruk kot, tapi takda cctv…sabar jela..

[Reply]

Suri Hatiku Reply:

wah! zik jika tiada cctv tu le yang bahaya sb nnti klu sasutu pkra yng berlu susahlah pihak yg bertanggjawb nak kesan pada sesuatu kes..huhu..

zin buatlah tindakan yer agar cctv ada..dan kegunaan lif pun akan berfugsi dgn sebaiknya..

[Reply]

baca entry ni baru tau sejarah lif, kalau tak memang tak tau lansung, bagsu sekali info ni…susah betul kan bila pembangunan fizikal tak selari dengan pembangunan insaniah…gitulah jadinya

[Reply]

Suri Hatiku Reply:

susalha jika tiada kesedaran sivik didaalm dir masing-masing..maknanya mrka ni kena masuk sekolh rendah lah gamaknyer..

[Reply]

Write a comment

CommentLuv Enabled

This page is copy protected