Salam hari raya untuk sahabat semua..
Semua orang pernah mengalami keadaan sibuk bukan. Malah mungkin juga ada segelintir dari kita terpaksa pulang dari rumah jauh malam akibat dari kerja-kerja pejabat yang tak pernahnya akan kehabisan sampi bila-bila pun. Namun masih ada juga sebahagian dari kita sering membawa kerja-kerja dari pejabat di bawa pulang sampi ke rumah.
Hurm apa sudah jadi?
Bagaimana pula dengan masa anda untuk bersama-sama dengan anak-anak atau isteri / suami. Waktu makan pula bagaimana? Mungkin ini adalah sebahagian dari masalah yang Suri utarakan tapi sebenarnya tanpa kita sedar dalam diam-diam anak anda, suami mahupun isteri anda pasti akan merasa sedikit terkilan dengan sikap anda yang sebegini.
Pada pandangan Suri mungkin ada sesetengah pasangan anda jenis yang mudah memahami situasi anda tapi cukuplah sesekali tak mengapalah juga tapi jika saban waktu anda berkeadaan begitu bukankah ia seakan menjarakkan waktu kemesraan anda bersama yang tersayang.. Justeru itu fikir-fikirkanlah sejenak..
Berikut adalah petanda -petanda bahawa kita seorang yang terlalu sibuk:-
Kehidupan ini sungguh kosong dan membosankan sehingga anda tidak tahu perkara apakah yang perlu anda lakukan. Mengapa hal ini berlaku? Ini kerana didalam kotak fikiran anda, hanya memikirkan soal kerja-kerja sahaja. Tidak kiralah dimana anda berada anda tetap akan memikirkannya jua hatta tika anda bersama dengan anak-anak sekalipun.
Berkemungkinan anda seorang yang mementingkan kerjaya melebihi segalanya. Atas dasar kesibukan menyebabkan ramai rakan-rakan sekerja anda agak sukar untk menghampiran anda. Sebab mereka tahu anda seorang yang kuat berkerja.
Hasil kerja anda mungkin kurang berkualiti dari yang sebelum-sebelumnya. Ini kerana anda sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa untuk menyiapkan saki- baki kerja yang masih ada. Dalam fikiran anda sebenarnya masih memikirkan banyak lagi tugasan kerja yang perlu diselesaikan dengan segera.

Mungkin mood anda sering tidak menentu. Asyik moody selalu, mudah marah, cepat naik angin tanpa satu-satu sebab yang kukuh. Akibat dari tingkah-laku anda itu sebenarnya boleh menyebabkan orang di sekeliling anda seperti sahabat agar sukar untuk menegur tingkah anda apatah lagi nak bercakap dengan anda kelak. Ingat, jika anda tidak berjaya membendung sifat amarah seperti ini mungkin kekasih anda juga akan angkat kaki. (sekiranya anda belum berkahwin)
Tiada masa untuk bersosial ini kerana anda merasakan itu semua tidak penting dalam kamus hidup anda.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah di pejabat dan sebagainya berkemungkinan rakan-rakan anda tidak akan membantu mahupun mendengar masalah. Ini kerana mereka tahu bahawa anda sebenarnya memerlukan mereka tika anda didalan keadaan susah sahaja. Sebaliknya jika anda dalam keadaan senang atau anda tiada masalah anda akan mula sibuk dengan kerja-kerja anda semula.
Apabila anda berhadapan dengan masalah seperti kegagalam dalam kehidupan mahupun pekerjaan anda akan terlalu kecewa sekali dan amat sukar bagi anda untuk menerima hakikat kekecewaan tersebut. Malah ada jua yang sanggup melakukan perkara lain di luar kawalan sendiri. Ini kerana bagi diri anda apa yang anda lakukan mesti berhasil dengan sebaik yang boleh sebab anda telah meletakkan ia 101% untuknya..
Anda akan sering terlupa pesanan yang diberikan oleh sesiapa jua walaupun pesanan itu agak pendek. Sebab dalam fikiran anda sering mengingatkann hari-hari dateline dengan pelanggan dan sebagainya.
Keadaan diri anda tidak terlalu terurus dari seorang yang segak bertukar pada kusut masai. Ingat penjagaan diri itu penting dan dari situlah mudah untuk orang menggambarkan siapa diri kita yang sebenarnya.
Cara kehidupan seharian akan membuatkan keadaan kesihatan anda mungkin agak kurang stabil. Sebab anda jarang memanjakan diri anda untuk melakukan senaman, aktiviti riadah bersama teman, keluarga dan sebagainya.
Saya juga pernah menghadapi keadaan sedemikian. Kdg2 sampai sakit kepala.
Bg saya: apa yg penting, dptkan rehat yg secukupnya. Jadual masa bg diri sangat penting.
ada jadual insyallah kita akan ikuti dgn baik.pasti lama kelamaan kita akan terbisa jua.
perlukan rehat dengan secukupnya…. kalau tak , memang tak berapa nak produktif.. huhu
.-= zik´s last blog ..Kangoo Jumps- alat untuk bersenam alaf baru! =-.
jika kerja jer badan pun tentu terasa letih huhu..
Mel teringat ada satu cerita..pasal kilang kereta honda dari jepon..mereka terlalu mementingkan kerja..sampai nak luangkan ngan keluarga pon takde masa..bila dia wat kilang tu kat amerika..semua da berubah..diorang sedar..mutu pekerjaan datang dari kehidupan keluarga bahagia
New Entry “Video-Video Kelakar”
Honda, ya suri yahu ttg syrkt itu..smuanya dema nak ikut cara orang jepun..nnyi lagu jepun, kerja 24 jam tanpa henti tu mmg standart bg mrka..
mungkin dia dah dok tempat org maka dia harus mematuhi sgala ada resam di situ kot.. huhuhu..
org jepun mmg terkenal dgn sikapnya berkerja kuat.. heee tu sb mrka byk berjaya dlm pelbagai sektor pembuatan mahupun industiri
sibuk dengan blog, bagaimana?
atau sibuk dengan hobi di dalam atau di luar rumah?
walau pun mungkin tidak murung, ia boleh juga boleh menjadi punca kerenggangan dalam keluarga
.-= tehr´s last blog ..Masa Bercinta vs Bila Dah Kahwin =-.
kita perlu ada jadual utk menguruskan itu semua.
macam suri pgi2 suri akan cuba update blog. nak jeguk blog tungulah ada masa free barulah kita uruskan..
lakukan kerja yang penting dhulu barulah kita lakukan kerja yang ringan heee..
sesekali ajaklah kluga bercuti, berkelah pasti itu akan mengeratkan hubungan sekeluarga
Sibuk macam mana pun at least kena luangkan masa bersama keluarga. Balik rumah jangan fikir pasal kerja.
.-= zezebel´s last blog ..Old pictures bring nostalgia =-.
nanti suamu mintak kicap kita terberi garam pula heee
Kadang2 saya menyibukkan diri untuk mengelakkan kemurungan
.-= Norasikin´s last blog ..Jemputan Khas Hari Keluarga Hj Omar bin Mardan 5- 6- 7 November 2010 =-.
ada kerja mmg bagus tapi apapun kita kena berikan kedua waktu tersebut dgn adil dan saksama.
biasanya ujung miggu baru bleh rileks
memang penting luangkan masa untuk diri sendiri. Kalau ada keluarga luangkan bersama. Memang membantu mengurangkan kemurungan
.-= dedoku´s last blog ..Memori Laptop Anda Rosak Camne Nak Tukar dan Upgrade RAM Baru =-.
benar akan kata sahabat tu..
badan juga perlukan rehat dg secukpnya huhu.. sb kita bukannya robot atau mesin huhu..
bila dia dah terlampau sibuk.. time dia free dia rasa macam nak gila sbb dah terbiasa dengan sibuk…
.-= Syafrizal´s last blog ..Tahniah pada DuniaHerbaHPAcom =-.
benar tu sahabat,,
cam suri pagi je curi masa utk update blog.. tu pun kekadang tak smpat juga sb keje sorg mmg memenatkan..tak tak menag tangan kita dibuatnya huhu..