Salam petang semua…
Hujan turun rintik-rintik air membasahi dedaun yang berguguran diatas jalan..
Nasiblah si penunggu bas.. Jika kereta, bas, motosikal lalu ditepi jalan habislah percikakan air hujan membasahi baju ..nak mengelak tidaklah mampu nanti terlepas baslah pula..

Sumber: http://razorfamilyfarms.com
Para peniaga rancak berniaga dipasar malam. Tiba-tiba deruman hujan membawa curahan air menyusiri gelongsor payung si peniaga. “Masih lamakah hujan ini bermain dengan alam..” Desis hati peniaga..
“Lihat ibu atap rumah kita bocor..” adu si anak pada ibunya. Tak apalah nanti kita minta ayah tampalkan bahagian mana yang bocor tu ya. Si anak diam lalu membawa baldi merah sebagai takungan air hujan..
“Ti, Abang lihat hujan turun di luar, nampaknya tidak perlulah kita menyiram hasil tanaman kita harini..”
Woi! apa yang kau jengukkan kepala ditingkap tu? Persis seperti zirafah sahaja haaa.. “Hujan turunlah kau tak lapar ker?”
Alhamdulillah hujan turun “mak cakap hujan itu satu Rahmat dariNYA”
Buka berita jam 8 malam kawasan tanah rendah mulai dinaiki air hujan.. anak-anak apalagi mulalah aksi kuak lentang mereka
Apa yang kawan-kawan fikir tentang hujan..??

Tak de yang lebih sedap untuk dibuat pada waktu hujan selain dari tido. Umah saya ni sepanjang tahun panas. Musim hujan ni la baru dapat tido selesa sikit Nak beli aircon tak mampu lak
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Salad Buah-buahan Fruit Salad =-.
salam..
hujan adalah rahmat tuhan untuk alam..
kita manusia yang punca rosaknya alam ni
banjir besar kalau melanda adalah tanda
kebesaran Allah jua agar kita bersabar..
***tak de air lagi susah kan..?
kena kemarau 10 tahun..nak tanam apa?
.-= zulkbo´s last blog ..Anugerah Pemain Terbaik Dunia Fifa 2010 Jose Maurinho Dan Lionel Messi Menang =-.
Aku suka hujan…tak panas…bersihkan kotoran kat muka bumi ni
.-= adamfaiz´s last blog ..Kalau Betul Facebook Ditamatkan Mulai 15 Mac 2011- Kita Masih Boleh Teruskan Hidup =-.
hujan telah membasahi
bumi ipoh.
.-= Ali ridha´s last blog ..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja =-.
hujan memang seronok..
tapi yang tak seronoknyer biler banyak rancangan boleh terbatal di saat akhir..
.-= sazuwi´s last blog ..Menarik- Jadual Berkala Internet =-.
di Sabah pon hujan lebat hoo,,, tapi penang panas hari ni
Apa lagi jom mai bola didalam hujan
.-= akubiomed´s last blog ..Penyamaran ala Mission Impossible =-.
time hujan kalau masa dkt kg dulu, sedap makan ubi rebus cecah dgn ikan masin…
harga air-cond dah murah skrg..bila dh pasang, pasti bil letrik melambung tinggi…
.-= Nadri´s last blog ..Mee Rebus Hj Wahid =-.
masa zaman sekolah dulu, aktiviti main bola dlm hujan perkara wajib…
Dah 3 hari matahari tak keluar. Hujan dan mendung je. Hari ni baru nampak matahari. Boleh la jemur pakaian yang tak kering-kering tu
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Salad Buah-buahan Fruit Salad =-.
hujan membawa rahmat… dan juga kebanjiran…
.-= zik´s last blog ..Bagaimana sabun terhasil- cara pembuatannya =-.
Apabila hujan teringat satu kisah…aku dan dia..
Hujan merahmatkan pelusuk alam.
.-= Irfan Naufal´s last blog ..Malaikat Internet =-.
saya suka hujan.. dulu setiap kali hujan duduk tepi tingkap..tengok air jatuh,angin bertiup..tenang.. tapi sekarang tak macam tu, entah kenapa..pe pun, hujan memberi ketenangan..
.-= Izwan´s last blog ..11111 – Jom Review izwanyusofdotcom Contest =-.
hujan dah berenti
tapi air bah belum surut lagi
.-= tehr´s last blog ..Pilihan Image Untuk Avatar =-.
Hujan kan 1 rahmat.. Kadang2 ada sesetengah org yang berfikiran cetek menyatakan itu bala bila sesuatu tempat dilimpahi hujan yang menyebabkan banjir besar.. Segala kejadian diatas muka bumi ada hikmah disebaliknya..
.-= deCrewz´s last blog ..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan =-.
Salam.
Masa kecil2 dahulu, bila hujan ja mesti terfikir nak main hujan.
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya =-.
hujan itu satu rahmat dari Allah swt.
saat hujan turun adalah antara waktu doa cepat dimakbulkan.
pelbanyakkan berdoa ketika hujan. InsyaAllah. doa akan dimakbulkan