Sekadar Perkongsian Ilmu..”Kebetulan hatiku juga bikin di kacau bak air didalam cawan (Suri)”
Kalau ikutkan hati, pada mulanya aku tak nak cerita kisah ini. Sebab aku bimbang nanti ada pula orang terasa hati.
Namun, memikirkan mesej yang ingin aku sampaikan, aku rasa ada baiknya aku cerita juga. Bukan untuk memuaskan hati, tapi lebih kepada muhasabah diri dan peringatan kepada korang semua.
Terus kepada soalan…
“Hati orang, perlukah kita jaga???” “Hati orang, penting sangatkah ia?”
Aku bangkitkan persoalan ini bukan apa. Sebenarnya aku rasa, hati aku dah terluka dengan kata-kata seseorang hari ini. Biarlah aku rahsiakan siapa orang itu. Yang pasti, kata-kata dia betul-betul membuatkan hati aku panas dan ‘berasap’.
Mungkin bagi dia, semua kata-kata nya itu adalah gurauan semata. Namun, bagi diri aku yang terkena kata-kata itu, terasa begitu pahit sekali, bak menelan hempedu.
Kata-kata yang dilontarkan, betul-betul mengguris hati aku. Aku merasakan maruah aku dicalar. Air muka ku jatuh. Aku dimalukan. Seolah-olah aku telah ‘dibogelkan’ di depan orang. Malu beb. Aku juga manusia biasa. Punya kelemahan dan kesilapan.
Tapi janganlah disebabkan kelemahan dan kekurangan aku itu, boleh dipermainkan atau dibuat gurauan. Orang kata,
“Alah…tak usahlah sensitif sangat. Dia bergurau jer.”
Yer lah bergurau. Tapi jangan melampau. Kamu tak kena tak apa. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, baru kamu tahu.
Aku ni bukanlah nak memperbesarkan isu ni sangat. Aku cerita ni hanya nak sampaikan satu mesej saja, iaitu ;
KITA KENA JUGA JAGA HATI ORANG! JANGAN SAMPAI MELUKAKAN HATI ORANG LAIN!
“Hati orang, perlukah kita jaga???” “Hati orang, penting sangatkah ia?”

Berhati-hatilah dengan setiap kata-kata yang ingin kita keluarkan. Jagalah perangai dan tingkah laku kita. Jaga akhlak sebaik mungkin. Kita bimbang, dengan ada kata-kata atau perangai kita menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Lebih-lebih lagi, dia terasa atau sakit hati dengan kita tanpa kita sedar pun.
Dalam hal menjaga hati orang ni, tiada contoh lain yang paling baik yang boleh kita ikut melainkan CONTOH yang ditunjukkan oleh NABI SAW.
Nabi SAW, sepanjang hidup baginda tak pernah menyakiti hati sesiapa pun.
Belajarlah sirah Nabi SAW. Baca dan cuba selami sejarah hidup Baginda SAW. Belajar bagaimana akhlak Nabi SAW dalam hubungan dengan sesama manusia (Hablumminannas). Belajar, fahami dan cuba amalkan semua akhlak yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW sebaik mungkin.
Aku tulis ni bukan nak untuk suruh orang saja, tapi lebih kepada untuk ingatkan diri aku sendiri.
Bab akhlak dan jaga hati orang ni, sebenarnya kalau nak cakap memang senang. Tapi nak buat/amal, punyalah payah. Itu semua orang tahu.
Apa-apapun, yang penting, setiap kita kena jaga tutur kata. Kena jaga tingkah laku. Kena jaga hati orang, jangan sampai orang terluka dan sakit hati dengan kita. Samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Sebab, kalau itu terjadi, kita WAJIB MINTA MAAF atas keterlanjuran kata atau sikap kita itu.
Berbalik pada persoalan, “Hati orang, perlukah dijaga?“ Aku rasa, kalau korang baca post aku ini sampai akhir, pasti korang ada jawapannya.
Sekian adanya…
Sumber Dari Blog Pakarhowto.com

saya pernah mendengar pepatah seperti ini:
“lebih baik disakiti daripada menyakiti”
karena kalau disakiti, perlahan pasti akan lupa
namun jika menyakiti, perasaan bersalah akan tetap ada
salam dari Indonesia
setuju..
kalau rasa kita dah sakitkan ati orng,cepat2 la minta maaf.
sesetengah orang segan nak minta maaf, pada mereka nanti tercalar imej…hilang kredibiliti walhal seballiknya
Salam perkhbaran..
Abu Ghalib:
nampaknya kesabaran perlu ada.jika tidak pasti syaitan akan mula bermaharajalela..
Faizal:
bnar tu, sb ada sesetangah manusia ni ego ka..huhu
tahniah, anda dapat award..visit web saya..hehee
betul jugak kata saudara… erm siapala agaknya?? jaga hati Allah lagi bagus… sebab pastinya dapat ganjaran dari Nya..
“jaga hati Allah”.. bro zik dah cuba nak samakan zat manusia dengan Allah nie… bro zik tahu ke Allah tuh ader hati? ada dalil ke yang mengatakan Allah itu ada hati..
Seikat Sirih..
zik:
hehe..akan suri rungkaikan nnti..Jaga hati Allah?hurm, adakah ia bermaksud kita haruslah membuat perkara yang mendatangkan kebaikan (perkara yang disenangi dalam islam) dan
jauhi kemungkaran. sb Allah benci akan perkara mungkar, menipu, zina, curi, tidak solat, selalu menyakiti hati orang lain dan sbgainya.
Frantz:
huhu..zat2 mmg suri tak tidak berani nak bg pandagan..tapi adakah maksud zik seperti yg suri nyatakan kat atas tu..jika salah minta maaflah banyak2..
tgh sakit hati gak ni, tiba2 dtg sini bc psl jg ati..huhu
aku disini..
tahu tak per..huhu..sakit hti ni kenal suri bayk beristifar..Allah..Allah..
dia: rasa nak marah je orang tu
saya: marah je. watpe nak jaga hati orang yang tak perlu dijaga.
dia: betul tu. kita je nak jaga hati dia. tapi dia tak pun. wtpe
saya: ingat org yang diam ni boleh dibuli sesuka hati?
dia: ingat saya ni baik senang dibuli kot
bunga suci..
huhu sabar je lah..hehe.karenah mansua mmg agak sukar di jangka dek akal fikiran..
betul. kalau nak puaskan hati orang, takkan ada yang akan rasa puas. cukuplah kita merasa puas,,.
puteri
sushnya nak puaskan hti org..apatah lagi hti sndri kekadag beristifar jer yg kita mmpu lakukan…
Salam keindahan Suri. Entri yang menarik. Hati sesiapapun harus kita jaga walau hati kita terluka. Mendidik hati menerima dengan redha segala apa yang terjadi bukan hal yang mudah. terkadang kita disakiti dan terkadang kita juga menyakiti. Mudahan Allah mengampunkan kita semua. Maaf, kerana Indah lama tidak berkunjung ke laman Suri.
buku Cinta..
Oh tidak mengapa wahai sahabatku..setiap orang mempunyai tanggungjawan yang tertentu yang harus di utama. ada dunia.memang sebegitu..
terima kasih atas saranan indah tu.suri amat menghargainya
macam2 peel orang , sesetengahnya bangga dengan ‘mulut laser’ nya dan rasa hebat bila dapat meperlekehkan orang lain….macam2..sobar ajelah suri..yg terbaik
ring..Ring..
beginilh keadaan suri.sabar sahaja la..nnti tak pasal2 blh jadi megong pukal..hehe..
orang yg paling berjaya dalam hidup adalah apabila dia berjaya mengawal kemarahannya. So suri…kena bersabar ok…dan maafkanlah dia tu…maybe dia belum cukup matang lg…hehe
klik..tikus..
aduh kak dia bertapak lama kat dunia ni.tapi tak pe its okey..sb suri msh sikt ok lahi maka itulah suri berda disini..
sabar la suri. sepatutnya orang yang bermulut laser itu perlu ditegur direct. jangan simpan dalam hati sebab kalau tak sampai bila-bila la dia akan berperangai macam tu sebab dia rasa benda tu tak salah. biasa la manusia. susah nak sedar kesalahan sendiri kecuali kalau ditegur.
layang-layang kertas..
tahu tak per.kekang meluat jer..huhu..bisa sakit telinga jer.thnks zaimi sb menyabarkan suri..huhu..
erm..bagiku, soal hati mmg suatu perkara yg penting nak kene jage..kalau baik hatinya, maka baiklah kite..so kenela jage hati sesiapa saje..namun kekadang mungkin juge perlu ‘disakiti’ dalam proses pembelajaran, andai kata tiada lagi jalan lain..tapi harus diingat..biarlah ianya berhikmah dan dgn cara yg baik..
p/s – same2 kite berfikir sebelum main sedap mulut ajer nak cakap..betul tak?
warna biru..
aduh ni bukan ada kait mengait dgn hal pembelajar..huhu..tapi mulutnya cam mulut tempayan..wawa..geram suri
salam sore sahabatku suri
salam ceria peri
Sungguh sangat sulit menuntut orang lain agar memahami diri kita karena setiap orang masing-masing sangat ingin diperhatikan dan difahami. Tiada salahnya bila kita sendiri belajar untuk memahami perasaan maupun keadaan orang lain. sekecil apapun perbuatan pasti akan ada balasannya
rumah setingkat.
ya, suri setuju dgn pandagan anda tu..pasti akan ada balasannya..sb orang yang di sakiti tu sedikit pun tidak pernah buat salah keatas mereka..
salam kak suri,
ada je orang yg pentingkan diri sendiri, jenis cakap lepas, mulut tak berlapik..
yg penting kita layan orang macam mana kita mahu dilayan..kalau kita lukakan hati orang hari ni jgn marah kalau satu hari nanti hati kita diluka…
“what goes around comes around”
semut Manis..
yelah..ntah apa salah suri..mmg manusia begin rasanya tak mau je bagi muka.tapi memandangkan suri ni mash ada telinga maka ku tetap degarkan jua..huhu..
kalau jaga hati orang je ,payah gak,nanti tak terjaga hati kita ni
si putih yang cantik..
hik..betul2 suri sokong tu..hehe
sesetengah orang memang macam tu….cakap main lepas je, xde nak jaga2 hati orang lain, kita yg kena memang terasa dalam
payangku basah..
peh ..mmg benarlah bagai dikata..bikin panas dalam je..Allah
mulutmu adalah harimaumu….
maka hati2lah apabila hendak berucap karena ia bisa melukai perasaan orang laen dan juga efeknya bisa membahayakan diri sendiri… jika orang yang merasa sakit hatinya karena ucapan kita bisa saja dia marah dan bermata gelap sehingga perbuatan apapun bisa dilakukannya terhadap kita…
salam kawan.
wah sungguh indah katamu itu..suri amat senang sekali membacanya..
terima kasih sahabat kerana sudi singgah ke kamar cahayacinta..daa juma lagi
Sabar yer Suri..manusia kadang2 hanya fikirkan dirinya saja..tak fikir ttg perasaan orang..
hari ini kawan wan sudah menyakiti hati seorang kawannya secara tidak sengaja..sehingga sekarang dia masih runsing memikirkannya..kesian pulak..
hati Dia..
hehehe..ya tgh sabar wan..khdupan mnsia mmg bgni..banyak ujian dan cabarannya..
sabar yah.. orng sabar tandannya takwa. orng yg bertakwa disayang Allah..
pari-PARI..
ya..tengah sabarlah nie..huhu thnks sapta..
Suri, artikel ni bukan sumbernya dari Muhamad Hazrie.
Tapi saya yang tulis di blog luahanhati.com saya.
Si Muhamad Hazrie main sedap jer copy&paste 100% bulat2 tanpa mengkreditkan pada blog saya.
Harap maklum…
huhu. tulah yang saya was-was smlam..
tapi mmg suri tak sangka yg post kat atas tu mmg entri pakar..huhu..sungguh suri kecewa dgn sikap segelintir blogger ni..
kita selalu jaga hati orang tapi orang lain tak pernah nak jaga hati kita kan. kadang2 terasa dengan dorang. sebab pentingkan diri sendiri je. kalau ye pun, cubalah jaga hati org lain jugak. ingat, bila susah kita lah tempat yg dorang cari…
suri, tukarlah plugin commentluv ni. mcm xde efek je.. hehe..
sebaris kuntuman buat si dia..
benar2 cam tulah manusia,disakiti menyakiti semuanya amat memedihkan takala hati yg menerima..namun jika kita punyai ksbaran yang kuat Insyallah pasti kita akan tempuh dgn sebaiknya..
aduh tulah mslah suri yang teramt besar skli..blh ke en amir bantu suri buat commentluv ni.suri mmg tidak mahir hal2 macamni..huhu
hati org perlu jage. sbb kng dorng akn jage hati kte blk. tu insyAllah la. tngok org jgk. haha. tp kdng2 hati org ni ssh jgk nk jage. skit2 merajuk. gurl la slalu camtu. hee. pnt laki nk pujuk. ish3. xbaik camtu k =D
andaI bULAN itu bisa bicara..
pecinta wanita ke anda ni? yang tu mmg benar tapi biasalah wanita sllunya inginkan lebih perhatian dr si jejaka.perkara normallah tu bro..huhu..tapi jgn dapat yg si gedik. termanje lebih udah le..letih bebonar ekau nak melayannya nanti..hehe..(ni agtasd pglaman member2 suri la..huhu)
saya percaya jika kita jaga hati org, perkara yg sama akan berlaku pada kita — cuma ambil masa..
tapi kalau dah berkali-kali org sakitkan hati kita, kita perlu bersuara sekali sekala..
rindu seketika cuma..
yelah kak uri sokong tu..hehhe
nti buatnya dia naik kpla kita dah jadi satu hal pulak kan.huhu..kita mesti tgok pada keadaan dulu dan tak blh nak diam2kan diri cam tu jer..nti lgi teruk org akan buli kita balik kan..huhu..
Refresh kembali hadis mengenai hati. Memang banyak penyakit berpunca dari hati.
usb ok je..
benar tu imran dari hatilah maka segala tingkah laku manusia itu akn mula terbentuk,jika jahat hatinya maka sudah tentu buruklah perilakunya.jika skiranya hatimya baik, di selaputi sifat2 yang terpuji nescaya tingkah dan perlaku seorang indivu itu akn mudah disenangi..
nape saya ase saya da jaga hati orang.. tapi orang tak jaga hati saya? hahaha sorang je tak jaga hati saya.. hahahaha waaaa T_T
ada jaga hati kita klu kita rajin berzikir heee
wow guys, I found a really cute and talentuous French paintress it worth the click ! nastymoon : French painter and photograph she really merits you guys leave a comment on her page
, I’m in love !!
dah tak tahu macam mana nak jaga hati. kadang2 hati kita meronta2 disakitkan. tetapi jiwa x sanggup nk sakitkan hati org sbb kita dh rase sakitnye mcm mana…..
secara tak sengaja kita menjag ahati org len kerana x mahu mereka rasa sakitnya bila terkena
yelah,, sampi yg sbdri yg terluka buat kita sndri yg memujuknya…