Andai Kita Ketemu Itu Rezeki Kita Ke?

Salam petang untuk semua.

Hujung  minggu yang lepas jenuh juga jalan-jalan area Kuala Lumpur. Sebab besok pagi si dia ada tugasan kerja di  LCCT  malam tu memaglah kami mengambil kesempatan untuk jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Posing sana..posing sini.. letak kereta, keluarkan kereta dari bahagian parking membuatkan kawan suami mengajak kami makan malam di sebuah kedai makan area mana Suri tak pasti tapi sekuat ingatan Suri dalam Taman Bunga Raya, Jalan Malinja 2, 53100 KL.  Hurm.. kedai makan Mali’s Corner langkah kami terhenti disitu.

Katanya makan kueh tiew kat situ memanglah sedap.. Suri pun tery mencuba wah memaglah benar bagai di kata :) . Rasanya nak pergi makan jer kat sana lagi.. Patutlah ramai orang beratur berbaris panjang mendapatkan kuih tiew tuh memaglah kalah MD mahupun KPC..hee.. korang tahu ke kat mana tuh? :( mesti tau kanss :)

Dalam fikiran mula terfikir kali ini memang tiada rezeki ke? Apa lagi dok memikirkan si dia yang berbadan ala-ala malik nor tu..Yang kuat bagai aloy. Pagi keesokannya kami jalan-jalan di Taman Titiwangsa bagai mengenang zaman kami bercinta dulu.. Ceh sempat mengimbas tu sambil membawa si kecik jalan-jalan keloling  air. Bila penat kami berhenti berehat mencari tempat teduhan. Wah.. dibawah rimbunan pohon yang lebat..

cute-girl-avatar-015

Suri leka membaca surat khabar. Terasa ada sesuatu yang begitu menarik perhatian Suri pada sudut pangkin tu.

Eh, apa ni..duit syiling  50sen le sambil menggamati tahun yang tertera dimuka syiling itu tahun 1980 hehehe.. Haaa..akhirnya aku jumpa ko juga :) . Nah cuba tengok saya jumpa duit lagi hee…

SEMUA DIAM BILA PANDANG MUKA SURI  >_<

Yelah sebab den jumpa 50sen cuba try kalu den dapat jumpa sekeping RM100 mesti tersenyum simpul punya :)

Dua tahun yang lepas Suri tetap jumpa dia. Masa tu Suri kerja kat KL. Seingat Suri masa tu makan kat kedai kelantan. Tak silap Suri nama kedai tu kedai darulnaim. Alah yang selalu orang makan dekat kampung baru tu.

Ceritanya begini lepas habis makan tengahari tu Suri keluar dulu sebab keadaan dalam kedai tu memanglah panas sangat ditambah lagi dengan orang ramai makan ia membuatan Suri tidak selasa untuk duduk didalam kedai makan tu lama-lama. Selang empat tapak kaki Suri meninggalkan kedai makan tu Suri terpijak sesuatu.

Jeng..jeng.. wahoo den jumpa ko lagi wakiki.. tanda sebagai riak di hati hee.. tersenyum simpul sampi ke telinga.. Si dia datang. Haa.. terjah Suri dari belakang. Jumpa duitlah tu.. Sambil mengibarkan duit di depan mata dia ni hah Rm 50.00 den jumpa :) heee..

Pastu ada satu kali tu Suri keluar malam. Makan malam bersama teman. Paling mudah jumpa duit secara tak sengaja Suri keluar sahaja pintu kereta kawan tu terus duit tu melekat kat tapak kasut tumit tinggi Suri. Mujurlah duit kertas itu tidak terkoyak.. dan..dan RM 5 mengukir senyumku sekali lagi..

Apa ada pada duit jika itu bukan milik kita.. Selalunya Suri akan masukkan duit itu kat tabung masjid atau surau yang berdekatan dengan perumahan Suri. Ingat itu bukan rezeki kita hee… Mencuri tu hukumnya berdosa tau!!

 

Korang ada pengalaman terjumpa duit secara kebetulan tak? Jom kita share kat cini.. :)

pstt!! patutnya ini entri petang tadi.. tapi tak sempat nak tacap heee.. ;)

Share
Artikel lain yang best-best :

19 thoughts on “Andai Kita Ketemu Itu Rezeki Kita Ke?

  1. kalau kita jumpa barang atau wang atau apa2 sahaja yang bukan milik kita, kita kena announce kan yang kita menemui sejumlah wang atau barang dan minta sesiapa yang rasa dia kehilangan barang2 tersebut bolehlah menuntutnya.

    seperti di masjid2.. sekiranya ada sesiapa yang tercicir atau tertinggal barang, pihak masjid akan mengiklankan tentang barang tersebut dalam suatu tempoh.

    samalah dengan kita. kalau terjumpa di mana2, apa2 barang sekalipun.. ia BUKAN MILIK KITA. mana tahu tuannya datang ke tempat yang kita ambil duit tu kembali, cari-cari tapi tak jumpa? kesian dia. tahu2 dia terdesak sangat2, itu pula wangnya yang terakhir..??

    jangan sampai ‘rezeki’ yang kita sangka itu menambah dosa kita yang bergunung-ganang…

    peringatan buat diri sendiri dan renungan bersama.
    .-= puteri´s last blog ..hari ini dalam hari-hari =-.

    • cuba letakkan yang tercicir wang atau barang tu adalah kita… bila kita pergi cari barang kita tu dah tak ada.. apa perasaan kita??

      kalau kita ada banyak lagi mungkin tak kisah.. tapi kalau dah tak ada apa2? even RM5 atau RM1 sekalipun, ia tetap berharga.

      kalau tuan ia baik hati halalkan, tak apalah. kalau tak halalkan…??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>