
Salam ceria untuk semua. Apa khbar hari ini? harap-harap anda dalam keadaan yang sihat walfiat hendaknya. Dan bagaimana pula sekiranya bagi yang kurang sihat tu? hurm, Suri cadangkan agar anda segeralah berjumpa dengan doktor ya. Daptkan rawatan yang selanjutnya.
“Hisyh, penatlah aku bercakap dengan si Tina ni. Bila kita bercakap langsung dia tak mahu mendengar apa yang kita mahu ceritakan pada dia. Dengar, tapi buat macam tak dengar je. Terus aku belum habis nak bercerita lagi dia dah potong line. Tadi beria benarlah pulak dia nak mendengar cerita aku ni..Eik..geram betul aku dibuatnya! Ada ke patut?”
Okeylah tanpa membuang masa untuk hari ini Suri nak kongsikan beberapa tips yang boleh juga dikira penting dalam kehidupan seharian kita. Apa dia ya? hah, teruskanlah membaca jika anda nak tahu isi kandungannya..
APA YANG PERLU DILAKUKAN
Tulis Apa Yang Anda Faham.
Seperti contoh jika anda meghadiri sesebuah seminar kursus anda adalah disarankan agar menulis isi-isi yang penting semasa seminar tersebut dijalankan. Maka dengan cara tersebut ada akan mudah memahaminya dengan lebih mendalam lagi. Nanti bila anda hendak membuat rujukan kembali sudah tentulah catatan tersebut berguna untuk anda kelak.
Senyuman.
Mengapa? ini kerana dengan senyuman sebenarnya ia akan menggalakkan seseorang penyampai cerita, perbualan kisah tersebut bercakap dengan lebih keyakinan lagi.
Pergerakan Tubuh.
Anda diminta agar jangan sesekali menyilangkan tangan anda kerana ini tidak dapat membuka sebarang perbualan antara anda dengan rakan anda semasa sesi bercerita tersebut berlangsung. Ingat! ini adalah penting semasa sesi komunikasi dijalankan.
Maju Ke Depan.
Sedarkah anda bahawa kedudukan tubuh anda sebenarnya akan dapat menjemput atau tidak seseorang itu untuk menggalakkan perbualan yang seterusnya. Apa yang Suri sarankan disini adalah wajar sekiranya anda membawa tubuh anda berhadapan dengan rakan anda agar rakan mengetahui bahawa anda sebenarnya berminta untuk mendengar perbualannya dengan lebih jelas lagi.
Nada Suara.
Tahukah anda sebenarnya nada suara anda juga menggalakkan seseorang itu untuk mendengar. Sudah pasti dengan intonasi suara yang baik akan membuatkan sesiapa sahaja akan menyenangi anda. Dari itu anda adalah dinasihtkan menggunakan pertuturan kata yang sopan semasa membalas perbincagan dengan rakan anda agar rakan anda tidak akan merasakan keseorangan semasa sesi bicara dijalankan.
Mata.
Komunikasi mata juga amat perlu kerana ia akan membuatkan seseorang itu lebih peka kepada sesuatu perbincangan atau perbualan tersebut.
Anggukan.
Ia sebenarnya menunjukkan bahawa tanda persetujuan dalam sesuatu perbincangan atau perbualan tersebut. Bahkan ia seolah-olah mendapat kata sokongan dari pihak anda disamping menaikkan semangat untuk anda mendengar.
Tanya Soalan.
Setelah selesai mendengar adalah lebih baik sekiranya anda bertanyakan beberapa soalan yang dikirakan sesuai dan relevan kepada rakan anda. Ini kerana hasil dari perbincangan atau perbualan tersebut akan memberikan satu kesimpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
APA YANG TIDAK PERLU DILAKUKAN
Mencela
Perbuatan ini dianggap kurang sopan kerana tidak menghormati etika semasa proses pertuturan atau penyampaian sedang yang sedang rancak dibicarakan. Malahan sikap ini dianggap kurang ajar. Jika anda ingin mencela perbualan tersebut maka, Suri sarankan agar biarkanlah rakan anda menghabiskan pertuturann atau penyampaian ceritanya itu kepada anda. Setelah rakan anda telah habis berbicara maka barulah anda mengelurakan isi pendapat anda kepadanya.
Tukar Subjek Perbualan.
Anda dinasihatkan agar tidak menukar subjek perbualan kerana ia akan membuatkan rakan anda tidak selesa akan hal tersebut. Mengapa kerana tujuan perbualan tersebut adalah untuk mendengar masalah rakan anda dan bukannya pada peralihan subjek yang berlainan.
Berangan-angan
Ingat! sewaktu sesi perbualan dijalankan anda adalah dinasihatkan agar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sesi tersebut dan bukannya pada perkara yang lain seperti berangan atau sebagainya. Mengapa? kerana ia akan membuatkan rakan ada hilang minat untuk meneruskan sesi perbualannya dengan sebaik yang mungkin.
Harus diingat, jika anda tidak berminat untuk mendengar perbualan tersebut maka adalah lebih baik anda meminta diri dari awal agar perbincagan atau perbualan tersebut tidak akan melukakan hatinya kelak. Diketika itu carilah waktu yang benar-benar sesuai jika anda telah bersedia untuk mendengar kembali perbualan rakan anda itu.
WeY..hu..cara anda bagaimana pula?
you’ll listen more when you talk less…jadi perkara paling penting utk jd pndgr yg baik ialah mendengar…
saya bukan seorang yg suka bercakap thou i’ll consider my self good listener..
hai! yusrie,
ya, benar tu untuk menjadi seorang pendengar yang baik kita mesti berikan tumpuan sepenuhnya kepada seseorang. semoga kita menjadi insan yang lebih memahami pada orang disekeliling kita.
memang banyak kali serempak ngan individu yang gitu, last-last kita malas nak cakap ngan dia…heheh, bagus tips dan adab ni
taraa!enche tomyams..
benar. memag ada wujud jenis manusia yang begini tapi tak semua yang bersikap sebegitu.Apapun biarkanlah siluncai dengan labu-labunya.kelak bila mereka susah nanti barulah mereka tahu bahawa persahabatan & mendegar (luahan) adalah salah satu perkara yang tidak dapat kita pisahkan dalam sesebuah kehidupan.
penting ni adab mendengar.. yalah kena jadi good listener….kalau nak ada ramai kawan kan…. nice sharing…. sharing is power…
Siapa Nak Promo Blog???
OK ke Kekasih Lebih Satu????
Perlu Ke Duit
salam Nik,
yep, setuju. jika kita bisa menjadi pendengar yang baik pasti diri kita akan disenangi..
mendengar lebih baik dari bersuara.
cak! ery,
hurm kekadang betul juga tu.tapi tengok pada keadaan jugalah.sebab jika kita selalu berdiam je pun tak boleh juga bukan apa takut orang akan pijak kepala kita nanti..Apa-apa bersuaralah kerna ia salah satu hak untuk seseorang meluahkan pendapat dan pandagan masing-masing
Owhhh….. boleh di aplikasikan untuk komunikasi yang lebih sempurna. Tqs.
salam Dak Wan,
hehe..mesti boleh punya lebih-lebih lagi komunikasi dua hala.huhuu..