Petua Rambut Cantik Part I

Salam petang untuk semua..

Catatan maya pada tanggal 2.11.2010 melalui blogspot..

Sudah menjadi kebiasaan Suri mengeposkan surat  entri dimaya selagi ada bahan yang nak dikongsikan kepada semua.

Seperti hari-hari biasa begitulah rutin harian Suri waktu berdating dengan Bro cahaya cinta masa dulu-dulu? Opss!! dulu-dulu? mana ada Bro Cintalah. Cik cinta adalah. Ternyata ia masih wujud lagi tau cuma dia di gantung tak bertali jer adeiii…#@!&%?

 couple

 Hurm..

Saat watikah wordpress blogspot ini dihuni Alhamdulillah masih ada juga yang sudi meninggalkan jejak disini. Baiklah bagi memenuhi tuntutan seorang teman sahabat farezo (enjobe kot den dah lope nick dia sebab selalu name boleh search kat wordpress) dia ada meminta Suri petua untuk lebatkan rambut.

Haa.. Suri memang ada petua itu. Jadi tidak syak lagi apakata Suri kongsikannya disini bersama-sama teman yang lain.

 

Cara Suri Untuk Melebatkan Rambut.

  1. -Beberapa helain daun lidah buaya .
  2. -Ambil isi jel putih kemudian di kisar dengan menggunakan pengisar.
  3. -Ramaskan isi tersebut ke atas kepala anda dan biarkan ia terperap selama beberapa jam. Lakukan cara ini seminggu 2 kali.

Cadangan bahan lain: Bunga raya.

 Cara Suri Untuk Mengelakkan Rambut  Sesat Jalan Bercabang

  1. -Daun inai di basuh kemudian di kisar dan tambahkan sedikit air.
  2. -Sedia di pupuk atas kepala.

 Amaran: Jangan terlalu halus. Nanti sukar nak basuh rambut.

  

Cara Suri Untuk Mengelakkan Rambut ada buah ceri Berbuah.

  1. Boleh juga digunakan seperti petua rambut bercabang juga.
  2. Cara lain sahabat cari produk “henna” berwarna hitam.Untuk pengetahuan semua produk ini asalnya dari  pokok inai juga.

 =) Suri telah mencuba Alhamdulillah semuanya menampakkan hasil yang memberangsangkan.

 

Petua Untuk Rambut Merajuk Gugur.

  1. Sediakan segengam kacang hijau.
  2. Masukkan kacang hijau kedalam satu bekas dan rendamkan ia selama semalaman.
  3. Setelah itu tapis air kacang hijau tersebut kemudian urutkan kepla anda perlahan-lahan bersama dengan air tapisan berikut disamping selang – selikannya dengan urutan memicit kepala.

 Tips: Hindari dari rambut anda dari mengingat getah kenyal!

 

 Petua Untuk Rambut Klasik Beruban.

  1. Ambil biji betik dalam 3 sudu.
  2. Kemudian gorengkan ia sehingga garing tanpa menggunakan minyak.
  3. Setelah itu tumbuk bijik betik itu sehingga halus.
  4. Campurkan ia dengan minyak but-but.
  5. Kemudian lumurkan ia dibahagian kepala.

 Nota: minyak but-but boleh beli di beberapa cawangan HPA

 

Suri suka rambut panjang hee.. rambut pendek nampak cam tak ada anak pulak hee ;) Sahabat punya rambut bagaimana?

Share
Artikel lain yang best-best :

10 thoughts on “Petua Rambut Cantik Part I

  1. Assalamualaikum…semua!
    Jelas sekali terdapat banyak tips yg memberi cara penjagaan rambut. Namun, tidak semua mampu memberi hasil yg cemerlang. Malahan, boleh bertambah rosak pula jadinya. Aku di sini mau memberi pertolongan kepada mereka yg seringkali mengalami rambut rosak:

    Petua Penjagaan Rambut Rosak

    Semoga dgn memperlengkapkan diri dgn pelbagai info, akan memantapkan lagi penjagaan seharian. TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>