Salam
Catatan maya pada tanggal 8.11.2010 melalui blogspot..
Salam pagi Isnin buat semua.
Harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Wah..harini Suri lambat masuk ke pajabat sebab bawa anak jumpa doktor. Panas badannya mencecah sehingga 38 darjah calsius huhu.. Sebenarnya dah 3 hari badan dia panas. Suri bagi juga dia ubat demam tapi nampak gayanya tidak beransur baik. Makanya sebab itulah Suri segera membawa anak ke klinik pagi tadi…
Baiklah Suri tak mahu membuang masa hanya nak kongsikan satu petua dengan kawan-kawna di luar sana. Pada yang terlupa minggu lepas Suri ada sentuh petua untuk pelbagai jenis masalah rambut. Namun masih ada satu yang Suri lupa bentangan pada kawan-kawan tentang masalah rambut kelumumur pula huhu..
Maaf sebab Suri terlupa ingatkan posting Petua Rambut Cantik Part I dah lengkap modul pembelajarannya. Rupa-rupanyan masih ada anak tajuk kecil yang tertinggal lagi heeee..
Apa itu kelemumur?
- Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
- Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
- Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
- Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur
Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:-
- Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
- Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
- Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
- Pengeluaran minyak yang berlebihan
- Perubahan hormon
- Tekanan perasaan
- Daya imuniti yang rendah
Apakah tanda-tanda kelemumur?
- Kulit kepala gatal dan menggelupas
- Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
- Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian
Bagaimana untuk merawat kelemumur?
- Gunakan syampu anti kelemumur atau petua yang sesuai bagi mengatasi masalah rambut anda.
Antara contoh -contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya utamanya ialah:-
- Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
- Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
- Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
- Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
- Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
Cara bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?
- •Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
- •Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut:
Petua Untuk Rambut Sembunyi-sembunyi Kelumumur.
- Sediakan santan kelapa yang telah ditapis
- Kemudian di lumurkan diatas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia keseluruh bahagian kepala.
- Setelah itu balut rambut anda dengan tuala yang besih
- Diperap sealaman. Bilas rambut seperti biasa
Info:
Amalkan petua ini seminggu sekali. Petua ini juga sesuai digunakan untuk rambut gugur dan untuk melebatkan rambut.
Cara kedua dengan menggunakan limau purut. Limau di potong 4 bahagian.
- Air limau tersebut di pupuk atas kepala sehinggan rata.
- Kemudian di lumurkan diatas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia keseluruh bahagian kepala.
- Setelah itu balut rambut anda dengan tuala yang besih
- Diperap selama satu jam. Bilas rambut seperti bias.
Nota kaki:
Ada sesetengah orang mencampurka kedua-dua bahan tersebut kedalam ramuan kelumumur mereka. Namun ia terpulaglah pada kesesuaian sahabat sendiri.
Pstt!! Rambut adalah mahkota bagi setiap insan hee.. Rasa macam nak bukak kedai salon perawatan rambutlah pulak heee..
Akhir posting baru teringat rambut berkutu? Apa itu masalah rambut juga ker? heee.. Tapi bagi yang sokong Suri akan buat posting tu pada masa-masa akan datang pula. Sekiranya permintaan tentang itu kurang memberangsangkan Suri tetap akan posting juga hee..



import dari blogspot suri la pulak
.-= Norasikin´s last blog ..Perjumpaan Hari Keluarga Hj Omar Mardhan hari ke-2 =-.
heee.. dok pikir nak buat kek import nd export plk heeee
rambut ku sudah kena potong… hehe
.-= zik´s last blog ..Hampir 50 ribu calon UPSR dapat 5A! =-.
zik..rambut kamu dah botak ker? huhu..