Kelopak Garam

Kerja Sambilan Di Rumah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ayong bangun mandi pergi sekolah! teriak Suri dari dapo. Tengok dia tak bangkit lagi. Hakikatnya usia tidak sampai cucur atap mahu bikin sekolah lagi haaa. memang lawak sungguh di pagi hari.

Biasa gunakan perkataan sekolah sebab saban waktu bila kereta yang di pandu akan membelah jalan pasti akan ada tepi jalan sekolah.

Maka dia sering membecokkan mulut ibu nak sekolah. Pastu dia meminta izin pada ayahnya pula..

Ayah nak sekolah boleh tak?

Korang rasa apa jawapan ………………………………………………… yang bakal Suri bagi…? ataupun jawapan rasa best untuk di beri pada anak-anak makin cerdik.:grin:

Suri masuk dalam bilik melihat anak tidak sedikit pun berkutik. eII.. pagi-pagi mendukung dia ke bilik air saban pagi tanpa jemu. Dia hok mengkelek sekali bantal busuknya belakang bahu Suri. Selesai kerja sepatutnya barulah Suri perasan ada tanda merah di muka dia seperti kelopak. Suri fikir mungkin itu hanyalah ruam (allergic). Sebelum ini hari ahad perkara yang sama pernah berlaku. Kami mengambil vicks lalu di sapukan atas muka. Tahan pedihlah sikit ya nak.

Di kenali sebagai gegata.

Setibanya dirumah pengasuh mereka kata kelopak garam. Suri pula pertama kali mendegarnya. Seingat Suri masa sekolah dulu ada dengar-dengar kawan cakap kencing langsuir eii biar benar, pastu cuba hok google kata air ludah hantu. Hooo lagilah parah bunyinya.

Subahanallah lupakanlah seketika ayat-ayat itu sebab katakan pada hati mungkin anak terkena gigitan serangga, sebab sejuk atau sebagainya. Ingin menyedapkan hati sahaja. Apa-apa pun itu semua hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Selebihnya kita berusaha mencari penawar dan berdoa.

Kakak..macam mana nak hilangkan ruam ini kata Suri. Itupun pengasuh dia cakap basi-basi. Terus sampai pejabat Suri menelefon pengasuh anak.  So Suri dapatlah petua ini darinya.

Bahan-bahan yang di perlukan:-

  1. Air setengah cawan-bergantung banyak mana ruam itu terhasil
  2. Garam

Cara-caranya:-

  • Garam satu sudu di campur bersama garam. Kemudian di pupuk pada bahagian katakan ruam tu tadi. Kalau satu badan ruam, merah-merah maka baguskah satu badan di mandikan air tu hee..Kepala tak perlulah di basahkan sekali huhu..

..Ada pula gunakan bedak sejuk Suri tidak pasti boleh ke tidak hee..Sebahagian pergi berjumpa dengan doktor pakar kulit sekiranya teruk.

 Korang pernah tak alami genjala seperti ini?

 

 

Share
Artikel lain yang best-best :

Kerja Sambilan Di Rumah

47 thoughts on “Kelopak Garam

    • hee sy dh berikan dia air garam cmpur air nampk gaya ok sahaja.

      Insyallah ada masa saya akan kupaskan sikit ttg penyakit ini.

      terima kasih atas saranan bro anif tu. mmg klu dtg balik kami naik risau…

    • ya syukur alhamdulillah kawan sebaik blh masa ini elok sahaja. Tapi memang klu lebih teruk saya pun nak bwa di ke klinik. :razz:

      semalam saya sempat cari maklumat akan penyakit ini. jadi doakan saya supaya ulangkaji saya ni dpt di muat naik dalam masa terdekat ya. sama2 kita kongsi ilmu. :o

    • ya petua orang lama2 mmg byk keberkesananya tinggal lagi kita mahu mencuba atau tidak sahaja.

      ya sayang mengharapkan agar anak akan sembuh. skrg kalu dia kata gatal2 mmg risau hti tidak keruan.sanggup abaikan yg lain klu anak2 skit ..

      pst..kak klu ada petua nak d tambah silalah kongsi dg kami :o

  1. alhamdulillah..saye tak pernah kena tp si akak u pernah kena. saye try hancurkan daun kunyit dan campur dgn bedak sejuk…alhamdulillah….nmpk mcm berkesan…

    ludah hantu?mcm2…hihi

    • hee.cam2 bro klu google.slu sebutan sesetengah tempat mmg lain bunyinya heee..

      apa yg peting jgn ajaran islam kita terjejas sudahlah hanya kerana sebutan itu hee dah percaya bagai hee..

      alahai…hok klu org jawa panggil apalah pulak yer? :mrgreen:

      sy ada goole byk depa guna bedak sejuk.mungkin dpt redakan merah2 tu.baguslah petua bro ni.sy dan rakan2 lain nampaknya berkongsi ilmu dan petua di sinilah yer.

  2. slalunya kalau ada penyakit yg berkaitan ngan kulit..mmg org akan suruh mandikan dgn air garam..mckcik chii dulu pernah kena kat badan dia..merah2 badan nya..skali dia pergi mandi air laut..mmg kurang skit gatalnya…

    kalau x elok gk..baik bawa g klinik..tp ada jangkitan lain plak

    • yg ni saya tak pasti tapi tunggulah hujung minggu ini apa akan sy lukukan keatas dia hee…dia puncanya kot hurm….

      klu kakak kimmie yg buat mmg suri akan balun dia dg sendok kt dapoh keh,,keh,,keh.. :mrgreen: :mrgreen:

  3. arggghhh…sy paling tak suka kelopak garam..mmg lemah sungguh kalau kena benda ni..jalan baik pergi klinik suntik terus..melepet 3 hari kesan ubat yg kuat sgt…huhu

  4. hehehehe..saya selalu kena ni ha,,memang gatal ler rasa, mujur muka je tak naik,,badan kepala sume ke… gatal dia memang tak tahan, la..selalu saya pergi klinik, suh dr inject sekali,,terus jadi lalok, tido terus..pas bgn hilang la.. dari kecik selalu kena, dh besar jarang2 pulak. Mak kata, darah kotor..hehehe

  5. InsyaAllah…kalo cuba petua ini.saya pun rasa was-was juga.biasa la petua yg tak pernah dengar…jangan lupa selawat dulu kemudian sapu tempat tersebut sambil baca surah al-ikhlas,,,,

    • ya harap bgtulah…satahu sy org panggi kelopak garam sebab bentuk kemerah2an tu bentuk dia cam kelopak bunga..

      pastu org panggil garam sebab penawar untuk meredakan rasa sakit tersebut org kata garam blh menhgilangkannya..

      tu org panggil nama kelopak garam heee.. kita berusaha yang selebihnya tawakal..haa kena baca doa sikit dpt berkat :razz:

  6. petua yang selalu saya buat ialah tenyeh kunyit hidup pada kapur sireh, then sapu pada tempat gegata…pernah kena sampai 1bulan masa dlm pantang…seksa sgt…masa tu xtau petua ni..dh kemudian baru tahu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>