Clorox Penghapus Kotoran

Salam kawan-kawan semua..

Harini Suri nak kongsikan satu petua kepada kawan-kawan semua. Petua ini sesuai di gunakan oleh suri rumahtangga terutama bagi ibu-ibu yang selalu membersihkan kawasan bilik mandi ataupun tandas dimana mereka ini selalu menghadapi kesukaran untuk menghapuskan kotoran hitam atau hijau di atas batu mamar ataupun permukaan bersimen dirumah.

imagesCAT5HFUX

Idea ini rasanya dah lama Suri gunakan di kampung. Anak dara masa tu biasalah buat kerja mesti mengelat heee..Apatah lagi dirumah sendiri huhu. Bab-bab nak buat kerja cepat serahkan sahaja kepadaku ini ;) . Sebagai  isteri, punyi anak-anak maka ruang untuk Suri agak terhad untuk memberikan sepenuh masa pada bilik air.

Yelah mana ada masa kita nak menggosok, memberus, menyental kesan degil itu semua didalam bilik mandi. Paling kurang jika kita cuci minggu ni minggu depan dah geranti dah pasti lumut, kesan kehitaman itu akan melekat kembali atas permukaan lantai tersebut .

Hurm.. cuba pula kita kira berapa lamakah kita mengambil masa yang lama untuk duduk terperuk dalam bilik air /tandas semata-mata untuk si tandas! Oh tidak.. Bagi Suri masa untuk keluarga lebih penting dari membuat kerja-kerja amal yang sebegitu heee..

imagesCAX8SPLW

Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyahkan kesan toksid  degil ini?

Bahan-bahanya seperti cecair clorox dan air paip.

Bagaimanakah cara-cara penyediannya?

  1. Curahkan air didalam baldi. (bagi dia separuh penuh)
  2. Kemudian tuangkan cecair clorox itu didalam baldi tersebut . Sekiranya kawasan yang anda ingin bersihkan besaiz kecil maka memadailah anda menggunakan satu cawan clorox sahaja. Seandainya kawasan bilik air anda luas anda isikan dengan dua cawan penuh cecair clorox sahaja.
  3. Setelah itu curahkan campuran tersebut kedalam bilik mandi/ tandas anda. Dan biarkan ia semalaman. Setelah itu anda cucilah ia seperti biasa. :)

Amacam senang tak? heeee.. :)

Share
Artikel lain yang best-best :

14 thoughts on “Clorox Penghapus Kotoran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>