Salam untuk semua sahabat-sahabatku.
Harini Suri nak kongsikan kepada kawan-kawan tentang petua untuk mengatasi masalah kulit berminyak atau dalam bahasa english di panggil oily skin di kawasan muka.
Tahukah kawan-kawan bahawa kulit berminyak ini terjadi disebab kulit kita kelihatan berminyak atau berkilat terutama di bahagian dahi, dagu, pipi & hidung. Ibaratkan ia seperti di zon “T”
Pada amnya kejadian kulit berminyak ini melibatkan banyak faktor yang terjadi kepada seseorang individu tersebut. Salah satunya adalah faktor pemakanan seseorang. Seperti contoh pengambilan makanan berlemak yang berasaskan santan, kacang tanah yang menyebabkan kulit muka anda berkeadaan sebegini.
Bukan itu sahaja malahan faktor hormon yang tidak seimbang juga turut menyumbang masalah seperti ini berlaku. Di samping ketidakesesuaian pemilihan jenis kosmetik yang tidak tepat kepada wajah anda akan menyebabkan kadar minyak di wajah menjadi meningkat secara sedikit demi sedikit.
Apakah bahan-bahan untuk mengatasi masalah seperti ini?
1. Sediakan segengam daun sirih
2. Semangkuk air suam
Bagaimanakah cara-caranya untuk melakukannya?
-Anda ambillah segengam daun sirih tadi kemudian diramaskan di dalam semangkuk air suam yang telah anda sediakan tadi.
-Setelah anda meramas daun sirih tersebut maka anda sediakan tapis untuk mendapatkan pati air daun sirih sahaja.
-Kemudian anda sapukan pati air daun sireh itu kewajah anda dan biarkan untuk seketika selama 15 ke 20 minit.
-Seperti biasa anda bilaslah wajah anda dengan air.
p/s:Lakukanlah ia seminggu 3 kali semoga kulit anda yang berminyak akan beransur berkurangan sedikit-demi sedikit


Kalau dah duduk dapur terdedah dengan wap makanan setiap hari, bukan zon T je yang berminyak, zon K, E, W, B, Q, M pun berminyak jugak
.-= Norasikin´s last blog ..Butter Cookie dan Idea Bernas Untuk Berniaga Kuih Raya =-.
heee..baik tak yah cuci muka sllu dah di cuci oleh wap ..kira kak dah ada pembantulah nie
Thanks Sharing
.-= ProfHariz´s last blog ..Puasa Adat =-.
sama-sama sahabatku..
wah.. mana nak cari daun sirih nie
.-= zik´s last blog ..Sms kreatif ramadhan =-.
selalu kat pasar ada jual..klu teso mari suri tak pasti ada jual ke tidak heee..
mmg berkesan ke ni? kulit muka sy mmg berminyak lah,..
.-= Azuan´s last blog ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3 =-.
Insyallah cubalah sahabatku..dah cuba baru tahu..
huhu rasanya, baik guna pencuci muka je trus..senang dan mudah..huhu..kalau tak, cmne nak cari daun sireh tu..
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN =-.
ni cara tradisional sahabt hee..
klu pasar ada jual nie
waahh nak cube la
cuba jgn tak try hihi..
mel mmg ada masalah kulit berminyak ni jgak..thanks for info pasal sireh ni..agaknya pencuci muka tu pakai daun sirih ni tak?
.-= pawaka19´s last blog ..Rancangan Menarik Astro Sempena Ramadhan 2010 =-.
sesekali pakai cara tradisional apalah salahnya mel hee..
SALAM SAHABAT, APA KHABAR.
SORI LAMA TIDAK KE SINI.SIBUK SIKIT.HEHEHE
sampi hati faizal jarang ke sini..
malas ar nak cari daun sireh nie walaupun ader kat kedai….hahahahha…nasib baik la kulit nas xde la berminyak sangat..tapi kulit adik nas berminyak..tu la berjerawat sket….
pasal entri tadi,terharu sangat…
coz panjang lebar gak mereka komen2 kat entri..lagi2 akak nie yang komen siap 2 kali taw! ehehehehehehe
bese ar tue..ade gak kwan nas kate dye bace blog aku selalu tapi xkomen2 pon sebab dye xde blog n tak tau berblog..hahahahahha…:)
.-= nash´s last blog ..Adakah Mereka membaca entri =-.
ceh.. tak pelah tu kiranya dia pgkut nas dlm diam heee..
byk idea tu yang tersepit smpi msuk dua kali heee
Hey, trima kaseh bagi tips ni.
Jap lagi nak try la
.-= hafidz´s last blog ..Tunjuk Perasaan =-.
haa, dah janji maka kena tunaikanlah heeee
Sekarang ni banyak cecair pencuci yang menggunakan ekstrak daun sireh tapi rasanya semua untuk zon V dan tak pernah jumpa lak untuk zon T
.-= Norasikin´s last blog ..Nasi Impit Resepi Komersial Rice Cake =-.
itu dikira sekalilah kak uik.. kulit myk sllu bt muka kita tak selesa kan heee
bagus petua ni.. tapi kat bandar ni.. susah nak cari sirih.. huhuu.. nak kena cari nenek yg makan sirih nih.. mintak sikit.. hehee
.-= fiezaradzi´s last blog ..Hamil Dan Puasa =-.
blh juga kak tapi klau ada balance kat simpana dia blh sja heee..
kulit i bermnyk x?. haha. btw nice tips. hoho. pkai pencuci muka sudah. hee
.-= acapz´s last blog ..Merakam Skrin Anda Dengan Screenr =-.
sekrang zaman moden smu org nak cepat heee..
takut bila ambik daun sirih, bini plak ingat nak buat sirih junjung !!! hahahaaa!!!
.-= bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! =-.
ha, mestilah orang akan sangka lain sb dia kan kesayangan bro bujang
Aik bujang3 tu dah dekat nak ke bujang2 tu..
Saya memang akui daun sireh boleh naik kan seri wajah dan yang mungkin suri tahu atau tahu sireh boleh digunakan untuk mencuci bahagian sulit wanita sebab seri sireh akan muncul dimuka secara aotomatik.. Ia telah terbukti mujarab…
.-= Mentol Bulat´s last blog ..Firasatku Berakhir… =-.
ya mmg benar ada satu pembersih wanita nama dia fadaraj khs utk mencuci alat feminin wanita
ada tanam seperdu pokok sirih kat tepi pagar
hehehe – boleh dicuba ni…
.-= tehr´s last blog ..Hati Yang Sakit =-.
Satu petua yg bagus…..sapa yg ada masalah muka berminyak tu…blh la try…
.-= Fida´s last blog ..Feed The Fasting =-.
sy akan cube huhu…diharpkn berhasil la..
salam sahabat..
tidak salah mencuba mana tahu ia berkesan
Bedak muntah belut pun insyaAllah boleh hilangkan masalah muka berminyak…….murah, selamat, berkesan tanpa bahan kimia…..cari yang asli