Argh!! Jerawat datang lagi

Salam teman..
Maaf mungkin Suri agak terlewat untuk membuat posting macam hari-hari biasa.. Fuh, nampaknya sudah jauh Blog cahayacinta sudah ketinggalan..tapi tidak mengapalah kerna hari besok pasti kita akan memperbaikinya lagi baik dari hari ini..ceh, wah..bermotivasilah pulak Suri hari ini. Hik..hik..

Okeylah kawan apa kata hari ini Suri kongsikan Petua Cegah Jerawat dari anda. Sebenarnya tidak semua petua memerlukan bahan-bahan yang mahal apatah lagi produk kosmetik yang harganya beripatkali ganda mengalahkan sehelai baju pun sudah mahal apatahlagi jika wang tersebut sudah cukup untuk stok kita makan selama seminggu. Betul tak?? apa jua pun itu hak masing-masinglah ya. Bagi Suri ini adalah cara Suri yang bolehlah dikatakan simple and easy..

sn7_acne-300x300

Untuk mendapatkan kulit muka yang sihat.
Cuci muka dengan tangan yang bersih dua hingga tiga kali sehari setelah pulang dari rumah atau sebelum tidur. Sesetengah orang ada memakai pencuci muka. Jadi gunakanlah pencuci muka anda itu dengan air yang bersih dan kemudian ada bilaslah ia seperti biasa.

Krim perlindungan
Perlu diingat setiap kali kita ingin keluar luar rumah pastikan anda memakai sun block. Hurm apa tu? ia adalah sejenis krim perlindungan matahari bagi menghindari kerosakan oleh matahari dan kotoran di udara. Suri memang tidak menggunakan bahan tersebut tapi Suri hanya menggunkan bedak SPF 20 dan gel foundation sahaja. Tapi jarang sangatlah Suri guna foundation sebab rasa macam pakai gam je..hurm..macam tepung keromak pun ada juga..last-last Suri terjunkan ia ke dalam tong sampah..hehe..

Waktu menjadi.
Bagi kaum hawa anda tidak diglakkan memakai alat solek sebelum waktunya..kerana waktu ini kulit anda perlu diberikan ruang pernafasan agar ia bebas dari segala bahan solekan yang akan mengakibatkan radang pada kulit anda menjadi kemerah-merahan nanti. Bila kulit anda sudah beransur baik bolehlah anda mengoleskan bahan solekan kemuka anda seperti biasa. ;) ingat tapi bukan pada waktu-waktu yang genting atau terdekat ye.

draft_lens3937712module26209772photo_1239215730acne_cartoon

Katakan tidak pada cermin ??
Buang tabiat anda yang suka melihat cermin setiap kali jerawat mula tumbuh di muka anda. Ingat! ini kerana ia akan menyebabkan anda bertambah stress sekali gus membanyakkan lagi jerawat tumbuh .

CARA MERAWAT JERAWAT.

Jangan picit jerawat!
Ah, jagan sesekali anda memicit jerawat anda dengan jari kerana ia akan menjadi lebih besar dan menyebabkan infeksi.

Gunakan kapas yang dicelup dengan air suam-suam kuku dan tekapkannya keatas jerawat.

Ubat jerawat.
Setelah itu sapulah ubat jerawat yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit anda dan sapukannya ditempat tersebut. Hurm, jagan lupa selawat ye. Jika anda tiada ubat jerawat tidak mengapalah, tapi bijakkan diri anda dalam mengawal tekanan perasaan. Pasti keadaan tidak akan kembali tegang.

kagamikonata

Yakin
Sentiasalah yakin dengan kekerapan anda berwuduk sebenarnya mampu menghindarkan stres dan kekotoran yang melekat diwajah anda. Disamping itu juga Suri sarankan agar anda berselawatlah setiap kali membasuh muka supaya wajah anda akan kelihatan bersih dan bercahaya.

P/s:sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sebarang jenis produk kecantikan di mana-mana permis kecantikan pastikan anda telah telah mendapat nasihat doktor yang pakar tentang kulit anda. Ini ntuk mengelakkan sebarang ketidakmungkinan kesan sampingan pada sesuatu produk tersebut.

Sekian dari Suri, selamat mencuba ! ;)

Share
Artikel lain yang best-best :

19 thoughts on “Argh!! Jerawat datang lagi

  1. hmm…dulu time skola menengah ade gak tmbuh jerawat…kuat berangan kot
    bila dah dewasa sket dah x ade masalah ni…
    tips kurangkan melihat cermin tu mungkin sukar utk golongan wanita…itu sahabat baik mereka..huhu

  2. aku rasa faktor pemakanan juga boleh mendorong kepada pertumbuhan jerawat ini. kena jaga makan dan banyakkan minum air kosong selain dari semua tips di atas

    • salam wan,
      benar tu faktor pemakanan juga kekaglaka menjadi punca utama..tapi awas juga dgn pengambilan produk yang kian berlambak skrg ni pun blh merosakan kulit..so kena waspada sllu ;)

  3. erm mmg wudu’ tu salah satu penghindar jerawat dan satu lagi wudu’ juga dpt menampakkan kita sentiasa awet muda

  4. Ya…
    Kamu juga bisa mendapatkan info tentang cara menghapuskan komedomu itu di:

    Petua menghilangkan jerawat

    Cara di situ boleh digunakan ke atas jerawatnya yg agak kronik. Jerawat kronik harus ditangani dengan berhati-hati, supaya kerosakan kulit yg lebih teruk dapat dihindar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>