Eviter Les Fourmis Dans Le Sucre

Salam hujung minggu untuk semua..

Harini lewat sikit update blog. Sebab pembantu dapur harini dah serakan satu umah adeh… Apa pun kena tunggu chef tidur barulah Suri kemas semula. La ni dia tengah leka tengok cerita upin dan ipin. Harap-harap lepasni dia tidurlah sendiri sambil-sambil menggentel hidung anak patung tu.

Kawan-kawan mesti pelikkan apa tu éviter les fourmis dans le sucre ia bermaksud elakkan semut pada gula.

Rumah kawan-kawan ada semut ke? semut hitam oklah lagi, semut gila-gila ada ke? hehee.. Ni cerita tentang semut merahlah huhu..

ant

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan semut dari berkerumun dibalang gula?
Apa kita kena bubuh bapak semut dan queen semut dalam tu ke supaya kita akan dapat perangkap sekutunya yang lain… hurm..ke macam mana ek hehee..

Suri ada caranya. Kawan-kawan sediakan segengam bunga cengkih kemudian taburkan ia ke dalam balang gula tersebut. Setelah itu tutupkan semula balang gula kawan-kawan seperti biasa.

22

Cara ini bukan sahaja sesuai digunakan didalam balang gula sahaja malahan kawan-kawan juga boleh menggunakan petua ini dengan menempatkan bunga cengkih ini di celah-celah almari, tepi kabinet dan sebagainya di mana semut itu sering datang.

Tahukah kawan-kawan?
Bunga cengkih yang disimpan didalam balang gula tersebut akan mengeluarkan bau yang wangi didalam simpana anda kelak.

Cara yang kedua:-
-Sediakan kapur tulis atau chalk. Kawan-kawan digalakkan menggunakankapur tulis dengan warna putih lagi bagus :)
-Dengan menggunakan kapur tulis tersebut , kawan-kawan buatkan satu bulatan garisan sempadan tersebut bagi menutupi tempat balang gula yang kawan-kawan simpan

002

Tahukah kawan-kawan?
Bahawa semut tidak suka kepada kapur kerana ia mengandungi (CaCO3). Bila semut nampak saja garisan sempadan kapur tersebut, pasti ia tak akan mendekatinya hehee..

Insyallah pasti ia akan berhasil :)

Selamat mencuba :)

Share
Artikel lain yang best-best :

55 thoughts on “Eviter Les Fourmis Dans Le Sucre

    • kita yang lalu..
      aik kan dah suri terangkan kat atas tadi?? sebab kapur tulis ini mengandungi (CaCO3).

      kapur kasut utk hindarkan katak dari dok dlm kasut sekolah le ..kui..kui…

  1. yang cengkih tue…petua orang tua-tua..pernah dengar…ada yang kata, letak kulit kayu manis pun boleh..tapi tak tahulah, sebab tak penah try..heheh

    yang kapur tue…baru 1st time dengar…hehe…thanks for sharing

    • teman lelaki..
      selalu mak suri selalu guna.kalu belah arwah nenek letak cili kering jer hehee..

      kulit kayu manis? suri ta pernah dgr lagi sb blum pnh try :)

      sama-sama kembali sahabat

    • ZOn CinTA..
      ada jual kapur semut k bro bujang.suri tak pernah dgr hehehe..

      kapur tulis blh jer sb kapur tulis ini mengandungi (CaCO3).

      tak sebaliknya akan rasa wangi dlm minuman kita :)

    • Musim luruh..
      sebab ia akan nampak penulisan kita lebih menarik.
      lain dari blog yang lain-sje nak cipta kelainan.

      klu ayat pelik org akan lebih berkeinginan nak tahu apa ilmu disebalik posting itu.

      sekiranya kita letak tajuk dia biasa2 jerk dah tentu org takkan baca.. btul tak.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>