Daun Kari Hilangkan Hanyir Ikan Sungai

Salam untuk semua.

Harini Suri nak kongsikan satu petua pada sahabat-sahabat semua terutama pada kaum hawa yang selalu keluar masuk dapur yang selalu menyediakan hidangan buat keluarga yang tersayang hee.. Terlebih dahulu apa kata kita kenali dahulu asal usul daun kari ini. Kemudian barulah Suri berikan petua tersebut  seperti biasa.

Tahukah anda pokok kari atau nama saintifiknya dikenali sebagai Murraya Koenigii ia tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok daun kari ini berasal dari negara India dan Sri Lanka dan ia biasanya akan tumbuhan subur dalam zon tropika.

Pokok kari merupakan sejenis tumbuhan yang renek dalam paras ketinggiannya diantara 0.9 sehingga ke 6 meter. Pada kebiasaannya pokok kari ini ditanam di kawasan sekitar rumah dan juga kadangkala ia membiak di semak ataupun kawasan yang terbiar. 

murraya

Pokok kari ini selalunya digunakan dalam pelbagai masakan terutama dari masakan berempah terutamanya dalam masakan kari. Daun kari ini juga turut mengeluarkan  bau yang kuat disamping itu ia juga mempunyai rasa yang agak pahit.

Tahukah kawan-kawan daun kari ini kebanyakannya banyak digunakan oleh masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah juga dalam masakan lain seperti masakan rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi.

Bunganya pokok kari biasanya  berbentuk kecil dan berwarna putih kekuningan manakala buahnya pula bersaiz kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang.  Pokok kari ini mudah membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.

100076_fish_450

Cara untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai adalah:-

Dengan menyediakan 7 tangkai daun kari (dibasuh dahulu)

Kemudian anda ramaslah daun kari tersebut supaya ia mesra dengan ikan sungai.

Setelah itu anda perapkan daun kari tersebut dengan ikan sungai selama satu jam.

Selepas itu anda bolehlah mencuci ikan sungai seperti biasa. Opss! selawat jangan di lupa ya :)

Harini admin cahaya cinta kurang sihat take a break jaP :( . Ikan tu sekadar gambar hiasan yek..hihi. ;)

http://www.plantoftheweek.org/week129.shtml&http://stockazoo.com/tag/cartoon-character/

Share
Artikel lain yang best-best :

56 thoughts on “Daun Kari Hilangkan Hanyir Ikan Sungai

  1. Ikan sungai tak hanyir sebenarnya..tapi kalau ikan seperti keli, haruan dan patin (yang dibela) memang hanyir. Ikan sungai seperti baung, kerai, jelawat, lampam dan lain-lain yang ditangkap di dalam sungai..sungguh enak dimakan ..tanpa letak apa2 untuk hilangkan bau…alamak terus lapar!!
    .-= adamfaiz´s last blog ..Aktiviti Menenangkan Jiwa & Minda =-.

    • haaa.
      wah mmg bro ni pakar ikan segala alam ke heee..
      suri ni nama jer umah dkt pantai tapi kureng faham sgt ttg ikan2 nie heee..

      bro sabau buka mash belum time legi ngheee.. :)

  2. hahaha…saya ta mkn pun ikan sungai but thank, kot2 nanti kena masak kt org yg suka mkn ikan sungai. tapi rasa mcm mam basuh dgn air beras kot kt umah?

  3. aku peminat ikan sungai tak pernah rasa hanyir namun bagi yang baru makan mungkin dapat rasa hanyir tu kot (entahla)… petua aku basuh dengan daun betik pun menjadi jugak… terima kasih suri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>