Mempelajari Cara Unik Orang Jepun Membalut Hadiah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sambil melayan facebook dan melihat ruang ingatan hari lahir kawan-kawan di muka buka terdetik di kotak fikiran bagaimana cara orang Jepun membalut hadiah untuk diberi kepada sahabat andai mereka.

Rasanya mungkin cara balutan mereka agak unik dari kita. Apa kata kita tonton video youtube sama-sama.

Balutan Alam Semulajadi.

Balutan hadiah dibawah amat unik sebab ia menggunakan daun krismes.  Penerapan alam semulajadi menggambarkan seseorang itu mencintai alam kehijauan.

Inginkan lebih cantik dan tampak segar berikan  si dia dengan kuntuman bunga merah dengan diselitkan bunga tersebut celah-celah reben. Pasti si dia akan tersenyum :) . Dan suaikan juga kertas latar agar ia senada dengan warna tema yang dikehendaki.

wrapping_ideas_2Sumber: http://www.hgtv.ca/default.aspx

Balutan Kreatif Tersendiri

Balutan hadiah yang menjadi pilihan seperti dibawah adalah dengan menggunakan warna temanya sebagai warna putih. Sebenarnya warna apa yang ingin di guna pakai pada balutan tersebut terpulanglah pada individu itu sendiri.

Namun begitu Suri sarankan agar anda menggunakan satu ton warna sahaja supaya eksesori manik-manik, butang-butang yang bakal dihiasi pada atas hadiah tersebut akan nampak menyerlah!

wrapping_ideas_3Sumber: http://www.hgtv.ca/default.aspx

Jadi mana satu pilihan anda? Biasanya balutan sendri akan menghasilkan satu daya tarikan yang unik berbanding meminta bantuan dari seseorang melakukannya. Kerana hasil kerja tangan tersendiri lebih di hargai oleh si penerimannya ;)

Dulu jadi sales girl kat Ampang asyik balut baju orang masuk dalam kotak je. Adakah lepas ini Suri akan jadikan A4 paper pejabat sebagai langkah terakhir untuk dijadiakan sebagai kertas pembalut sebagai hadiah pada kawan-kawan yang lain pula ..? hUrm…

Share
Artikel lain yang best-best :

66 thoughts on “Mempelajari Cara Unik Orang Jepun Membalut Hadiah

  1. chii suka yg kreatif semulajadi…

    pastu menariknya balutan org jepun…dorang xde potong2 kertas wrapper..dorang gunakan sepenuhnya ..kemas

  2. Maaflah saya mungkin kurang memberi hadiah sejak akhir-akhir ni … kalau ada pun hadiah yang tidak dibalut … lepas melihat balutan diatas terfikir pula, kalau hadiah yang dibalut lebih mengujakan agaknya … lagi suspen …. dan ada karisma …. lepas ni saya akan balut dengan cara ku sendiri … (kedua-dua balutan di atas nampak menarik dan mengujakan)

  3. Orang pompuan memang suka sangat untuk memberi hadiah kepada orang lain kan. Tambahan pulak pada orang tersayang. Cuma lelaki kadang2 tak pernah nak hargai pemberian hadiah dari orang pompuan.

    Renung2kan dan SELAMAT BERAMAL….

  4. Balutan hadiah ni dapat menunjukkan kemewahan sesuatu hadiah tu walaupun hakikatnya hadiah tu tak mewah manapun. Menarik video tu. Nampak simple je dia balut hadiah tu.

  5. Orang jepun memang kreatif dalam hal macam ni. Origami pun orang jepun yang popularkan, Mereka sanggup susah payah untuk membuat sesuatu yang cantik. Tengok je la makanan mereka. Semuanya comel dan cute je

  6. Teringat pulak cite bab hadiah ni.. Kawin aritu, dapat hadiah, tapi malas nak buka… Tengah2 malam kul 3 pagi ada pulak jam loceng berbunyi.. Bukan 1 tapi adalah dalam 2 3 buah.. Semua duduk dalam hadiah.. Puas la bgn buka jugak hadiah tu sebab nak matikan jam loceng..

  7. Yup…jepun mmg suka mende2 yg cantik dan kemas..org kita pun suka gak…

    tapi ade jugak yang jenis ala kadar/tak kisahkan mende2 ni, sampai rumah pun x terjaga….

  8. Balut hadiah dengan kertas A4 tak jadi masalah. Cuma tambahkan lilitan riben yg cantik, boleh membuatkan ia lebih berseri.
    ppst: jgn balut hadiah dgn kertas surat khabar sudahlah ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>