Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Mataku benar-benar berat tersangat-sangat. Kemungkinan kesan ubat yang di ambil dari klinik semalam membuatkan Suri terangguk-angguk berkali-kali depan laptop. Sampaikan butiran kata-kata anda berkata-kata Suri katakan haa..ya. . ya boleh sahaja di bawa ke rumah Umi iaitu rumah pengasuhnya.. Sungguh tidak larat.
Kau Berani? Ramai yang sedia mencuba tafsir akan jalan cerita Suri. Terima kasih. Marilah sini Suri berikan jawapannya… Takut nanti bila Suri wujudkan posting yang baharu posting yang lama terlupalah pula nanti huhuhu…
Dari kejauhan lembaga itu berkaki empat. Sambil di usung oleh dua orang perkerja yang tugasnya satu menggangkut sampah itu dari sisa buangan makanan manusia dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Mujur ada kemudahaan awam iaitu lif boleh sahaja di gunakan sebaiknya untuk menyusuri dari satu wad ke wad pesakit yang lain.
….Mujur Suri dan rakan baru selesai makan makanan malam. Jadi tidaklah terkesan sangat sewaktu makanan kami di jamah sebab kami masih berkesempatan menjamah makan bersama- sama tadi tidak banyak bercakap melainkan menikmati makanan sambil melayan perasaan masing-masing dalam diri.
Selesai menjamu makanan kami minum seteguk dua air bagi membasahi anak tekak. Lalu dia menyakat Suri sekiranya teringinkan makanan bersisa itu. Sampaikan satu saat dia memerli masakan mak Suri kalah jika masuk dalam sebarang pertandingan masakan.
Ini bukan seru tong sampah tapi panggil “sup”
Mengapa ya? Sebab manalah ada orang ingin jadikan sisa makanan sebagai makanan berlauk-pauk andai ada melainkan orang itu terdesak dalam kesusahan barangkali serius memang tidak boleh di sangkal kerna terdesak. Jadi tempatkan situasi Suri sekarang ini harus bijak membalas hujah dari rakan tersebut dengan mengatakan jawapan yang terbaik adalah salah satu caranya boleh sahaja iaitu kita jadikan sisa makanan bersisa ini sebagai baja organik untuk tujuan komersial pada tumbuh-tumbuhan dan bukan pula untuk di kitar semula di jadikan makan kembali.
Atas sebab itulah Suri memberikan alasan wajar ada umph sekiranya ISO itu membawa maksud sisa makanan itu haruslah mengikut ketepatan garis panduan untuk menghasilakn baja yang terbaik. Sekiranya tidak maka potensi untuk orang membeli baja tersebut akan kurang mendapat sambutan.
Bila azan maghrib telah berkumandang Suri dan rakan tersebut bergerak ke tingkat bawah untuk menunaikan solat bersama-sama. Secara tidak sengaja kami tertembung dua pekerja bersama tong sisa makan tersebut dalam lif yang sama. Kawan yang memerli Suri tadi berkata inilah bahan yang memualkan itu Suri.
..Hakikatnya itulah jawatan seorang penyandang jawatan menggangkut sampah hasil sisa makanan manusia dari tong sampah. Saban hari mereka berkerja tanpa mengiraukan bau yang membusuk dan menjemukan walhal hakikatnya bagi kita ia amat-amat memualkan bagi sesetengah umum..
Jawapan Suri ini bukan makanan yang memualkanlah tapi ini dipanggil “sup lima perasa“

Biasalah mulut orang. Sebabkan mulut badan binasa.
Takpelah suri, asalkan kerja halal dan setidak2nya ada jugak orang yg sanggup buat kerja2 tu semua. Kalau tak camana gamaknya sisa2 tu nanti.?
takder diorang maka busuk + kotor ler bangunan tuh..
Iskk……tak baik kawan suri nih…..
sepatutnya ditegur tuh kawan suri. kasi ceramah sikit.
Kerja paling mulia nih.
memang betul bro.kerja mengangkut sampah kerja paling mulia. sebab menjaga kebersihan.
Untuk buat baja, biasanya mereka guna hampas tumbuh-tumbuhan seperti kelapa sawit, kelapa dan sebagainya. Kalau sisa makanan mccm ni diaorg bagi mkn kat babi kot.
Walaupun kotor, tp duit yg mereka dapat tetap bersih
mereka melakukan dengan ikhlas.
huuuuuuuuuu… knp lah mcm tu…
2. sup lime perasa… isyh isyh
Tanda orang yang betul-betul ikhlas melakukan kerja tu tanpa rungutan.
mereka lebih bagus dari kita
kerana bersusah payah membersihkan tempat kita
Hehe..sup lima rasa..emm dah rezeki dia mcm ni suri..apa boleh buat..sama la mcam yang angkut samapah dengan lori sampah tu..tu bau dia lagi kowwww..tapi diorang selamber jer sebab diorang tahu tu kerja yg halal..hehe
xpelah yg penting halal…kl xde diorg alamatnya huru hara jgk jadinya…