Jemputan Majlis Perkahwinan

Ak..alahai..ni bukan kes Suri nak berkahwin atau teringin nak makan satey kajang nasi beriyani tapi sekadar nak meluahkan rasa yang terbuku rindu dihati.

Dalam minggu ni sahaja Suri dah dapat lima jemputan majlis perkahwinan dari rakan-rakan sekolah rendah, sekolah menangah, member sekuliah dan tempat kerja lama. Sebahagiannya dah di tag melalui kuih talam dua muka dan selebihnya melalui pos melayu Malaysia.

Tapi dalam banyak- banyak jemputan yang Suri terima hanya satu jer yang bisa membuatkan Suri bernada kesal. Minggu lepas Suri dan suami pulang ke kampung. Atas permintaan mak mertua nak ke majlis saudara terdekat dia kat Ipoh. Melalui si dia katanyer mak dah lama tak kesana.

Hurm sah-sahlah pasti kami akan menceroboh ceruk kampung tu nanti. Sebab dia kata umah tu memang terletak dalam.. jalan lagi dalam..dalam ada rumah nah solok dalam le jawabnya huhu… Berpandukan alamat yang diberi Kampung P…. jadi kami pun mencarilah bagai nak rak pinggan sedapat manalah tahu kami akan jumpa Kampung P… tu.

kahwin9ls

Setelah puas berkeliling alam meneroka semak and samun dalam hati nada kekesalan mula bersarang dalam hati. Suri tak kisahlah sangat pada kad jemputannya yang hanya sekeping muka depan sahaja akan tetapi di belakangnya kosong! Muka depan just tulis Undangan Majlis Perkahwinan, alamat penuh, dan nama pegantin lelaki dan perempuan sahaja. Peta langsung tak ada??

Adus!! berejamlah juga kami mencarinya bertanya orang namun semua orang tak tahu. Hu..pelik bin lepas taip orang semua tak tahu kat mana alamat yang Suri maksudkan tu. Di Shortkan cerita…

Kami cuba berpatah balik. Kemudian kami terpaksalah keluar masuk dari satu kampung ke kampung yang lain. Nak mengomel panjang pun tak berani sebab mak mertua ada. Kau cakap banyak nanti kau bukan menantu haku ..Kami just mencari sambil berdiam diri dalam kereta. Sekali kami masuk ceruk dalam sekali tengok eh ni ada tanda orang kawin le. Kata Suri. Tapi kenapa bukan dari kampung P…

Blonde_anime

Adess! Suri memberanikan diri bertanyer orang kat situ blah..blah..ni Kampung P.. ke? bukan ni bukan Kampung P.. tapi Kampung L.. Umah orang kawin tu kat depan lagi. ooitt biar betul? sebelum berlalu Suri ucapkan terima kasih pada orang tu sebab bagi maklumat yang betul pada Suri…

Dalam hati Suri berdetik..
Majlis bukan main the bOOm! siap pakai katering segala bagai.. tapi takanlah tuan rumah ni berkira sangat kot nak tepek pelan rumah sendiri kat belakang muka surat yang kosong tupun susah sangat..

Jika alamat rumah tu betul tak pelah lagi ini tidak salah! lain tempat yang dinyatakan lain pula lokasi yang kami sampai.
Dah rasa macam mencari harta Pak Karun le pulak.. :(

—Bagi Suri tak kisahlah samada kad tu mahal atau sebaliknya, majils tu besar atau sederhana..apa yang penting biarlah maklumat tu lengkap supaya kalau orang sesat, bukan ke senang orang lain nak call mencari dimana alamat rumah pegantin..huhu.. ADoi..

Kawan-kawan pernah alami keadaan macam ni tak?

Sumber Pic: http://solhisharif.files.wordpress.com

Share
Artikel lain yang best-best :

22 thoughts on “Jemputan Majlis Perkahwinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>