Panduan Bagaimana Mencari Kekasih Hati Anda

Salam pagi untuk para bloger, slient reader, tetamu yang sering bertandang kesini. Bagaimana hari – hari yang anda lalui sebelum ini. Adakah ia berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Suri mengharapkan agar anda meniti kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan dalam hati.

Tidak kiralah apa yang berlaku semalam atau hari ini apa yang penting kita harus bersyukur kerana sebagai manusia kita sebenarnya mampu untuk mengecapi kehidupan ini dengan rasa kasih sayang yang diberiNYA pada kita, rasa sedih, gembira, tertawa itu mampu datang dengan sendirinya tanpa kita perlu mengubah keaslian ciptaan Tuhan terhadap apa yang telah ia ciptakan kepada kita semua.

Berkata Nabi kita sifat bersyukur itu perlu ada pada setiap orang muslim sebagai tanda kita kasih dan cinta pada Maha PenciptaNYA. Apa adakah ada diantara anda cukup rugi di ciptakan sebagai manusia??
04-3

Baiklah harini Suri hanya nak sentuh tentang percintaan. Sebenarnya terlalu ramai diantara kita yang diluar sana tu sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Sampikan ada waktu banyak hati yang berkata mengapalah aku agak sukar untuk mencari satu cinta yang asli dari seseorang. Walaupun hakikatnya dari sudut fizikal anda sebenarnya mempunyai pesona aura yang tersendiri berbanding dengan orang lain.

Hari demi hari begitu banyak rintihan yang Suri terima tentang kesukaran, rintihan dalam bertemu jodoh melalui kitab muka buku. Rasanya jika Suri boleh bantu pasti Suria akan cuba berikan beberapa tips serba sedikit di dalam blog ini. Namun mengapa anda semua terlalu berkeras hati macam besi bagai sukar untuk dilebuh tetap juga mahu mencari kateria-kateria yang agak sukar untuk digapai sendiri. Walhal dalam islam telahpun menetapkan garis-garis dalam mencari perjodohan itu?

Suri masih buntu.. Hurm barangkali lain orang lain citarasanya :) . Apa-apa pun thnks pada yang sudi menjejak Suri di maya, meluahkan rasa masalah yang terbuku di hati secara semulajadi. Semoga kalian akan bertemu insan yang terbaik buat diri kalian nanti.

Okeylah berikut Suri berikan sedikit panduan pada kawan-kawan bagaimana mencari kekasih hati anda?

Elakkan Terlalu Memilih
Jika sebelum ini kawan-kawan ada menetapkan ciri-ciri pada seseorang gadis atau teruna apa kata kali ini anda mencuba mengelakkan diri dari terlalu memenuhi ciri-ciri tersebut. Kalau sebelum ini anda nak cari yang cantik, bertubuh sasa ala-ala salman khan ko, kaya -raya ada kereta mewah dan sebagainya. Tapi katakan tidak apa detik-detik begini. Saranan Suri anda haruslah mencuba melupakan hasrat hati itu sekiranya anda ingin mencari kekasih idaman hati.

Kata orang jika kita nak mencari sesuatu tu bukan sesuatu perkara yang mudah apatalah lagi tentang perihal jodoh. Maka nak atau tidak anda haruslah berubah dari sekarang. Sebab kat dunia ni tiada sesiapa pun yang sempurna dalam segala hal. Sebab pada pandagan Suri jika kita terlalu memilih tersangat -sangat takut nanti kita jugalah akan terlambat bercinta dan melangkah ke alam perkahwinan. Apa kes??

Jadilah Dikamu Yang Sebenar-Benarnya.
Sekiranya kamu yang jenis low profile maka itulah diri kamu dengan sedanya. Awas! dalam percintaan mahupun persahabatan jangan ada penipuan sebab ia akan memendekkan lagi pertalian yang sedia terjalin itu. Bukannya apa jika kamu terkantoi akan perbuatan kamu itu bagaimana? Jadi senang kata sendiri buat sendiri tanggunglah yer. Dari itu be your self.

“kata cinta jangan terlalu mengikutkan rasa hati yang sanggup buat apa sahaja asalkan papa tapi bergaya, benda yang tiada ada sahaja di ada-adakan tu memanglah menempah perpisahlah gamaknyer”

ban_casal12

Berani.
Maksud disini ia bukan bererti berani melakukan perkara-perkara yang tidak elok tapi berani menyatakan bahawa kamu benar-benar menyukai si dia. Terus apa lagi kamu mulalah berikan lampu hijau kepadanya. Sebagai tanda kamu memang sudah tertarik hati pada keperibadian dia. Dan sekiranya kamu kurang menyukainya si dia, maka kamu haruslah melayan si dia dalam keadan situasi yang bisa-biasa sahaja.

Berhenti Membuat perbandingan.
Pada firasat Suri mungkin bekas kekasih anda itu seorang yang hebat dalam segala hal namun sekarang kamu haruslah berhenti dari membuat sebarang penilaian tersebut keatas si dia. Kamu mesti membuang segala memori yang berkaitan dengan si dia.

Kenapa?
Supaya kamu bisa menjadi orang yang baru dalam pencarian cinta ini. Dan seandainya kamu tidak berjaya meluputkan kenangan tersebut didalam kota fikiran kamu Suri yakin sampai bila-bila pun kamu akan sukar untuk menemui kekasih hati yang kamu idamkan.

Amacam okey tak posting Suri kali nie hehehe..angkat bakul sendirilah pulak wei..
Ada masa cinta itu manis bak buah yang ranum namun sedikit kepahitan itu jua perlu ada supaya kita tahu apa ertinya sebuah kepentingan cinta itu dalam seikat janji yang telah dibina.

Share
Artikel lain yang best-best :

52 thoughts on “Panduan Bagaimana Mencari Kekasih Hati Anda

    • Menguji kekuatan jiwa..

      Itulah kurniaan Tuhan untuk anda :) . Begitulah manisnya hati yang dia berikan pada kita.
      sesungguhnya perasan itu memag semua orang ada mengalaminya..

      dan itulah uniknya memiliki sekeping hati

      jika dia dah berpunya bagaimana?

    • di sebalik kasihmu..
      ya, suri setuju dgan pdpt kak tu. Baik kita sedia terima psgan kita dg seadanya. Mana yang kureng tu klu still blh di perbaiki maka baikilah.

      semoga khdupan yg di bina akan ada seri kemanisannya itu sendiri :)

    • Pecinta yang setia..
      hahaha..kurap adeh cpt le ge kedai seseh..mintak ubat matikan dia copek2..

      klu kata cinta itu ibarat makanan yang sdpat ok gak cam ayam ke…ahahahaa. hati2 mau makan ayam sb ayam rasanya sedap..

      cinta rasanya berbunga2 hihihi..

  1. Petua yang bermakna untuk kepada bakal – bakal boyfriend dan gilrfriend yang dah lama bercinta dan nak kemaruk bercinta untuk kenal hati budi pasangan indah masing – masing….

    Tak gitu cik suri cahaya cinta….

    • yang…cuba kau jujur padaku…

      yelah tu hadiah nd bonus untuk2 mrka yng diambang, di tengah , di awan bercinta..

      kasih tgok mangsa cinta di bomohkan olah kekasih sendiri..

    • sayangku mahu bicara..

      belajar dlu youp! nnti msa kje, msti ada 1 ke 2 yg terlekat hehhee..

      anak org skrg ni mau tgok poket tebal dulu.ada kje bagus baru le cantik nak bukak langkah minang :)

  2. apa soalan selalu muncul semasa mencari cinta?

    setiakah dia?
    bolehkah dia membahagiakan aku?
    apa yang dia boleh berikan kepada aku?

    itu soalan yang ada? mmm, cuba tukar…

    setiakah aku?
    bolehkah aku membahagiakan dia?
    apa yang aku boleh berikan kepadanya?

    cinta untuk memberi tanpa balasan
    bukan untuk mengawal semua keadaan
    .-= tehr´s last blog ..Apakah Mungkin =-.

    • sebab tu ada pepatah kiwi mengatakan cintu itu buta…

      yang manis nampak baik2 shja.yg buruk tdk nampak skli..

      bila rasa cinta dah bersatu maka apa sahaj sanggup di terima secara terbuka.

      walhal bila dah berbulan,bertahun bkwin tak sangka semua itu akan diungkit kelak.

    • syurga tanpa bidadari..
      apa nak buat sb tulah kita dijadikan sbg manusia..dugaan demi dugaan kita tpksa lalui. jika kita tak lalui pkra2 yang lepas manakan pula kita nak temui satu cinta yang tulus dari seseorang suatu hari nnti..

      bedoalah sllu smoga joh yang terbai akan ada buat teman ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>