Masa Untuk Update Portofoli Im

Salam ceria untuk semua..

Masa sudah menginjak ke petang. Andainya kat bawah ada jual goreng pisang panas hurm..sedap juga kalu di santap bersama air minuman kegemaran nih heee..

Suri apa maksud…

 ”Update portofoli im”  Ia membawa maksud mengemas beg duit saya.

Manakala “update portofolin tim” ia membawa erti mengemas dompet saya.

Dah..dah.. jangan dok melalut tak tentu pasal.. 

wallet_1441548c

  • Suri sekadar nak bertanya bilakah kali terakhir sahabat mula mengemaskinikan beg duit sahabat? Adakah baru semalam, dua minggu lepas, tahun lepas..ataupun tidak pernah sekalipun anda mengambil kisah tentang isi dalam beg duit tersebut.. ke memang tak ada masa yang sesuai heeeee..
  • Masuk kali ni dah berapa kali sahabat-sahabat semua sudah mengeluarkan isi dompet kepada umum. Hata mahu membeli -  belah, mengisi minyak kenderaan, makan minum dan sebagainya.

Perasan atau tidak rasanya mungkin lebih dari 3 kali sahabat melakukan perkara yang sama setiap hari heeee.. itu belum lagi nak pastikan kita terlupa sesuatu barang. Nak mengeciknya berkali -kali sudahlah pasti huhu..

Apa yang  ada dalam beg duit sahabat? 

  • Kad pengenalan diri
  • Lesen memandu
  • Sejambak  resit keluar masuk wang dari mesin ATM
  • Segugus resit membeli-belah barang dapur, pakaian atau keperluan harian
  • Rantaian resit makan minum selepas membeli - belah
  • Kad perakuan nikah (bagi yang dah berkahwin)
  • Gambar seseorang, anak-anak atau ibu bapa
  • Name card
  • Kad klinik
  • Kad insurans
  • Resit sewa rumah atau resit bayaran rumah MBSB ke..
  • Sejumlah Ringgit Malaysia dan syiling
  • Tiket panggung wayang
  • Cebisan kertas nombor telefon, password blog dan dll.

Ada apa-apa lagi yang nak ditambah tak? Jangan lupa listkan kat bahagaian komen di bawah yer.

Ermm..

Sahabat sudah melakukan semak ke belum ke atas beg duit sahabat? Rasanya tidak terlalu banyakkah isi perut dompet tersebut? Apa kata kita ringankan dompet kita dengan keperluan documet2 yang tertentu ahaja. Sebab apa secara tidak  langsung ia akan membuatkan isi dompet kita berkeadaan seperti ikan kembung. Atau lebih mudah di ucap seperti tong sampah adei..

cute box

Bagaimanakah cara-caranya untuk kita kemaskini beg duit kita dalam keadaan baik.

  • Keluarkan kesemua isi didalam beg duit anda.
  • Asingkan kad ATM, wang kertas, wang syiling, kad -kad lain di tempat yang berasingan. (Dibahagian poket kecil disediakan)
  • Manakala resit-resit jual beli barang yang tidak penting di klipkan pada tempat-tempat tertentu. Disimpan sebagai bahan rujukan budget anda akan datang. Seperti anda menyimpan bil air dan elektirk. Sekirannya resit tersebut tidak perlu maka anda bolehlah membuangnya.
  • Bagi yang sedang bercinta. Pasti akan ada terselit tiket wayang bersama pasangan anda bukan. Apa kata anda asingkan ia dan masukkan dalam sebuah kotak khas. Maka segala apa jua aktiviti anda bersama pasangan anda segala bil-bil makan minum, surat cinta dari dia ke, tiket atau resit jalan ke sana kemari bersama dia, boleh sahaja anda abadikan barang tersebut ke dalam kotak yang telah anda sediakan.   

Amacam sekarang adakah beg duit sahabat masih dalam keadaan  berat lagi??

Sumber Pic: http://www.flickr.com/photos/ku-ki/3966483123/

Share
Artikel lain yang best-best :

37 thoughts on “Masa Untuk Update Portofoli Im

  1. tq suri atas peringatan ini…baru pasan belambak upanya bnda2 smpah dalam beg dompet saya hahaha…ptt la kembung semcm huhu..tak pernah kemaskini…paling byk resit ATM huhu…dh mcm duit plak byknya…bukak dompet bkn ada duit sgt tp resit ATM byk hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>