Petua Hilangkan Bau Dan Rasa Pada Blender

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Baru-baru ini agak rancak membuat sambal belacan. Mana ke tidaknya asal balik dari Melaka sahaja pasti akan Suri bawa belacan Melaka bukan pula bawa cencalok hii..

Masa rajin akan tumbuk cili bagai dengan batu penumbuk lesung batu, waktu malas aku bisa pakai mesin pengisar sahaja. Cepat dan menjimatkan masa. Setakat menumbuk sambal belacan boleh sahaja menggunakan kaedah manual tapi bila masak lemak cili api hee wajib memakai mesin pengisar atau dalam bahasa orang barat blender.

Habislah si pengisar bukan takat di gunakan untuk mengisar belacan, serai..untuk masak lemak tapi boleh dikatakan bila membeli harus menang memakainya. Sehingglah satu saat bila rasa hati terdetik teringin sekali memanjangkan hidung dalam trowong mesin pengisar. Mana tahu ada bau yang tidak menyenangkan :mrgreen: .

http://my.kimberlycun.com

Pernah bau? Haa.. ada macam-macam baukan. Bagaimana untuk menghilangkan bau dan rasa kurang menyenangkan itu?

Bahan-bahannya:-

  1. Tiga sudu besar garam halus
  2. Secawan air

Cara-caranya:-

  1. Masukkan garam kedalam mesin pengisar dan campurkan secawan air.
  2. Kisar dan goncangkannya beberapa kali sehingga bau dan rasa itu hilang.
  3. Akhir sekali basuh mesin pengisar anda seperti biasa.

 

pStt!! agak2 bulan depan siapa yang ngetop mau gak Suri bagi belacan atau cencalok! spa setuju angkat mata :roll::mrgreen:

Share

Perlukah Dibayar ?

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hujung minggu memang seronok jika menjamu makan makanan tengahari di restoran bersama keluarga tercinta lebih lagi yang menyediakan lauk campur yang pelbagai hidangan. Apalagi jenis menu yang sedia terhidang adalah menu kegemaran kita.

Semalam kami menjamu di sebuah kedai makan di bandar Ipoh. Memang menjadi kebiasaan bila hujung minggu sekali-sekala kami akan kesana. Maka Suri dengan selinsing lengan baju kira dan kanan makan pun ibarat raja seharila haa…Yelah bila orang sudah menawarkan khidmat sedia membawa perut maka kita haruslah tersenyum dengan penuh kelebarannya. Dalam hati gembira sebab hari itu Suri tidak perlu turun untuk bertempur dengan aksesori dapur.

Tapi sayangnya.. owner asal pemilik kedai tersebut telah berpindah ke Kuala Lumpur bagi meluaskan ligasinya di sana. Jadinya sekarang tempat yang Suri makan sekeluarga ini kira tuan kedai barulah. Masih mengekalkan lauk-pauk yang sama cuma yang bezanya tuan kedia sahaja. Pekerja lama masih berkerja di sini.

Setelah mengambil hidangan yang di inginkan dan memesan air kami pun makan seperti biasa. Setelah selesai suami meminta berehat seketika sementara menanti berita sukan bola pada waktu itu. Sebelum itu sempat jugalah Suri semak harga yang perlu kami bayar RM18.70 sen sahaja.

Usai itu anak Suri bangun minta susu botol dari ayahnya. Bakii botol susu dari rumah telah habis diminum dalam kereta. Dan menjadi kebiasaan mesti Suri akan membawa botol susu baru dalamnya terisi susu cuma perlu masukkan air panas + suam sahaja.

Kredit pic google.

Air kosong yang di pesan dari pekerja pun tiba dan di sua dalam botol susu anak. Kemudian kami berlalu ke kaunter bayaran. Seperti biasa kertas kecil mula berpindah tangan bersama wang sebanyak RM18.70 sen, tuan kedia itu minta lagi RM 30 sen.

Sampai dalam kereta dia cakaplah hai air suam pun mahu berkira juga ker…. Suri senyum tanda hambar. Mestilah kalau tidak di bayar tak halal namaya..Ker tengok permis juga..

Dia pun memecut kereta dalam seribu bahasa..

Share

Doa Ketika Terkejut Dari Tidur

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Syukur, Alhamdulillah duduk dua sujud Suri berjalan dengan lancar. Memang titiknya sakit pada bahagian kaki mengunjur ke urat belikt wajar di urut bahagian tulang kering itu. Tiada lagi rasa sakit dan sengal pula di bahagian bahu atau di belakang urat belikat. Haa.. pada sudah mencuba petua semalam tu baguslah. Memang ada kesan baik selepas mengurutnya.

Berbalik soal tidur yang mendamaikan ada juga tidur bisa terkejut kembali. Tidak tahulah pula di serang mimpi yang buruk atau sebaliknya. Mengingatkan itu apa kata kita bersama-sama membaca Doa Ketika Terkejut Dari Tidur. Selepas ini bolehlah kita amalkan sekiranya kita terkejut dari tidur.

A’uudzu bikalimaatillahit tammaati min ghadhabihi wa min syarri ‘ibaadihi wa min hamazaatisy syayaathiini wa an yahdhuruuni

Ertinya : Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kemarahan Allah dari kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari gangguan setan dan dari kehadiran mereka

(HR. Abu Daud dan Tir-middzi)

 

 

Share

Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_04/2012

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku .kronologi cinta

Kronologi kerajaan cinta bertukar tahta. Yang dahulunya memegang tampuk kerajaan kini telah pun melepaskan pada yang berhak. Sungguhpun  kronologi saling bertukar tempat, bersilih ganti muka-muka baharu namun ia sedetik pun tidak mematahkan semangat admin selaku penakluk besar kerajaan cinta berpatah arah.

Entri malar segar akan cuba di hasilkan. Baik dari segi penyampaian ataupun sudut bahasa akan cuba di perbaiki mana-mana yang dirasakan perlu untuk di perbaharui. Mari kita lihat wajah kesayangan hamba yang sungguh mesra, baik budi bicara alahai santun pula butir katanya ahaks. hok..hok..tersedak gua haa…:mrgreen:

Terlebih pedas berbicara pada bulan April adalah :-

 

 

 

Terima kasih jambangan di beri

Hadiah bermakna dari admi

Kalau boleh datanglah lagi

Mana tahu bulan depan hadiah dimiliki

Pada cik chii minta hubungi saya melalui email/ muka buku ada istimewa sedia menanti :grin:

Tanpa bloger siapalah saya, tanpa pembaca setia saya rasa sedih.. Kasih hamba tidak turutkan, tapi kasih memberi  ilmu hamba hamparkan..

Share

Scapulocostal Syndrome

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Wah sudah hampir seminggu Suri sakit urat belikat. Kata orang sakit tulang urat belikat ataupun akan rasa sengal-sengal di bahu atau di belakang badan kita itu dikira seperti urat itu terbenam maka kita kena minat orang yang pandai bab urut ini tarik urat tu semula dan kembali pada keadaan asalnya.

Hurm..Serius masa anak dara selalu juga terkena tapi waktu itu ayahlah yang selalu tarik urat belikat tu. Lagi lama sakit lagi payah nak teraik itu urat ho..Perit pedih bagai. Suri siap jerit-jerit menahan sakit. Sukar ingin di bayangkan ada sekali tu sampai menitik air mata gua.

Ayah kalau bab urut dan mengcengkam tarik urat belikat memang best. Masa itu semua tangan kita akan melujur kehadapan, kaki pun turut sama melujur ke depan. Kemudian tangan di luruskan sisi kiri kanan..barulah ayah mencari urat yang tenggelam tu. Sakitlah juga pakai minyak pun tak lut apa lagi pakai kain heee. Lama sikit barulah okey. Tidur pun rasa nyam selalu :mrgreen: . Terima kasih ayah..

Tapi hari ini agak sukar ingin mencari penawar untuk sembuhkan urat belikat ini. Sebab Suri sudah duduk Ipoh, bukan lagi duduk di Melaka uhuk..uhuk..:???:

Dalam bercerita masalah yang kadang-kadang Suri hadapi ini sempat juga Suri bertanya cik google dan beberapa laman kesihatan dan forum. Ayuh kawan mari jejak baca apa yang Suri jumpa.

Petikan dari forum:

Fastrackeng posted at 9-8-2009 07:21

salam
hang urut di bahagian luar tulang kering aka Shin bone..
urut kaki kanan dan kiri sampai sakit tu hilang..

Di mana bahagian luar tulang kering itu atau lebih di kenali bahasa saintifiknya Shin bone. Lihat gambar di bawah

Gambaran lebih jelas shin bone ataupun tibia

Gambarajah di bawah adalah Petikan dari laman web http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1360859211000702. Cara-cara menarik urat belikat yang terbenam.

 Figure 1. The massage points included in this study are located along four lines on each side of the body.

Figure 2. Specific stretching techniques of traditional Thai massage for patients with scapulocostal syndrome. A: Stretching technique 1, B: Stretching technique 2.

Figure 3. Specific stretching techniques of traditional Thai massage for patients with scapulocostal syndrome (Stretching technique 3).

Kaedah lain seperti berbekam juga di galakkan selain mengambil ubat tahan sakit, suntikan ataupun menjalani pembedahan jika keadaan bertambah teruk. Pilihlah mengikut yang mana kesesuaian anda yang pasti tanpa sebarang usaha dan mengharap sembuh tiba-tiba mungkin ia tidak akan pulih.

Saranan Suri carilah penawar sedaya yang boleh cuba jauhilah dari makan ubat-ubatan dan suntikan dahulu sebab rasanya penawar yang begini makan pada tubuh nanti :oKesimpulannya balik ini Suri mesti cuba kaedah di atas huhu..Jika berlarutan bahaya juga pada kesihatan nanti.  Paling cun pun balik kampung mintak ayah urutkan.:cry:

Scapulocostal Syndrome- Sakit Urat Belikat

 

Update: Alhamdulillah, sudah mencuba mengurut bahagian shin bone ataupun tibia rasanya keadaan bertambah ansur sedikit. Balik boleh buat berkali-kali sampai rasa sakit pada bahagian shine bone dan urat belikat itu hilang.

Share

Chondropython Viridis

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ia dikenali dengan ular sawa biru yang merupakan spesies ular yang jarang di temui daripada spesies Green Tree Python berwarna biru muda, yang merupakan satu fenomena luar biasa dalam dunia reptilia.

“True Blue” Green Tree Python, merupakan spesies yang jarang di temui di seluruh dunia. Ia hanya terdapat beberapa ekor sahaja reptlia jenis ini termasuk dua ekor ditempatkan di Taman Rama-Rama di Ayer Keroh, Melaka. Biasanya ular sawa biru ini akan di temui di kawasan Indonesia – Australia yang merupakan salah satu kawasan daripada haiwan-haiwan yang dilindungi.

“True Blue” Green Tree Python atau nama saintifiknya Chondropython Viridis. Warna asal tubuh badannya berwarna hijau kekuningan bercorak biru. Namun akibat daripada perubahan warna pada struktur genetik yang disebut sebagai mutasi warna yang berlaku secara semulajadi menghasilkan lebih banyak pigmen biru pada kulitnya, menyebabkan reptilia ini bertukar berwarna biru.

Chondropython viridis merupakan ular sawa yang bersaiz kecil. Panjangnya adalah kira-kira satu meter manakala beratnya pula 800 gram. Dari segi ukur lilitannya ialah sebelas sentimeter. Jangka hayat bagi chondropython viridis sekitar dua puluh tahun sahaja. Bagaimanapun, sekiranya penjagaan dapat di jaga dengan baik maka reptilia ini boleh bertahan hidup selama tiga puluh tahun! Awas chondropython viridis biasa bergerak cerdas di waktu malam.

Siapa disini pernah pegang ular secara live ?

Share

Masa Untuk Berehat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Selamat menyambut hari buruh pada yang berkerja swasta, kerajaan, berkerja sendiri, berkerja kilang dan tidak lupa juga buat suri rumah masih di level berkerja untuk berkhidmat rumah sendiri.

Mutu kerja yang bagus datangnya dari kesihatan yang baik, pemakanan yang menyihatkan serta emosi yang stabil. Semuanya merangkumi aspek-aspek yang penting bagi melahirkan pekerja yang berkualiti.

Labor Day

Selamat menyambut hari buruh. Ada masa yang sedikit ini bagus manfaatknnya untuk keluarga bagi yang sudah berumahtangga. Yang masih single lakukanlah perkara yang berfaedah jangan buat nakal-nakal ya.

Selamat menyambut hari pekerja. Moga maju jaya dalam setiap bidang yang kalian ceburi.

Share

Color Blindness

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hai..

Agak lama blog di biarkan tidak bertuan hee jadi seadanya masa berkerja ini Suri akan cover saki baki entri yang kosong pada minggu-minggu yang lepas ;) .

Pernahkan kawan-kawan mendengar penyakit genetik juga sebenarnya penyakit buta warna. Pada kebiasaannya buta warna ini dapat dikesan apabila seseorang itu mengadu dia tidak nampak atau tidak dapat mengenali warna-warna tertentu, yang biasanya melibatkan warna biru- merah- hijau.

Ishihara Color Test.

Tahukah kawan-kawan mata manusia mempunyai tiga jenis kon warna. Setiap kon warna itu dikodkan secara genetik mengikut tiga warna asas iaitu:-

  1. Warna merah
  2. Warna hijau
  3. Warna biru.

Bagi warna merah dan warna hijau dikodkan oleh kromozon- X. Manakala warna biru dikodkan oleh kromozon-7

Seperti contoh Suri berikan pemahaman di sini. Sekiranya terdapat kerosakan berlaku pada kromozon -X, maka pesakit tersebut akan mengalami kesukaran dalam mengenali warna merah – warna hijau. Sebaliknya jika kerosakan kon berlaku pada kromozon-7, pesakit akan mengalami masalah dalam mengenali warna biru.

Terdapat dua jenis penyakit buta warna iaitu:-

  1. Kecacatan Kongenital yang berlaku sejak bayi itu dilahirkan.
  2. Kecacatan berlaku selepas bayi dilahirkan.

Kecacatan kongenital terbahagi kepada tiga kategori trichromats, dichromats monochronats.

  • Trichromats- Bermaksud kekurangan separa (partial absence) pigmen bagi salah satu daripada tiga kon warna dan terdiri daripada protanomaly, deuteranomaly dan tritanomaly.
  • Dichromats-Pesakit kehilangan sepenuhnya salah satu daripada kon-kon itu. Ia terbahagi pada protanopia yang bermaksud kehilangan pigmen kon merah. Bermakna pesakit tidak mengenal langsung warna merah akan tetapi mengenali warna biru dan warna hijau; deutanopia, kehilangan pigmen hijau di mana pesakit mengenali warna merah dan bitu tetapi tidak nampak warna hijau dan tritanopia, kehilangan pigmen kon biru yang bermaksud pesakit boleh nampak warna merah dan hijau tetapi tidak mengenali warna biru.
  • Monochronats-bermakud kehilangan sepenuhnya dua kon warna, bermakna pesakit-pesakit berkenaan hanya mengenali satu warna sahaja. Jika melibatkan cone monochromats, pesakit hanya mengenali warna biru tetapi tidak nampak warna merah dan hijau,  mengenali warna merah tetapi tidak nampak warna hijau dan biru atau mengenali warna hijau tetapi tidak nampak warna merah dan biru.

Protanomaly, kekurangan separa pigmen kon merah. Ini bermakna individu berkenaan dapat membezakan warna biru dan hijau tetapi rabun pada warna merah.

Deuteranomaly bermaksud kekurangan separa pigmen kon hijau. Dimana pesakit hanya mengenali warna merah dan biru tetapi rabun pada warna hujau.

Tritanomaly pula membawa makna kekurangan separa pigmen kon biru, di mana pesakitnya dapat membezakan warna merah – hijau tetapi rabun pada warna biru.

Kesimpulan antara penyakit buta warna yang paling serius adalah rod monochromats yang membawa makna pesakit ini kehilangan ketiga-tiga kon warna merah, warna biru dan warna hijau. Ia memberikan erti bahawa, pesakit ini tidak mengenali langsung ketiga-tiga warna itu kecuali warna hitam dan warna putih. Walaubagaimanapun, permasalah ini jarang berlaku dan kadar insidennya di seluruh dunia adalah terlalu kecil.

Masalah buta warna tidak boleh diatas atau diubati, terutamanya bagi jenis kecacatan kongenital. Ini membawa maksud masalah ini akan berpanjangan sepanjang hayat.

Share

Bersalin Spontan Melalui Vagina

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sebenarnya seronok berbicara soal saat kehamilan, bersalin dan dapat anak ini. Kemungkinan saat yang dilalui setiap anak yang bakal lahir agak sedikit berbeza dari kelahiran yang dahulu betul tak?

Menyingkap soal bersalin di sini ada beberapa maklumat yang rasanya amat menarik untuk bakal ibu bapa mengetahui lebih lanjut. Semoga sedutan yang di bawa pada laman ini memberikan manfaat untuk anda sekalian. Oh, sebelum terlupa artikel berkenaan air ketuban akan di bawa posting pada minggu hadapan. Harap yang menanti bersedia untuk bersabar ya.

Bersalin spontan merujuk kepada kaedah bersalin tanpa menggunakan sebarang bentuk bantuan seperti forsep, vakum atau alat-alat lain.

Disini Suri selitkan beberapa prosedur bersalin spontan melalui vagina.

1. Permulaannya doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin. Pemeriksaan ini perlu di lakukan untuk memastikan kaedah yang manakah terbaik semasa proses bersalin akan berjalan kelak.

2.Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks wanita haruslah mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya vagina ibunya dengan mudah.

3.Pada kebiasaannya bukaan vagina akan meregang sehingga mencapai diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.

4.Apabila bayi mula memasuki bahagian vagina, otot dan kulit wanita tersebut akan meregang dengan semulajadi ke tahap yang ekstrim.

5.Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mula mengembang dan mencapai tahap regangan yang paling maksima.

6. Seseorang itu akan merasa kulit seperti terbakar.


7.Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan)

8.Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa sedikit kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara waktu. Ini bagi bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus yang terdapat pada bayi anda.

9.Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi bagi mengeluarkan bahagian bahu bayi.

10.Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting.

11.Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam berikutnya. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomen untuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.

12.Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal.

Laman Fb + beberapa laman blog kehamilan + kementerian kesihatan. Edit sebahagian ayat oleh Suri.

 

Share

Ikatan Sesejuk Mata Yang Memandang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bukan golongan hawa sahaja yang di wajibkan menutup aurat di rambut mereka malahan golongan adam juga di galakkan menutup kepala dengan memakai serban yang juga merupakan pakaian sunnah Rasulullah s.a.w. yang kerap diperkatakan sehingga kini. Bagi yang fanatic janganlah sampai menghukum saudara sendiri berdosa, seolah-olah pemakaian serban tersebut suatu yang dimestikan dan wajib disisi Allah SWT, padahal hukum pemakaiannya hanyalah dikira sebagai satu sunnah fe’li (perbuatan) Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Pemakaian serban tidak dikhususkan dan terhad pada umat Islam sahaja, malahan banyak agama lain turut memakainya seperti seperti kaum Hindu, Sikh dan Arab Jahiliyah.

“Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada ‘Qalansuah’ (kopiah). Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yang lain. Tapi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah.” (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti).

Kaedah Mengikat serba mengikut turutan

 

Cara memakai serban.

Pstt.. Memandangkan Suri ini perempuan maka setakat ini memang tidak pernah menuntut ilmu mengikat serban dengan ayah lagi huhuhu.. Tapi kalaulah Suri ini lelaki rasanya rugi jika tidak menuntutnya pula hee.. mana tahu pas ini ada beranak kecik dapat anak lelaki fulaks hiiii.

Kredit youtube & shafiqolbu.

Share