Salam bahagia semua..
Harini Suri terlewat buat entri sebab tengahari tadi kelima-lima anak saudara Suri telah bertolak ke Kuala Lumpur. Dimanakah lagi destinasi mereka yang seterusnya? Hurm.. mungkin ke rumah abang long Suri rasanya..
.
Budak-budak cuti sekolah dan tengah dok tunggu naik semesta baru dah jenuh menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar setelah habis berhempas pulas menjalani pelbagai kertas soalan, aktiviti sukan dan sebagainya maka waktu inilah dianggap sebagai cuti rehat bagi otak dan minda mereka.
Harap-harap bila mereka naik semesta dan naik tingkatan yang baru kelak semangat mereka untuk belajar akan lebih baik lagi
. Tidak macam kita yang berkerja cutinya hanya perlu diambil jika keadaan benar-benar sakit, terdesak atau kecemasan sahaja huhu..

Bila si dara dah berangkat terasa sungguh sunyi isi rumah Suri huhu.. sedihlah sekejap sebab selalu balik memanglah riuh – rendah rumahku ni. Pastu kalau sarapan pagi, makan malam, tengahari, petang selalu Suri sediakan buat mereka berlima. Erm..terasa diri ini dah macam ada 6 orang anak pula termasuk anak sendiri hihi…
Fuh letih dan penatlah juga melayan karenah mereka semua..
Yang sorang suka lauk – pauk ini, yang lain pulak suka lauk tu..masing-masing ada makanan kegemaran sendiri2. Nasib baiklah ada antara mereka yang jenis tak kisah. Katanya “Tak kisahlah maksu nak masak apa Ain belasah jer” hihi.. Sejuk sekejap tika hati Suri mendengarnya
Tapi kata orang bila dah bertemu mesra pasti perpisahan akan menggamit tiba. Bila mereka dah pergi terasa benar-benar kehilangan deraian tawa mereka semalam.. dua minggu yang lepas..Sedihkan huhu..

Alahai rindunya masa zaman cuti sekolah Suri dulu-dulu. Masih Suri ingat cuti sekolah adalah detik yang paling indah sekali.
Pasal apa Suri akan duduk lama di rumah orang dan jalan – jalan ke sana kemari dengan abang, kakak ipar Suri dan termasuk anaknya sekali. Jika minggu ini Suri tidur rumah abang angah yang duduk kat Shah Alam pastu minggu yang berikutnya pula Suri akan tidur dan jalan – jalan rumah kakak di Melaka pula. Begitulah rutin harian Suri sepanjang cuti sekolah berlangsung heeee. Sampailah dah nak dekat naik sekolah barulah Suri akan pulang ke Melaka kampung halaman Suri semula ngheeee. Dah puas honeymoon sana-sini baru ingat nak balik kampung ceh!!
Pstt!! sekarang giliran anak saudara pula yang menginguti jejak Suri pula hihi. Sesekali dok umah orang besh juga tapi apapun kita kena menjadi seorang yang ringan tulang jangan dok relaks cam raja bersiunglah plak kui..kui.. Pastu kalau boleh janganlah duduk terlalu lama di rumah tuan rumah sebab dema pun jemu gak asyik tengok muka kita 24 jam sehari adeii..
Jadilah seorang yang disenangi tapi bukan seorang yang membebankan atau menyakitkan hati
ayat yg bawah tu best!
Terkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular
.-= suffer8zine´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H =-.
itulah yang harus di ingat ..
yang last tu memang betul, dan yang atas pun takde yang silap,
time cuti macam ni bebudak la cukup seronok
.-= dnoBiz´s last blog ..Percutian mengejut – Kejutan Dan perubahan Perancangan =-.
dunia mereka pasti bangun tdo lewat ..
salam..
woittt…sukalah
ayat nota kaki
yang last tu..
penuh bermakna
.-= zulkbo´s last blog ..Bila Makanan Menjadi Begitu Mahal Truffle =-.
ada ikan dalam bakul heee..
kadang2 kena tegur gak
budak2 mereka tak perasan… cara mereka disenangi atau tidak
blogger pun sama gak, kan suri?
.-= tehr´s last blog ..Blog Pilihan Malaysia – Azman Roslan =-.
mmg benar tu shbat tehr..
ank sdara tgur ga mana yang silap tapi tu le klu tgur sgt2 olk takut anak sdra kecik ati..tak mau dtg ipoh lagi adoii..
tang bloger pun bgtu..nak tgur kena ckp baik2..supaya org tak terasa hati huuu..
kalau dapat tolong2 sikit pun ok… tolong basuh baju ke….takpun tolong memasak… ringan sikit bebanan.. tuan rumah…
.-= zik´s last blog ..Jumlah pekerja berkelulusan PHD di Malaysia semakin ramai! =-.
tahu tak apa..dema bab itu kurg sikt..anak dara semua msh bljar manalah nak turun dapur sgt..
nk mtk tolong kenalah cko baik2 dgn merka..puji dema skit barule dema nak tolong hee..
wah..seronoknya jalan2..cuti sekolah ke tak,kena kerja juga..kalau cikgu boleh la juga nak rilek2..
.-= khairolghani´s last blog ..1 jam sehari di dalam LRT =-.
klu cikgu mmg bercutilah skli..
untungnya jadi cikgu heeee
budak kolej pun suka gak, cuti jugak ni sebulan
.-= eyl´s last blog ..How to make a superb profile picture on your Facebook =-.
pasni kembali aktif berblog pula yaa
Cuti yang ada, perlu dimanfaatkan sebaiknya & sepenuhnya. Hehe.
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Tabung derma di hari jumaat =-.
buat kelas tusyen ko heee?
Kadang2 ketika ia ada, tidak terasa. Bila ia tiada, terasa pula kehilangannya.
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Tabung derma di hari jumaat =-.
itulah yang sllu berkata dlm hati tiap ada org yg sllu bertandang ke rumahku..
Memang seronok apabila mengenang semasa kecil-kecil dahulu tidur bersama sedara mara yang sebaya ada jer cerita hendak dibualkan
.-= akubiomed´s last blog ..Entri kali ini hanya 5 patah perkataan =-.
masa tu duniaku amat indah tak pikir apa2 pun…
pkir seronok jer heee
he he saya tak ingat sangat zaman cuti sekolah.. sama aje.. Sebab kalau nak cuti.. ponteng aje sekolah..
.-= Ismail N´s last blog ..Di Larang Kencing! =-.
bagus..asalkan jadi org yang d senangi kira ok heee
zaman cutiku bakal bermula…
(penanam anggur tak berbuah)
kena tambah baja juga ..tak pun bajak tanah semula heee
hehe sy pun sukaa jugak dgn ayat yg terakhir tu…
saya pulak baru je mula cuti.. hehe balik kampung
.-= Fahmi Raazali´s last blog ..UiTM 73rd Convocation Ceremony… =-.
best tu..pasni blh merasa masakan org yang disayangi