Tiada Peluang Kedua

Salam semua.

Harini pergi kerja terpaksa naik dua buah bijik bas untuk sampai ke tempat kerja. Yang sebenarnya keadaan Suri pagi ini agak K.O sikit. Ni tengah  dok lalok ubat selsamalah hua.. mengantok yang teramatlah sangat-sangat. Semalam asyik terpersin sahaja tu yang sahur tadi rela dalam terpaksaku telah ubat selsama separuh hayal mengantuk ni huhu..

Okey..Hurm masa dalam bas tadi sempat gak tidur bukak tutup bukak anak mata. Bukan apa takut dek terlepas perhentian karang apa kes? Oh tidak maka dalam kesejukan yang mendinginkanku membutkan Suri terimbas akan kenangan yang lalu. Apa punya kenangan dah.. Ini kenangan masa first time pratikal kat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Melaka.

images

Masihku ingat malam tu  memang semua pakaian, selendang, kasut sudah get ready. Bukan apa sebab tak sabar-sabar hati ini nak memulakan pratikal di tempat pratikal baru. Pagi itu Suri pergi kerja macam biasa sambil menjalankan kerja-kerja yang diajarkan oleh pegawai dibahagian ligasi undang-undang  sampilah saman menyaman, turun naik court,  Suri mengikuti jejak pegawai KWSP yang berkerja di situ. Maknanya sepanjang dua minggu berturut-turut Suri kena ekori pegawai inilah.  Dari situ barulah Suri tahun kenapa wujudnya caruman, sita dan sebagainya dalam sistem KWSP ini. 

Tapi bila dah seharian berkerja, keluar sana sini maka badan yang letih terasa sungguh penat jadinya. Ditambah lagi dengan karenah pelanggan yang memeningkan kepala.  Apapun ia cukup menggembirakan hati Suri walaupun ia hanyalah sekadar bekerja atas nama latihan industri.

Jam sudah meginjak ke petang. Tanpa sedar Suri dah ada kat perhentian bas Melaka.  Pada masa itu ia dikenali sebagai perhentian bas Ocean, Melaka.  Dalam masa 20 minit bas ke Bukit Rambai, Melaka pun sampai. Aduh dalam hati berkata mak aik sungguh penuh isi dalam bas ini. Dah jadi macam tin ikan sardinlah pulak.

Suri cuba meninjau-ninjau kat belakang tempat duduk bas. Wah nampaknya ada satu kekosongan disana tu. Dalam hati berbisik. Ini barulah best :)  memandangkan dah seharian aku bekerja maka tidak akanku lepaskan kau diduduki oleh orang lain  ;)

baby05

Port belakang memanglah sempoi. Sah-sahlah ia memang menggamit kenanganku waktu masa sekolah dulu suka duduk belakang bas huhu.. Bertemankan semilir angin petang yang agak menyamankan.. sambil di tiup hebusan angin dari Pantai Kelebang, Melaka maka ia telah membuatkan Suri terlena… terlena..dan dilena.. dalam mimpi yang telah Suri ciptakan sendiri. 

ERKK!! bum!

Addeh, sakit kepala lututku. Apala orang ni bawa pakai mata ke atau pakai kompas berkelah berkemah. Dalam hati Suri mula bermonolong sendiri. Eh, kejap Suri bingkas bangun dari tempat duduk Suri.  Halamek!!

Suri:

Dengan nada yang agak cemas Suri berteriak Oooit!!  Pak Cik berhentikan saya kat sini le

Pemandu:

Pasal apa nak?

Suri:

Erk! rumah saya dah terlepaslah Pak Cik. Sambil membuat mimik muka yang tak sedar malu didepan orang ramai.. Ceh!

Pemandu:

Abis tu pasal apa kamu tak tekan punat butang loceng?

Suri:

Hurm.. saya tertidurlah Pak Cik heheheeee.

Lalu pakcik itu pun memberhentikanku di tepi jalan raya. Betul -betul kat depan Sekolah Rendah Bukit  Rambai tu huhu..

Terima kasih Pak Cik..

Turun dari bas Suri mula kuis batu. Eee  Pak Cik  ini perli aku ke apa sampai dopan pagar bobonar di berhentikan aku ni. Hisyh tak patut..tak patut. Jadinya akibat dari kepenatan itu Suri terpaksalah berjalan kaki selama 1 jam untuk terus pulang ke rumah abang dengan berjalan kaki.. :)

Alahai …

Sejak detik itu Suri mula berhati-hati tika naik isi perut bas. Bukan apa takut kenangan lama akan mengulit mimpi ngeriku ini hee.. Sampai sekarang ia masih segar dalam sanubariku. :)

Sahabat ada kisah disebalik memori naik turun bas? Jom kongsikannya disini..

Share
Artikel lain yang best-best :

50 thoughts on “Tiada Peluang Kedua

  1. ade kak suri!
    dulu waktu sy form1..terlajak naik bas dah..
    jauh pulak tu..
    turun2 bas then naik teksi..
    pergh syahdu gile time tu..
    nasib baik laa dlm dompet sentiasa stnby duit utk emegency..haha

  2. Ada pengalaman dalam bas, masa tu letih sangat, tidolah dalam bas, memang sedap angin malam masa tu..time nak sampai stesen rembau, tibe-tibe rase basah, even dalam mimpi pun terasa basah, rupa-rupanya ujan lebat, abis air masuk ikut tingkap bas…haha…sekarang tak banyak bas yang boleh bukak tinggkap…kenangan..
    .-= rashid´s last blog ..Jikalau Tarikh Lahir Aku Jatuh Pada 31 Ogos =-.

  3. Dah biasa naik bas ekspress ke trg-kl. Biasa akan naik malam kul 10 jadi sampai lam kul 5pg kat kl. Sebab perjalanan lama memang tido x pernah terbabas. Naik bas baca doa naik kenderaan sekali ngan doa tido. Buka2 je mata da sampai..ha3..Alhamdulillah..Kawan banyak komplen tido dalam bas kadang2 buat sakit belakang tapi saya rase ok je..ha3
    .-= Dedoku´s last blog ..Teknik Viral Dengan Twitter =-.

    • he..lian org lain caranya kans..ada org tdo pastu sng jer dia terjaga smula..ada setegh dari tu klu dah tdo terus terlajak jauh huhu..

      btul2 baca doa ni klu tak termiss lahi ngheee…

  4. Assalamu’alaikum..

    Saya asal naik bas mesti mata akan layu. Lagi-lagi apabila duduk tepi tingkap. Pernah juga ada pengalaman macam ni..

    Sedar-sedar tempat perhentian bas dekat rumah dah terlepas. Dah jauh pulak tu.. Hehe. Nak tak nak, alang-alang sudah terlajak.. Saya lajakkan kaki pergi rumah makcik.

    :D
    .-= Saya Laa Dia´s last blog ..Elaika Rintihan =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>