Simpananku Tabung Ayam

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Sejak masuk sekolah darjah satu duit yang di beri oleh ayah 50 sen sahaja. Waktu tu jumlah tersebut dianggap begitu besar sekali.Dalam beg kecil sarat dengan buku tulis mak mampatkan lagi dengan bekalan makan tengahari bersama dengan sebotl air suam.

Throwing

Dulu-dulu orang selalu pakai tabung buluh. Tapi Suri tak ada tabung buluh hanya ada tabung ayam jantan tanah liat sahaja. Itupun hasil dari main fun fair kat Pekan kuala Sungai Baru. Asal duit yang diisi penuh maka kena pecahkan tabung tersebut. Jika nak korek satu-satu isi duit didalamnya alamat entah bilalah wang tersebut mahu menampakkan mukanya :) .

DSC01304

Hurm pastu ayah akan bawa Suri pergi Bank Simpanan Nasional atau Amanah Saham Bumiputra. Bila duit di simpan rasanya dalam hati selalu fikir siaplah kau nanti bila aku dah besar aku mau beli sebuah rumah dan sebijik kereta hiii.. Gerrrr angan-angan mat jenin betullah time tuh..

Tapi kesudahannya bila dah meningkat dewasa akhirnya duit itu di gunakan untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang diminati :) dan akhirnya berjaya dengan jayanya ;) .

graduationbluergb

Sungguhpun begitu nostalgia simpan duit dengan menggunakan tabung tanah liat tetap tersemat indah dalam hati. Sejak detik itu amalan menyimpan duit masih Suri lakukan sehingga ke hari ini. Memang benarlah kata orang simpan duit sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ada cerita mengenai tabung? Jom kongsikannya bersama Suri ;)

Share
Artikel lain yang best-best :

65 thoughts on “Simpananku Tabung Ayam

  1. Susah nak cari tabung jenis lagi. Banyak yang dijual sekarang adalah diperbuat dari plastik.

    Suri boleh periksa Feedburner sebab saya tidak pernah dapat notifikasi entri terbaru dari Cahaya Cinta?

  2. wahh…sungguh nostalgia tabung ayam tu. time kecik2 dulu memang aku ade sebiji. nak korek punyalah susah, terpaksa guna lidi sebagai alat. nak pecahkan, alamat pecah kulit dulu kene rotan dek abah.

  3. dulu pergi sekolah bawak 20 sen. masa tu tinggal dengan nenek. pagi-pagi nenek bekalkan dengan roti canai. dekat sekolah ada makanan tambahan… jadi duit tu Cik Siti simpan dalam bekas buluh dan beri dengan nenek. takut dengan pak sedare yang selalu mengecek…

  4. Cute tabung ayam tu. Yati gunakan tabung yang dalam bentuk buah-buahan. Abang dengan kakak yang belikan. Macam-macam buah ada. Tapi sekarang tinggal yang bentuk epal, manggis, dan kelapa sahaja.

    * excited setiap kali tabung penuh dan nak masukkan dalam akaun

    • yang buah2han ctk juga ya..rasanya yg bentuk kelapa tu dpt gak2 suri bayangkan bentuk dia..entah2 ada muka senyum kat situ heee..

      duit byk hati suka..asal penuh dah nobatkan diri cam org kaya hii ;)

  5. sekarang ada mcm2 tabung, bentuk peti surat, bear, lipstick, periuk nasi,

    sekarang TE guna yg bentuk porselin dan ultraman..ki3..tak payah pecahkan bawah ada lubang, duit syiling simpan boleh guna makan roti canai dan bayar tol hehe

  6. sekarang ada mcm2 jenis tabung, ada bentuk lipstick, periuk nasi, peti surat, bear..

    sekarang TE pakai bentuk bear dan ultraman, tak payah pecahkan bawah ada lubang, hehe

    duit syiling simpan boleh guna makan roti canai dan bayar duit tol ehehe

  7. Tira guna tabung biasa je yang boleh buka dari bawah kalau nak keluarkan duit. Tapi dulu ada jumpa tabung mesin basuh. Letak duit atas mesin basuh tu nanti dia automatik telan masuk dalam mesin basuh tu. Hahaha.

  8. Saya cuma berpeluang isikan tabung dengan duit raya sahaja. Satu kampung saya jalan masa hari raya. Lebih seminggu saya habiskan selagi ada cuti baru dapat RM30. Budak sekarang ni bila hari raya dok depan tv je sambil minum sirap boleh dapat tiga empat ratus. Habis semua duit buat beli topup

    • anak2 skrg dah di manja degn ibu bapa msti ada hp tiap seorang..

      nak kawal nnti anak memberontak..hu..apa pun ibu bapa kena tegas dlm mendidik2 anak..

      kena ajar anak menabung dri kecik nnti dah besar dia bros huu…klu susuh sapa nak tolog dia nnti huu..

  9. sy pun sedang menabung skrg..dlm tabung besi..mmg tak boleh buka lgsung melainkan kopakkan dgn playar..sy ada dua tabung..satu tabung hampir oenuh..seronok sgt setiap hari agkt tabung,tabung dh berat..hehehe

  10. wah, teringat masa kecik kecik dahulu masa ader tabung dulu, skrg sy xder tabung tp ader la tmpt simpan duit kt umah, dan sejak kerja saya x pernah pakai duit siling, bila ader baki siling jer, saya terus letak satu tempat, sedar x sedar bila kira balik, dah ader rm 300, wah x sangka siling yg saya x pakai terkumpul bnyk tuh, hehe

  11. saya dah ajar anak menabung sejak kecil..
    masalah juga jadinya.. setiap kali balik rumah.. kena sediakan duit syiling untuk mereka.. kalau dibagi duit kertas diorang tak mahu.. jadi mamanya pulak yang ambik..

  12. eh sama lah dulu kami pun tabung ayam,
    tapi mudah pecah le,
    pastu tukar tabung plastik senang sikit nak korek..hehe
    eloklah menabung dari muda bila dah tua akan mendapat imbuhannya..:)

  13. Ingat lagi mekar kecik2 dulu, abah ku berikan sebuah tabung yang bentuknya Bangunan Tabung Haji. Seronok sunggu masa tu asal jumpa duit syiling terus masuk dlm tabung. Walhal duit tu org lain punye. hehe

  14. Bila dah dewasa dan telah berumahtangga saya masih memiliki sebuah tabung(design terkini la). balance duit syiling dr kedai runcit akan masuk ke situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>