Masalah Hosting Blog Tak Boleh Di Buka

Salam ceria buat semua sahabat Suri semoga anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Dan sewajarnya post kali ini dah lama Suri dahulukan tapi tulah akibat tiada idea nak mengayat untuk jiwangkan maka Suri tangguhkannya sehingga ke semalam.

Untuk pengetahuna semua pada hari Jumaat yang lepas Suri bercuti sebab nak balik kampung Kuala Sungai Baru, Melaka. Suri balik pun sebab Suri dapat tahu kesihatan ayah dan bonda kurang sihat. Maka itu, Suri mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia blog buat seketika waktu. Hu..hu..wa..wa..selamat tinggal blogku aku terpaksa meninggalkanmu kerana disana lebih penting dari disini..wa..kaka..

Kata orang selagi kita memiliki kedua ibu bapa maka kita sebagai anak wajar sama sekali untuk berbakti kepada mereka selagi hayat mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada maka kita juga perlu memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada mereka supaya roh mereka dalam keadaan aman dan tenteram.

Hurm, sepanjang percutian Suri ke Melaka hati ni rasa macam tak tenteram jer. Asyik dok pikir tentang blog..blog..blog..Nape ek? Namun Suri katakan dalam diri ni mungkin anasir gian tak berblog dalam sehari dua ko? huhu.. kata si jejaka ah sah-sahlah awak tu dah naik angau. Sehari tak berblog ibarat macam kehilangan anak ayam terlepas di dalam kandang.. uik, ada ke patut..huhu..bingkai hatiku mula tergelak berderai jer takala mendengar omelan si jejaka. Dalam nada kecil Suri bersuara sendiri..tahu tak per..hehehe ;)

NetworkDown

Hari selasa Suri berkerja macam biasa. Apalagi Suri terus on facebook. Eh, tak sangka pula Suri dapat pesanan dari Tuan Imran katanya “MuInternal Server ErrorThe server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request…dah terang-terang di beritahu bahawasanya dengan ini blog Cahaya Cinta tidak boleh di buka buat sementara waktu. Wah! ni sudah buat Suri berkerut dahi seribu..jap, jap try masuk blog Cahaya Cinta dulu mana tau dah ok ke? sekali nak terjah memang sah tak boleh di buka la.

Allah, fikiran Suri mula mencongak kata apa Suri nak buat ni? Hurm terus cari En. Syukri. Katanya memang benar blog Suri ada masalah. Bukan blog Suri je, tapi semua blog yang ada di hosting tu juga turut menghadapi masalah yang sama seperti Suri. Aduh, terkesima den di buatnya pak cik oii. Last-last En. Syukri call hosting provider untuk adukan masalah yang Suri alami dan dalam masa 40 minit barulah Blog Cahaya Cinta boleh di buka seperti biasa.

Alhamdulillah..terasa benar dada ni sesak jap..hehehe..apa nak buat sebab takala mangga di cicah dengan garam begitulah masam manisnya kehidupan dalam melalui dunia bloger ni..
Apapun Suri terima ia dengan hati yang sentiasa terbuka tanpa di kunci atau di mangga-mangga untuk kesekian kalinya..

P/S:
Mohon maaf pada semua yang masuk blog Suri minggu lepas tapi tak boleh nak mencari ilmu disini. (Mr. Thoha kata 2 ke 3 hari blog ni tak boleh di buka)

Terima kasih kepada Tuan Imran atas pemberitahuan blog Cahaya Cinta ada masalah.

Terima kasih juga buat En. PakarHowTo sebab dengan rela hati membantu Suri untuk call hosting provider untuk adukan masalah tersebut. Dan tanpa anda juga mungkin blog ni akan kesunyian ibarat daku duduk dalam bilik 303 yang gelap..

Anda semua ada masalah yang sama seperti Suri. Meh le kongsikan kisah anda disini sambil-sambil tukar fikiran sesama kita. :)

Share
Artikel lain yang best-best :

26 thoughts on “Masalah Hosting Blog Tak Boleh Di Buka

  1. Salam…

    Patut la akak try nak msk ke blog suri…tak dpt…ingatkan server akak ada problem…
    Whatever pun..selamat berblog kembali la ya…
    Mcmana ayah dan bonda…dah sihat ke?
    .-= Fida´s last blog ..Ceyai VS Cerai =-.

  2. adeh…tadi dah tulis pjg komen..sekali tekan submit die kuar ape ntah..macam spam benda ntah..takpe2..tulis balik..hehe

    1) blog saye pun alami nasib yg same, dan mungkin lebih parah bile, pihak hosting kate diserang oleh virus bername malware..so blog saye (ade juge org lain agaknye) dah 2 hari tak boleh akses lgsung..huhu..

    2) saye juge balik kampung wekend lepas, jenguk ayahanda yg kurang sihat (alhamdulillah dah makin sihat). biasenye bwk blik sekali kotak wimax tuh..tapi kali ni tinggal jer terus..balik jer sini..terus bukak..hahaha

    3) Moge parents suri,parents saye dan semua parents kawan2 sentiasa sihat dan ceria..ameen

    p/s – harap2 malam nie blogku dah ok..ameen

  3. blogger tegar ni suri, tak senang duduk sehari tak blogging..terkenang2 jer..hehe..

    ada ketika masalah hosting melanda memang leceh..tapi itu la asam garam pengguna selfhost nie..

    • Salam sahabat..

      suri akan masuukan masalah sahabat ke dalam posting suri. didalam posting itu nanti suri akan minta bantuan kawan-kawan suri (para bloger) untuk membantu menyelesaikan masalah blog sahabt tu.harap semunya berjaln dengan lancar.

      suri bab2 blogspot mash belum selongkar sepenuhnya. sebab wordpress ni pun masih di peringat baru belajar lagi.

      Harap sahabat akan selalu kesini untuk memdapatkan jawapan dari mereka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>