Klasik Atau Moden?

Salam sahabat..
Hari sudahpun malam.
Bagaimana pembuka selera sahabat semasa berbuka tadi. Hurm tentu menu yang di sajikan agak menyelerekan bukan. Lebih-lebih lagi jika makanan atau minuman tersebut merupakan satu menu yang wajib, perlu ada setiap kali sahabat berbuka puasa. Jika Suri air soya mesti ada.. menu sahabat apa ya?

a-360X450_(15)

Suri minta maaf sebab petang tadi Suri kurang berjalan-jalan di blog sahabat sebab Suri kena selesaikan sejumlah kad-kad hari raya untuk di edarkan kepada beberapa syarikat di sekitar Ipoh.

Bercakap tentang kad hari raya maka sudah tentulah dibenak kita mula berfikir kad yang penuh dengan warna-warna yang indah, latar gambar yang menarik serta bait-bait kata yang indah, dan ada juga sesetengah kad hari raya yang mengeluarkan bunyi lagu hari raya ternyata sesebuah kad hari raya itu indah bukan.

Hurm, dan bagaimana pula dengan revolusi e-kad hari raya yang moden? Seperti cotoh bro one (myjazmanie_1tomyam) ajarkan dalam toturialnya minggu lepas. Menarik sekalikan.

Masih Suri ingat lagi waktu sekolah Suri minta mak belikan kad hari raya sebab nak bagi kawan-kawan yang satu kelas dengan Suri. Tapi mak tak bagi duit pun kat Suri. Katanya buat apa membazir nak beli. Nanti dah habis raya orang dah tak pakai lagilah. huuuu..huuuu.. :(

Lalu Suri mencari idea keTinG!!!
Suri pergi pekan dengan kayuh basikal dan terus terjah kedai alat tulis. Nah hamik ko satu bungkus kertas warna warni Suri borong. Balik tu terus lukis kartun, bunga api, bulan sabit,kuih raya dan macam-macam lagilah supaya kertas yang kosong tu akan bertukar wajah kepada kad hari raya heee.. ;)

1536075490

Selesai tacap pastu Suri buat bentuk hati ke, bentuk ketupat, empat segi terus melakar sebaris ayat yang menarik dalam kad tersebut.

Taraa! dah siap! Akhirnya Suri juga yang untung. Sebab modal yang Suri keluarkan waktu tu tak banyak tapi kira berbaloilah juga dari kita nak beli sekeping kad dah harga dia RM 2.50 tu baru sekeping. Jika 10 orang yang beri kita kad raya maknanya dah berapakah jumlah wang yang harus kita kelurkan untuk tujuan tersebut.. heee.. (kedekutkahku..)

Jadi jika di beri pilihan kawan-kawan suka e-card atau kad raya. Yang mana satu pilihan korang?

Share
Artikel lain yang best-best :

56 thoughts on “Klasik Atau Moden?

  1. tapi sekarang ni orang lagi senang bagi alamat email, FB dan sebagainya berbanding dengan alamat rumah…mungkin sebab panjang sgt dan kadang2 diorang sendiri tak ingat alamat umah..maklum la umah baru..heheh…tapi pada apis klu bab2 tak membazir, apis pilih moden..klu bab2 mementingkan tradisi..apis pilih klasik….=)

  2. lagi suka kat raya..dulu masa zaman kegemilangan (masa baru-baru kurus)..penah dapat kad raya sampai 20-30..hehe..indahnya saat itu

    sekarang nak dapat 1 pun susah..semua pakai sms je

  3. Zaman kanak-kanak dulu memang rajen gila post post surat kat raya bagai. Tapi makin besar makin dah tak hantar, mungkin sebab dulu cuti raya masa cuti sekolah, tu yang ada masa. HAHAH tapi zida prefer Kad Raya Tradisional, sebab boleh simpan. E-kad boleh hilang..
    .-= Zida´s last blog ..Wajahku Berubah Lagi =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>