Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Raya kedua pagi itu usai menjamah nasi lemak bersama keluarag belah mak mentua di Kuala Kangsar kami bertolak sekitar jam 11.00 pagi. Syukur Alhamdulillah kami selamat tiba di Melaka jam 2.00 petang.
Sungguh meletihkan segala urat sendiku takala kaki asyik lenguh2 sahaja berjalan tanpa henti di pusat rehat hanya membuang air kecil dan membeli makanan ringan sahaja.
Sewaktu berada dalam bilik kakak Suri yang duduk di Muar mengingatkan esoknya hari lahir mak Suri. Wah apa lagi kami berpakat adik -beradik membeli sebijik kek untuk ibunda yang tersayang.
Walaupun tidak semahal yang diidamkan tapi memadailah andai dapat menggembirakan hati ibu itu sudah pasti membahagiakan jiwanya takala melihat anak begitu mengasihi penggorbanan beliau dalam melahirkan kami lapan beradik.
Sebahagian gambar sempat di tangkap, selebihnya tidak wajar di muat naik disini atas sebab-sebab batas aurat heee..
Selamat Hari Lahir Mak. Hanya doa mengiringin kami semoga mak sihat dalam mengerjakan ibadah padaNYA dan bahagian di samping ayah yang tercinta. Amin.
