Ikhtiar Hidup Pejabat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pagi itu Suri menggengam kunci ditangan. Berharap agar pagi isnin tu akan menjadi pagi yang indah dari hari-hari biasa. Gugusan kunci berbunyi berlaga sesama sendri, tit..tit..tit..tanda scan mengalunkan bunyi langkah kaki kananku ayunkan masuk ke perut pejabat.

Bila semua suiz dah di on kemaslah sikit-sikit tempat duduk, lap meja huhu..rasanya seminggu berhabuk gak port Suri ni mana ke tidaknya deretan file-file semuanya tidak berlaci open air lagi tuh. Itu yang dok habuk mudah melekat sana sini..Mujur ada kaktus sebagai penyerap kotoran disini ;) .

158

Setelah kerja selesai Suri pun menghenyakkan punggung dikerusi. Apalagi komputer di buka seperti biasa. 8.30 pagi Suri beradab pepatih dengan komputer ni asyik no signal sahaja. Dalam hati dok berkira -kira mungkinkah pin VGA In patah atau port wayar yang longgar bersambung dengan CPU yang bermasalah? Aduh..sudahnya dari posisi berdiri jadi posisi duduk bersila dibawah meja sendiri. Nasib baiklah bawah mejaku ini ruangnya agak besar jadi tidak syak lagi bolehlah suri menyendalkan diri mengendap kerosakan CPU.

Jap, gi pantry mahu buat air, mana tahu pekena susu baru ok. Lalu Suri dok mengadap komputer lagi. Masih duduk bertelekuk on off  komputer, pasang dan cabut semua wayar komputer hal yang  sama tetap berlaku juga. No Signal! entah 100 kali rasanya mengadap benda alah ni auchhh…

Hampir semua bidai pejabat Suri buka..Kasi terang bebola mata yang memandang. Dok rest jap sambil menikmati susu panas yang kian menyusut dicawanku.. Air kosong yang dibawa bekal dari rumah dari setengah botol panjang tinggal separuh jer berbaki. Apa kes?

images

12.oo tenghari agak lama Suri berkeadaan begini Suri mula merasa bosan. Tak puas hati Suri pun berjalan dipejabat sebelah nak mengurat anak teruna orang jap ngheee..eeii sekali kutangan karang. Dah kawin buatlah cara dah kawin ahak..ahak. Salam. Bro aku punya PC tak boleh on ar. Kau tolong cekkan boleh tak heee..Mamad Syafik terus follow Suri dari belakang tanpa banyak bicara.

Wak tak boleh on ar PC awak ni rosak kot. Adeh yer ker? ko biar betul kompomkan ni. Yah, yah..katanya.. Suri lupa ke hujan lebat minggu lepas..Mana tahu sekali petir gadebum pc opis uh..  Pc aku kat pejabat dah selalu jadi begini..Percayallah cakap teman ni. Suri diam jer..Oklah.oklah..Nanti upah aku kasi kosong sen punyalah ha,ha.haa.. Last dia tinggalkan pejabat Suri sempat lagi dia cakap kat balik pintu Suri! baik awak dengar radio jer satu harini. Bos pun tak derkan heee..

Semalam adalah waktu yang agak membosankan dalam kamus pejabatku. Dengan hati sedikit lemah punat nombor telefon Mr. Jim ku dail. Blah..blh.. pc tak boleh on..no signal. Bos cakap apa boleh saya buat? Dah terang-terang lagi bersuluh Suri oik..Mr Jim bercuti asal hang boleh tanyer lagi dia nak buat apa heee..tak kan pc rosak dari luar negara dia mau balik semata-mata nak hidupkan pc mu tuh..ceh memang buang masa dan duit betullah.. keh..keh..

Sea_cvr_oAntara salah satu buku sains yang Suri minat kumpul & baca =)

Kucapai majalah komik Upin & Ipin membaca sampai habis..Belah petang sambung pulak membaca siri komik sains paling popular di korea ikhtiar hidup tangani krisis dan ikhtiar hidup rentasi lautan pasifik. Bosan..bosan.. Andainya tiada buku rasanya mau gak Suri jadi garfiled asyik tidur jer..

Blog tak usah dikatalah memang dah frust siang-siang. Bila pc tak boleh on automatiklah hatiku bersimpul geram berkata-kata surf internet jangan mimpi di siang hari..

Harini jangan risau Suri dah bawa laptop ke pejabat. Jeng..jeng..  :) menandakan kiri dan kanan tanduk atas kepalaku sudah bercabang dua ;) ..

p/s: Malam tadi sempat update satu entri jer sebab mengalah dengan si dia nak pakai PC huu. Terima kasih pada yang sudi datang sini.

Tunggu!

Suri akan jejak kamu semua :)

Cau!

Share
Artikel lain yang best-best :

62 thoughts on “Ikhtiar Hidup Pejabat

  1. Hahahahaha…. Lucu juga Suri ni kadang-kadang. :)
    Kena bersabar ler nampaknya Suri. Lain kali kalau PC tak guna, kabel eletrik semua dicabut dari plug. Mungkin kat tempat Suri tu wayar tak betul atau dah lama kot.

  2. Oh..kiranya suri jadi bos dan jadi pekerja la di ofis tu? Susah juga kan? pc rosak pun kena panggil jiran pejabat sebelah.

    pst: semoga suri boleh BW spt biasa.

    • heee.. bos cuti ni bo kecik jer ekekekee…

      ha..ada kwn boy kat sebelah ni kira ngam gak tu seje panggil utk mengesahkan lagi pc benar2 rosak ker… :shock:

      awak ni bukanlah pandai bab komputer asas2 tau tahulah sikit huu..

      tapi klu nak menjahanamkan blh jer heeee :lol:

  3. akhirnya b3njy telah berjaya menjejak suri semula … :twisted: rasanya dah nak menganas balik ni … sebab rasa cam selesai je sikit masalah surf internet b3njy … siaplah blog suri ni … b3njy goreng betul2 …… hehehehe :twisted:

  4. Wah ni peluang baik ni suri bos bercuti … rasanya boleh layan bloglah dari jam 0900 hingga 1730 … ni kurang-kurang pun boleh boleh buat 5 N3 ni …. hehehehe ….. :twisted:

    P/s : b3njy tiada niat nak menghasut … hehehe

  5. Nampak gayanye kene cr laptop satu lg laaa….mana tau in case…x le haru biru semernyaa…hehehe

    #So, cmne ngan pc kt opis tu…dh ok lom?

  6. Kesian suri, suruh la bos belikan komputer baru. takpun suri je beli laptop baru, mudah sikit nak bekerja sambil blogging. hehehehe

    #P.S: Domain blog sudah bertukar dari hisyam92.com kepada hisyamz.com. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>