Aku dan Sepasang Kasut Sekolah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pagi itu hujan mencurah-curah amat kuat sekali. Mujur atap rumahku waktu itu berzink. Terkenang pula atap rumah kawanku berteduhkan dedaun nipah.

Entah mengapa semenjak seminggu dua ini kasut sekolahku tidak kering-kering juga. Hati kecilku sering bermonolong.. wahai kasut keringlah dikau, kalau kau tak kering mahu juga aku salaikan engkau macam BBQ. Sinis ketawaku dalam berirama..

Pernah sekali Suri meletakkan kasut di belakang peti ais mujur ia cepat kering tapi sayangnya tompokan kekuningan tetap tersemat pada muka kasutku huhu..

kasutSumber: Google

Masih terngian waktu dimarahi guru sahabatku merupakan anak nelayan dikampung Pantai, kais pagi makan pagi, kais petang makannya petang ek.. satu hari sampainya di muka perkarangan pintu pagar sekolah dia menukarkan selipar jepunnya dengan memakai kasut sekolah. Lalu tidak semena-mena datang sebuah kereta menghayunkan lopak air membasahi baju dan kasutnya..

Argh!! Apa orang kaya buat kat baju dan kasut aku nih! Getus hati kawanku. Dari jauhku lihat ada riak sedih diraut wajahnya..

Dan paling tak akan dilupakan pada hari isnin adalah hari kebersihan diri. Alamak! habislah budak-budak lelaki mana kasut yang lupa di cuci maka kapur tulis menjadi mangsa sapuan varnish pada sepasang kasut mereka. Perkara yang paling entingĀ  ambil sahaja penggosok papan hitam lalu di tepuk-tepuk pada kasut sekolah sambil disudahi dengan taufik hidayah kapur tulis dilakar-lakar pada kasut sebagai tanda penyudannya sebuah penipuan heeee..

Hurm..kalau nasib tak baik dapat pemadam papan hitam berhabukkan kapur berwarna-warnai alamatnya hasil tepukan pada kasut nanti akan nampak berwarna-warnilah. Apa-apa pun sebelum nakĀ  buat aksi sebegini kita kena teliti betul-betul yang pengosok papan hitam tu benar-benar berwarna putih asli. Jika tidak hang menjawablah semasa sesi perjumpaan di padang perhimpunan sekolah nanti. Awas jangan terkantoi ar pulak.

Ceh! korang memang pemalas bebenor ler.. Sah-sah kami kelas hujung.. kata Cikgu Azmi Kasim budak begau macam kami ni jangan sesekali di beri muka! Ya, aku ingat akan ayat-ayat cintanya itu sehingga berberkas dalam hatiku sehingga saat ini..

Aku, dia tak minta untuk dimarahi tapi akibat dari keadaan susah menjadikan kami begini. Walhal sebagai seorang pelajar sekolah ada sahaja yang kami reka ayat untuk melepaskan diri dari cengkaman ketua pengawas, guru disiplin hatta pada guru kelas kami pun sanggup kami kelentong nghee…

300_243823

Wajah yang damai sering membutakan hati kami terusik.. Tiap bait kata kami jamah walau tidak tertelan kesemuanya. Akhir waktu sekolah kami berjumpa dengan kesemua guru-guru yang pernah mengajar, menegur kami. Lantas kemaafan di pohon sebagai tanda kami hanyalah anak didik yang harus mendengar kata, menjadi anak yang baik sebagai tonggak bangsa dan negara.

Akhirnya pengajian kami tamat, kini setelah hampir 28 tahun menjadi dewasa membuatkan hati tertawa sendri apakah itu kamu? Lantas ia membuatkan kami tersenyum. Ya yang kuyup itulah aku teriak kawanku, yang kaki kelentong tu le peniaga yang berjaya. Awas jangan sesekali kau buat silap nanti Mr Polis akan tangkap kita heeee..

Kiniku sedar itu semua asam garam kehidupan sebagai seorang pelajar. Namun di sebalik kepayahan itu tersimpul sebuah persahabatan dan kejayaan.

Zaman moden sekarang ni agak-agaknya port mana anak-anak sekarang mengeringkan kasut mereka?

Share
Artikel lain yang best-best :

118 thoughts on “Aku dan Sepasang Kasut Sekolah

  1. ok dah selamat hehe

    kenangan tu semua mendidik kita dan bukan sekadar mengajar..

    “maaf cikgu sebab nakal dulu..tapi harap cikgu faham, kasut saya memang nampak kotor..sebab..memang warna hitam xD”

    p/s:eh dah takde kuiz math ke?he

  2. Teringat maso sekolah dulu,cikgu suruh buek karangan macam nie.Dulu-dulu karangan semua sentimental sikit. tentang kasut,payung,beg,pensil macam-macam laie. Tapi zaman sekarang nie kalau cikgu minta buat karangan, KM tak hairan kalau ada pelajar sekolah buat karangan tentang ” Aku Sebuah ipad” huhuhu

  3. ahaks,,kenangan buh kapur tulis kat kasut,,chii pernah wat..tu time skolah rendah..mmg agak malas..tp da masuk skolah menengah,,chii akan pastikan hr sabtu da siap cuci2 semua..kata da besar kan..ehehe

      • chii
        tahu tak per chii adat ar tu nakal jer tak penrnahnya wat baik heee…

        bila sek menengah dah jadi anak dara baru sedar kebersiahn tu penting..klu comot sorg pun tak berani nah husyah kita heee..haaaaa. hoooo..

        suri rendah jer dok sapa yg thu huuu..

      • ihiks,,cam chii dulu skolah sumer gurl..tp yg x bestnya..skolah gurl ni kadang2 lg ketat peraturan nya..kasut kotor..nnt kena la ngn cikgu disiplin

  4. ingat masa sekolah rendah dulu kalau kasut kotor ye mulalah turunkan sikit nak tutup kotor tu… tapi kalau dah kena memang tak boleh nak elak

      • ct
        asal kena bt2 muka selamber jer..klu ken amarh jer kita toleh kanan, jeguk kiri eeee.. mmg tak patoto hooo..

        turunkan apa? turunkan kain ker supaya labuh?agar kasut tak nampak kootr ye eheheee..

        pandai :)

  5. Antara zaman2 sekolah yang menarik,… zaman sekolah rendah adalah yang sungguh menarik … macam2 musim ada … musim main guli, musim main ‘pindu’, musim main ‘tapak’, musim main layang2 dan macam2 lagi … seronok Oooo masa tu …

    Masa sekolah rendah b3njy pun pemalas juga kasut selalu kotor dan bila sekolah menengah masih ada 50% unsur pemalas …. hahahaha

  6. adehh.. rindula zaman persekolahan 4 tahun lalu…
    mesti sabtu ahad kena basuh kasut…
    then bila hujan terpakse la jemur kat tepi tingkap atau kat belakang peti ais :P

  7. Bebudak skg jemur kat atas belebas umah flat jerrr..hehehe kalau dh emergency sgt mmg kene buh blkg petiais gak laa…nak harap derang…hmmm x kering la jawabnyaaa…

    • betul la. bagus… dah tak de soalan mtematik yg susah tu. kalu tak, selalu standby kalkulator kat sebelah ni. kadang2 kita bagi jawapan betul, tp dia tak lepaskan komen kita nih huhu

  8. Dari kesusahan, kita dapat semangat untuk berusaha :)

    Ingat lagi cerita kawan di Upm, sebab susah nak beli kasut sekolah, dia bertekad nak belajar rajin-rajin dan ubah ekonomi keluarga untuk adik-adik dia

  9. Dulu nak cepat kering kasut masuk didalam bahagian pengering mesin basuh dan letak belakang peti ais.

    Heran kasut sekolah zaman sekarang tidak setahan zaman saya dahulu kerana mudah rosak

  10. Budak perempuan ni ada kesedaran sikit nak cuci kasut ni. jarang benar jemur belakang peti. kecuali hujan terlupa nak angkat apabila menjemur di luar. terpaksa cari fridge la.

    adik laki sya mjadi kewajiban dia jemur blkg fride. biasa la dah suruh basuh byk kali punya la liat dia

  11. Bila bercerita pasal kasut ni
    masa sekolah rendah puas dah guna kasut dari jenama carefree dan bata,banyak gak cara-cara penjagaan kasut ni.Masuk je sekolah menengah,lagi cool,kasut selepas basuh rendam skit dengan air nila,pastu jemur supaya tak nampak kekuningan kat kasut tu.Kalau time hujan plak,memag selalu jemur kat bawah peti ais,hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>